17

103 14 0
                                    

Haeyoung merenungi makanannya . Kata Jeongwoo , lepas ni diorang terus balik . Jadi dia terpaksa untuk makan , kalau tak nanti balik kalau dia makan maunya kena buat soal jawab dengan mamanya .

Makanan yang walaupun tidak diutamakan dengan makanan seafood itu dipandang lemah . Nama sahaja tidak seafood , tapi bahannya juga ada yang seafood .

Haeyoung kemudian memandang ke arah Jeongwoo dan Eunhee yang mesra bersuap itu . Kemudian kembali memandang makanannya .

" Rasanya , tak pe kot kalau aku makan mee jjangjjagmyeon ni ? " Ucapnya perlahan .

Kemudian , dia terus sahaja memegang chopstick yang disediakan itu . Hatinya seolah-olah merasakan mee itu telah dibuat dengan resipi lain kerana dia seperti dapat menghidu bau udang dan sotong .

' Ah , lantak lah . Janji aku kenyang '

Terus sahaja mee itu disuakan ke mulutnya . Seketika , dia mengunyah . Riak wajahnya mula menunjukkan riak lega . Sepertinya tidak ada sebarang seafood di dalam makanannya .

Saat dia makan , pelayan restoran itu menghantarnya sepinggan daging bergoreng . Sempat dia berterima kasih kepada orang itu sebelum mengambilnya .

Laju sahaja tangannya mengambil daging bergoreng itu dan makan bersama mee hitamnya . Rasa nikmat makanannya itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk makan .

Tinggal lagi beberapa suap , dia berhenti . Air disedut sekejap . Dia kemudiannya menghela nafas . Baru sahaja dia mahu memegang chopstick nya , tiba tiba jarinya laju menggaru lengannya . Pada mulanya dia tidak beberapa kisah .

Namun lama kelamaan , bintik bintik merah mula muncul di sekitar lengannya . Haeyoung berhenti mengunyah , dan terus menelan suapan terakhirnya .

Tiba tiba , dadanya berombak laju . Melihat tangannya yang sudah merah itu , membuatnya gelabah . Dia kemudiannya mendongak dan memandang ke arah tempat yang diduduki oleh Jeongwoo tadi .

Lagi membuatkannya gelabah bila matanya tidak menangkap figura Jeongwoo , tetapi orang lain yang duduk disitu . Terus dia bersiap siap mengambil makanannya sebelum pergi ke kaunter dan membayar makanannya .

Dan tanpa dia sedar , handphonenya yang terjatuh di atas kerusi saat di duduk tadi ditinggalkan .

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOWhere stories live. Discover now