Chap 2🎭

112 17 0
                                    

Pada malamnya,

Alkoa tidak dapat melelapkan mata. Jadi dia terus bangun dari katilnya. Namun dia menyedari ada yang salah dengan hawa biliknya.

'Kak Elle .....kurasa aku sudah menyuruhnya berehat' batin Alkoa melirik ke arah jendela. Aliran angin malam masuk bermakna ada yang menceroboh masuk.

'Aha....aku ingat ini dalam memori Alkoa asli.....Tidak silapku...serangga itu berada di atas ku' Alkoa terus memandang ke atas.

Seseorang yang serba serbi hitam memegang pisau selayaknya assassin. Dia terjun tepat hampir menusuk Alkoa. Alkoa dengan reflex nya berguling ke belakang.

'Badan lemah ini membatasi pergerakan ku' tubuhnya ini tiada stamina yang kuat. Hanya terkena hentakan sedikit sahaja sudah sesakit ini. Tubuh ini memang perlukan latihan berat.

Assassin itu sedikit tidak memberi celah untuk Alkoa memanggil bantuan. Tentu sahaja itu bukanlah idea Alkoa sekarang ini.

Gerakan gesit dari assassin itu membuatkan Alkoa hanya mampu mengelak sedikit dengan ada beberapa goresan di pipi mahupun lengannya.

Alkoa baru teringat yang dia ada ambil pisau dapur untuk berlatih gerakan pisaunya. 'Rasanya aku perlu melawan sambil asah kembali kemahiran membelah orang' Alkoa mundur beberapa meter.

Namun assassin maju untuk hentikan langkah Alkoa. Tetap sahaja Alkoa mengelak daripada terkena serangan.

Apabila pisau dapur terlihat dengan tangkas Alkoa mencapainya lalu memberi serangan balas terhadap assassin itu. Bukannya malah rasa takut atau terancam tetapi jelas terlihat wajah Alkoa sangat senang dan gembira.

"Assassin sepertimu cukup kuat juga ya....sampai aku sendiri terkesan" ujar Alkoa sambil menahan pisau assassin tersebut.

Tangan kanan assassin itu mencapai satu pisau yang terletak di pinggangnya. Dia seharusnya bunuh secepat mungkin agar organisasi nya tidak ditekan lagi dengan 'beliau'.

Alkoa menyedarinya tersenyum manis. "Menyerang anak kecil sepertiku dengan dua senjata itu tidak adil.....tetapi aku menyukai tekad kau" ujar Alkoa yang entah sejak bila pegang pasu kaca lalu menghentakkan nya ke arah kepala assassin itu dengan kasar.

Membuat kan assassin itu jatuh tersembam. Alkoa menjambak kepala assassin itu. "Ckkk....itulah kenapa aku benci assassin yang setia pada organisasi" assassin itu membunuh dirinya.

Tetapi.... Alkoa ambil pisau lalu menusuk berkali kali ke assassin itu. 'Kau mengingatkan masa lalu itu' sehingga banyak darah disekeliling nya.

"TUAN MUDA.....saya mendengar kekecohan tad-" Iselle dengan tatapan cemas masuk ke dalam bilik Alkoa turut terkejut.

Ixxen juga baru sampai juga terkejut.

Alkoa malah tersenyum polos walaupun berlumuran darah. "Kalian sudah datang....Tolong uruskan serangga ini" alkoa penat jadi dia menuju ke arah katil namun terus dihalang oleh Iselle.

"Apa anda tidak apa apa? Anda seharusnya tukar pakaian dahulu...anda baru sahaja dalam keadaan memulihkan diri..." ujar Iselle sambil menyuruh Alkoa duduk di sofa.

"Saya akan ambil kotak ubat" celah Ixxen setelah mencampakkan mayat itu ke luar jendela.

Mereka berdua memang terlihat tenang apabila berbicara tetapi lihatlah tingkah mereka yang terburu-buru. Terutamanya Iselle yang mengelapkan darah di tubuh Alkoa dengan cepat sambil bergumam dengan tidak jelas.

Setelah selesai mengubati luka Alkoa, entah kenapa tangan Iselle gementar. Dan Alkoa perasan yang Iselle seperti hendak menangis. "Kak Elle?"

Iselle dan Ixxen terus berlutut di hadapan Alkoa. "Maafkan kami kerana tidak menjaga anda dengan baik......Padahal kami sudah berjanji pada beliau untuk menjaga anda dengan sepenuh jiwa kami" air mata Iselle yang tertahankan akhirnya mengalir jua.

Koa : Trash Prince Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum