Chap 20 🎭

53 8 3
                                    

"Ryuta....larilah..jangan sampai aku menangkap mu" suara seseorang yang berharga ingin membunuhnya.

"Akan aku pastikan anda mati dengan damai, Putera Rio" seorang bawahan yang loyal juga hendak membunuhnya.

"KAHAHAHHAA.....Kau hanya sendirian kriminal R...tiada sesiapa yang akan membela mu" seseorang yang ingin menjatuhkan pencapaian puncak hidupnya

"Tuan Roan...oh tidak Roan...kau telah membuat kerja bagus Roan...dah tiba masanya era mu diambil alih" seseorang yang dipercayai menusuknya pada masa ia mencapai puncak kejayaan.

"Joker R, kamu dijatuhi hukuman mati kerana telah membunuh lebih daripada 1000 orang dan tindakan mencuri pelbagai harta dunia...keputusan ini muktamad" bunyi ketukan palu hakim juga ingin kemusnahannya.

"KAMI AKAN MEMBUNUH KAU, MAHKLUK TERKUTUK REIJI....KAU HARUS LENYAP DARI DUNIA INI" seseorang yang ingin membalas dendam terhadapnya.

"Hahahaha....ini 'penghormatan terakhir' dariku....Pemimpin mengucapkan terima kasih kerana telah menjadi berguna...Jarang tahu pemimpin memuji orang lain...Lagi lagi orang rendahan seperti kau" bahkan rakan yang dianggap saudaranya sendiri mengkhianati nya.

Kilasan demi kilasan memori lampau menyebabkan jiwa 'Alkoa' alias Riku sedang menggertakkan giginya.

"Atas alasan apa kalian menunjukkan aku pada ini?" tanyaku memandang ketujuh-tujuh jiwa transparan yang masing masing memiliki nama yang berbeza.

Namun keperibadian mereka adalah satu.

"Supaya kau tidak lupa...." jawab Ryuta yang memiliki rambut coklat dan iris mata keabu abuan.

"Benar itu....Alkoa yang sekarang 'kita' tempati juga tidak selamat" celah Rio yang memiliki rambut silver panjang berserta dengan iris mata hitam yang intimidasi.

"Tetapi aku tidak sabar untuk membunuh lagi...sungguh" ujar Joker R. Yang mempunyai rambut perang dan iris mata hijau.

"Aku tahu itu" jawabku. Yah memang tidak selamat dan keputusan yang aku lakukan agak berisiko.

"Jangan terlalu lengah....atau kita akan mati sia sia lagi" celah Raon yang berperwatakan yang malas. Rambutnya putih awan kehitaman dan mempunyai iris mata berwarna biru gelap.

"..." Yang tidak berkata apa apa adalah kriminal J yang dingin. Rambutnya hitam dan iris mata unggu kegelapan.

"Kenapa kau melepaskan mangsa kau...." Reiji sang haus darah yang mempunyai mata merah seperti darah dan rambut putih. Namun dia memang berbeza dari yang lain kerana telinganya runcing. Dia satu-satunya berbeza kerana dia bukan manusia melainkan mantan raja demon.

"Wo wo wo....bawak bertendang eh bertenang....." Keperibadian yang suka main main adalah Riku.

Mereka semua adalah aku...dan aku adalah mereka.

Mereka ada identiti berbeza tetapi kami adalah sama namun berbeza dengan Alkoa Garyen yang merupakan jasad yang bukan milikku. Jasad Alkoa tiada penghuni.

Mereka semuanya hanyalah kepingan emosi penyesalan aku dan keperibadian aku yang mulai mempunyai kesedaran sendiri. Aku tetaplah aku. Dan aku sendiri tidak mengerti bagaimana keperibadian aku ada 'kesedaran' sendiri.

"Hei....aku tahu rancangan aku mulai gila....tetapi bersabarlah wahai 'diriku'...aku juga menyukai kesenangan tersendiri" aku tersenyum menyeringai.

Mereka turut tersenyum manis sepertiku.

Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now