31

92 13 0
                                    

Hyein memandang ke arah Haeyoung yang memberikannya satu bekal makanan berbentuk beruang itu . Haeyoung yang hanya mengenakan cardigan bersama seluar besar seperti palazo itu dilihatnya .

" Kau masak untuk aku ? "

Haeyoung hanya mengangguk . Tiba tiba Hyein tergelak .

" Serious la ? Kau ? Masak ?"

Gadis chubby itu menolak pipinya dengan lidahnya sendiri . Eh perempuan ni nak kata aku tak pandai masak ke ?

" Eh , kau fikir aku tak pandai guna dapur ke ? Kau patut bersyukur sebab kau orang bukan darah daging aku yang rasa makanan aku . Ke kau tak nak ? Tak nak takpe , aku bagi orang lain " balas Haeyoung .

Hyein terus menggelengkan kepalanya.  Terus dia menarik plastik bekal makanan ditangan Haeyoung . Sempat dia mencium bau dari bekas itu .

" Kau pasal emo sangat malam ni ? By the way , sedap bau . Tteoboki eh ?" Tanya Hyein .

" Bila masa aku emo ? Takde masa lah aku nak emo emo ni " balas Haeyoung. Dia yang baru berkira kira mahu melangkah pergi , dipanggil kembali oleh Hyein

" Aku kawan dengan kau dah lama . Kalau ada apa apa , cerita kat aku !" Jerit Hyein . Haeyoung hanya memusingkan kepalanya sambil menunjukkan isyarat bagus di tangannya sebelum kembali memandang ke hadapan .

Keadaan sunyi mula mengawal sekeliling dirinya . Haeyoung menyeluk masuk tangannya ke dalam poket cardigan .

" Nampak sangat ke macam aku emotional sangat tadi ?" Gumamnya . Dia memandang ke arah bayangnya sendiri . Batu batu kecil yang ada dihadapan kakinya , disepak perlahan .

Serta merta , dia teringat akan situasi dimana Eunhee memberikan makanan kepada Jeongwoo tadi . Haeyoung mengangkat kepalanya .

" Apa diorang buat eh berdua-dua dalam kondo tu ? Like seriously... "

Haeyoung mengemamkan bibirnya . Entah kenapa dia tiba tiba berfikir tentang si Jeongwoo ketika itu .

Tiba tiba dia berhenti berjalan . Tangan dikeluarkan dari poket dan memegang kepalanya sendiri .

" Ya Haeyoung ah ! Bukan masalah kau pun nak fikir pasal diorang . Kau siapa je nak ambil tahu ? Eish eish buang buang dari otak kau ni " Haeyoung mengusutkan rambutnya sendiri .

Takde kerja lah aku nak fikir pasal dua manusia tu !

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOWhere stories live. Discover now