23

101 15 0
                                    

Haeyoung berjalan perlahan menuju ke rumah papanya . Sesekali dia menekan nekan tekaknya .

" Semua ni punca monyet tu . Aku sampaikan sakit tekak berdebat dengan dia , tak guna betul " omel Haeyoung .

Kalau dia tahu dia boleh bergaduh dengan Jeongwoo disebabkan matematik , memang lepas ni dia takkan nak belajar matematik dengan mamat tu . Dah boleh apply pertandingan debat dah kalau macam ni punya jadi .

Seketika , deringan handphone menangkap perhatiannya . Itupun handphone lama ibunya , disebabkan masih tiada apa apa berita tentang handphonenya yang hilang itu . Terus dia mengeluarkan handphonenya dan menatap skrin itu . Nama Jeongwoo yang di-save oleh ibunya sebagai " Bakal Menantu " tertera itu membuatkan dia memusingkan anak matanya .

" Apa lagi ni ?"

Jarinya tetap menolak button hijau itu ke tepi . Dia sengaja membuka mode speaker , kerana malas mahu melekapkannya ditelinga .

" Yah debab !"

Haeyoung membuat wajah rimas .

" Kau pergi mana hah ? Bukan aku suruh kau tunggu kat bus stop ke ? "

" Lambat ah kau , malas aku " jawab Haeyoung . Terdengar decitan daripada si pemanggil .

" Kau ni , menyusahkan aku betullah . Baik kau berhenti berjalan sebelum aku yang keluar tarik kau "

" Iya ? Aku tak mintak pun kau tumpangkan aku , so silalah pulang ke rumah anda atau ke pangkuan kekasih anda . Terima kasih " Balas Haeyoung , terus mematikan panggilan .

"Eeeeee! Betullah kata dia , kenapalah aku terima dia dulu ? Tak guna betul ! " Marah Haeyoung sendirian .

Tiba tiba ada kereta yang memberi hon . Lagi membuatnya rasa nak menjerit apabila melihat Jeongwoo yang terus keluar daripada tempat pemandu .

" Aku tak main main dengan perkataan aku , Haeyoung " garau sahaja suara Jeongwoo menerjah telinganya . Haeyoung mengerutkan dahinya .

Dengan pantas , terus tangannya ditarik oleh Jeongwoo . Berkali kali Haeyoung menahan kakinya daripada terikut sama dengan langkah Jeongwoo .

" Sakitlah !"

" Tak nak sakit , masuk !" Marah Jeongwoo .

" Tak nak !"

" Masuk je lah ! "

" Aku cakap tak nak , tak nak lah ! Kau ,, ee lepas lah shib-"

" Eh kau ni kan , karang ada jugak yang aku cium kat tepi jalan ni . Masuk !" Tengking Jeongwoo buat kali ketiga .

Haeyoung menghela nafasnya kasar . Terus dia memboloskan dirinya ke dalam perut kereta sebelum menarik kuat pintu kereta milik Jeongwoo itu .

" Rosaklah kereta aku !"

" Padan muka kau !"

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin