Chap 17 🎭

77 8 1
                                    

Sementara di tempat lain,

Seorang puteri sedang menikmati teh hangat di rumah kacanya seperti biasa. Dia tidak berseorangan.

"Ratu...apa anda sudah sihat? Bukankah baru baru ni ada penyerangan beast waktu santapan sebelumnya" tanya sang puteri yang bernama Eryna.

Wanita yang mempunyai tatapan lembut dan rapuh itu menggangguk kecil. "Terima kasih atas perhatian tuan puteri pertama...."

"Maafkan saya ratu kerana mengundang anda hanya untuk menemani saya minum teh sahaja...saya mengira anda tidak akan hadir...tetapi saya tidak mengira pula jika Putera Kedua turut datang sekali" ujar Eryna sambil menjeling lelaki yang bersebelahan dengan ratu.

"Saya tahu ini agak biadab tetapi hanya untuk berjaga jaga supaya puteri pertama tidak melakukan sesuatu yang diluar jangkaan pada bonda ratu" jawab lelaki itu dengan senyuman 'ramah'.

"Enzo" tegur ratu dengan penuh kelembutan pada satu satunya puteranya.

"Haha...saya tidak akan sampai berbuat begitu....bukankah kita sesama anggota keluarga kerajaan yang bahagia harus saling mengenal dan menghormati...bukan begitu dan lagipula saya sangat menghormati ratu" Eryna sangat sempurna dalam keanggunan mengawal air muka dan nada. Dia sangat mirip dengan permaisuri.

"Anggap saja....pertemuan kali ini sebagai peneman saya untuk minum teh sahaja...Tidak usah serius.." sambung Eryna.

Suasana agak tegang membuatkan ratu agak tidak selesa dalam situasi begini.

"Putera kedua tampak baik baik sahaja setelah melihat kejadian tempoh hari"

"Itu kerana tiada apa-apa yang perlu dikecohkan....lagipula putera kelima sudah menjinakkan beast ular rank 3"

"Oho bercakap tentang isu putera kelima, putera kelima kelihatan sihat sejahtera setelah 'kejadian' 2 tahun lepas"

Putera Kedua, Enzo menyeringai sindir. Namanya Vincenzo tapi lebih dipanggil Enzo.

"Apa anda kecewa kerana putera kelima tidak seperti 'dulu' lagi?"

Tatapan mata Eryna berubah tajam namun ia tetap tersenyum manis. "Bukankah dia cukup 'manis' jika begitu....namun sayangnya sudah sedikit berubah bahkan pelayan setianya sudah meningkat keselamatan penuh pada istananya"

"Selama anda memberi bayaran penuh....anda tidak akan sesulit itu....tampaknya anda ada masalah dengan pengeluaran kewangan" ujar Enzo seperti menyudutkan 'permainan' puteri Eryna.

"Bukankah anda kelihatan agak tamak dengan wang?" tanya Eryna masih tersenyum.

"Saya hanya memikirkan keuntungan....jika tiada untung maka sebaiknya saya undur diri terlibat lagi dengan anda" ujar Enzo memberi seringaian kecil.

Dengan segera Enzo bangun setelah melihat bondanya kelihatan makin tidak selesa dengan topik perbualan mereka.

"Tampaknya saya ada jadual seterusnya untuk dipenuhi....terima kasih atas tehnya Puteri Pertama.... Dan juga bonda ratu, bukankah anda ada jadual bersama Countess Rown bukan?"

"Ah ya... benar...terima kasih telah mengingatkan saya, Putera Enzo" begitu juga ratu berdiri sejajar dengan Enzo. Meskipun Enzo anaknya, dia harus menggunakan bahasa formal di hadapan orang lain termasuklah anak tirinya.

"Kami pergi dahulu, puteri pertama....Semoga kerajaan ini diberkati sebagai kerajaan yang makmur dan sejahtera serta dilimpahi kekayaan" ujar Enzo dan ratu secara serentak. Mereka berlalu pergi.

Eryna yang tadinya tersenyum manis terus melirik dingin ke arah pintu keluar rumah kaca.

Eryna yang tadinya tersenyum manis terus melirik dingin ke arah pintu keluar rumah kaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now