05

116 18 0
                                    

Haeyoung menghadiahkan senyumannya kepada kawan papanya . Dia hari ni betul betul perlu manis dengan senyuman sahaja .

" Cantik betul anak kau ni , Sungho . Takkan la masih belum berpunya ?" Tanya rakan kongsi papanya , Pengerusi Park . Haeyoung yang berada di belakang mamanya hanya diam tersenyum .

" Kau ni , macam biasalah aku kata . Dia ni kurang feminin daripada gadis lain . Sebab tu aku ingat nak kenalkan dia pada anak kau , Jaeyoon "

Pengerusi Park tersenyum . Dia kemudiannya berbisik dengan Pengerusi Moon . Beberapa saat kemudian , mereka kembali tersenyum .

" Haeyoung ah , boleh tak Haeyoung pergi panggil anak kawan papa ni . Kami nak berbincang sikit pasal hal keusahawanan , boleh tak ?" Tanya papanya . Haeyoung hanya mengangguk setuju .

Nanti mesti kawan papa ingat aku dah syok kat anak dia . Hahaha , padahal aku malas nak dengar diorang sembang pasal hal aku , desis hati Haereun .

Dia kemudiannya berjalan keluar rumah . Dua buat kereta mewah yang diparkir di halaman rumah itu dilihatnya . Terlihat satu figura yang baru sahaja keluar dari salah satu kereta di tempat pemandu .

Orang itu sempat membetulkan rambutnya berserta tali lehernya . Walaupun ini hanyalah makan malam dan perjumpaan biasa , tapi bagi mereka yang berkeluarga berpengaruh , mereka tetap harus berpakaian formal .

" Em weh- eh , awak "

Haeyoung menggigit bibirnya . Pergh sikit lagi aku nak panggil dia weh je .

Lelaki itu berdehem kecil . Dia kemudiannya memusingkan badannya seiring senyuman manis dibibirnya . Lelaki itu kemudiannya bertentangan mata dengan si Haeyoung .

Serta merta senyuman kedua duanya mati . Tangan Haeyoung yang baru berniat ingin bersapa tadi kembali diturunkan . Kerutan di dahi masing masing menimbulkan tanda tidak sangka dan tidak pernah nak disangkakan . Yang hadir dalam diri masing-masing sekarang ni ialah rasa nak mulakan perang ketiga dunia .

" KAU ?!"

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOWhere stories live. Discover now