Chap 1🎭

129 19 0
                                    

Erghh...

Seorang kanak kanak lelaki membuka matanya perlahan-lahan.

'Dimana aku ini' dengan segera kanak kanak lelaki itu bangun.Terus meraba raba badannya.

'Bukankah aku ditusuk tetapi aku baik baik sahaja'

'Eh...sebentar.....Tanganku mengecillllll!!!!'

Kanak kanak lelaki itu terus turun namun tiba tiba badannya merasa berat.Dan seseorang pun masuk.

"Tuan muda!!!! Bagaimana anda boleh jatuh begini" wanita itu terus meletakkan dulang ia bawa lalu membantu kanak kanak lelaki itu.

"Syukurlah anda sudah sedar...." Katanya sambil membetulkan kedudukan kanak-kanak itu.

'Bahasa apa ni? Ini bukan bahasa yang pernah kupelajari.Tetapi kenapa aku faham apa yang ia katakan'

"Mhm"

"Tuan muda ....akhirnya anda sudah sedar..saya gembira sangat sangat" ujar wanita itu seakan mahu menangis.

"Sekarang anda perlu berehat....Selama saya dan adik saya ada diistana ini,kami akan pertaruhkan nyawa kami untuk menjaga anda" tambahnya dengan ramah.

"Apa anda lapar? Saya akan menyiapkan makanan sekarang" ujarnya lagi lalu pergi keluar.

'Aku belum kata apa apa lagi...dia dah pergi'

'Sepertinya jiwa ku telah masuk ke dalam tubuh anak kecil ni dan tubuh ni sangat lemah' kanak kanak lelaki itu terus menghela nafas berat.

Kanak kanak lelaki itu merupakan Riku.

Matanya meliar sekeliling melihat ruangan ini.Agak lusuh tetapi masih rapi dan tiada habuk yang tertinggal.Pasti pelayan tadi sentiasa membersihkan ruangan ini.

Beberapa minit kemudian,

Wanita tadi membawa dulang makanan.Segelas susu dan semangkuk sup serta roti keras.

"Maaf ya tuan muda....makanan nya sentiasa sama sahaja...Hanya ini sahaja yang tersedia disini" ujarnya sambil menyuap kanak-kanak itu.Dengan lahap kanak kanak itu mengunyah.

'wanita ini tidak bohong....apa selama ini anak kecil ini hanya makan makanan yang kurang bergizi'

"Mm...nama kak pelayan apa?" tanya kanak kanak itu dengan polos.

Wanita itu tersentak dan hampir menjatuhkan mangkuk yang ia pegang.

"Apa anda tidak mengingat saya? Identiti anda? Nama anda? " tanyanya agak cemas.

Kanak kanak itu terus menggeleng kepala dengan laju.Wanita itu menghela nafas berat.Dia nampaknya seperti tahu sesuatu.

Wanita itu meletakkan mangkuk sup di atas meja berdekatan.Kemudian dia membungkuk separa dihadapan kanak kanak lelaki itu.

"Nama saya ialah Iselle....satu satunya pelayan anda manakala adik saya merupakan kesatria peribadi anda...namanya Ixxen" jawab wanita itu.

"Nama anda adalah Alkoa Garyen...Anda merupakan seorang putera kelima dari tujuh adik beradik." tambah Iselle.

"Oh" jawab Alkoa.Iselle macam terkejut juga lah perubahan eksperisi Alkoa lain macam.Biasanya dia akan cari Madam Cassandra dan menangis kerana dia takut.

"Berapa lama Koa pengsan" tanya Alkoa dengan ramah dalam masa yang sama tegas.

"Anda bukan pengsan tetapi anda koma selama dua tahun setengah" Iselle ragu ragu tetapi dia jawab pertanyaan majikannya.

Dalam dua tahun ini tiada siapapun melawat putera bongsu ini. Memang ada yang peduli tentang Alkoa tetapi mereka mungkin sibuk dengan kerja mereka.

Alkoa menggangguk faham."Koa mahu bersendirian sebentar" ujarnya sambil memandang ke arah lain.Iselle terus faham,dia pun keluar dari bilik Alkoa.

Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now