11

108 13 0
                                    

Pagi itu , Haeyoung terlambat bangun untuk ke sekolah . Semuanya berpunca dari Jeongwoo yang sibuk memintanya membuatkan kerja matematik yang diberikan cikgu minggu lepas .

' Tak guna kau . Kau punya kerja , aku yang datang lambat . '

Kebiasaannya , dia akan ke sekolah bersama abangnya . Namun baru semalam abangnya menyuruhnya untuk pergi dan balik bersama Jeongwoo .

Ergh , benci .

Haeyoung terus berlari sekuat hatinya apabila melihat ramai pelajar telah memecut laju ke dalam pagar sekolah . Guru bertugas mula berjalan mendekati pagar .

Langkah larian Haeyoung yang agak terjongket itu sememangnya membuatkan dia kurang laju . Sudahlah bangun lambat , lepas tu kaki terlanggar dengan kaki katil .

Pergh , sedap .

" Arh , tolong lah !" Ujar Haeyoung perlahan . Lagi sedikit sahaja lagi , gurunya itu mahu menutup pagar sekolah .

Haeyoung kelelahan . Dia mula memperlahankan lariannya . Namun baru sahaja dia ingin mencari tenaga , tiba tiba lengannya direntap seseorang . Terus kaki Haeyoung kembali berlari .

"Yah-"

Haeyoung sempat memandang ke arah lelaki yang berlari dihadapannya itu . Siapa ni ?

Akhirnya , dia dan lelaki itu sempat membolosi ke dalam pagar sekolah . Terus Haeyoung jatuh tersungkur di depan pagar akibat terlalu penat .

Haeyoung melihat seluar slek yang dipakai dari dalam skirt sekolahnya . Terlihat seluar itu sedikit terkoyak dibahagian lutut . Mungkin sudah luka barangkali .

" Nah " satu pasang plaster dihulurkan kepadanya .

Haeyoung mendongak memandangnya . Wajah Haruto menjamah pandangannya . Oh , dia ke yang tarik aku tadi ?

" Oh , terima kasih " ucap Haeyoung . Haruto hanya diam . Selepas sahaja Haeyoung mengambil plaster yang dihulurkannya , terus dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu .

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOWhere stories live. Discover now