19

102 12 0
                                    

Haeyoung membetulkan tali kasutnya . Beg sandang hitam di belakangnya dibetulkan . Baru sahaja kakinya melangkah dua tiga tapak , satu kereta berhenti diluar pagar rumah papanya itu .

Haeyoung menghentikan langkahnya . Dia memejamkan matanya seketika diikuti helaan nafas berat .

" PIN !"

Haeyoung kembali melangkah . Tidak menghiraukan kewujudan kereta dan juga manusia yang menjadi pemandu kereta itu . Seusai dia keluar dari pagar , terus sahaja dia berjalan meninggalkan kereta itu .

Dan lagi sekali , kereta itu menekan hon . Haeyoung terus menerus tidak menghiraukannya.

Hampir seminit berjalan , kereta itu bergerak di sebelah Haeyoung yang masih setia memandang ke hadapan . Tingkap kereta diturunkan .

" Yah " panggil Jeongwoo .

Haeyoung hanya membuat muka selamba .

" Yah , Moon Haeyoung !"

Akhirnya , kaki Haeyoung berhenti melangkah . Dia mengeluh perlahan sebelum memusingkan kepalanya ke arah kereta .

" Apa ?"

" Naik lah . Takkan la nak aku bukakkan pintu untuk kau ?"

" Kau blah je la , bukan kerja kau pun nak bawak aku "

" Yang kau degil sangat ni kenapa ?"

" Suka hati aku la , diri aku , bukannya kau , hish !"

Haeyoung terus melangkah pergi . Malas untuknya berdebat dengan lelaki itu . Sama je kalau dia naik atau tidak . Jeongwoo memang akan menurunkannya di bus stop hadapan sekolah itu , kerana tidak mahu terkantoi .

BUL - LOVE • PARK JEONGWOOOnde histórias criam vida. Descubra agora