Chap 4🎭

113 18 0
                                    

Kerajaan Targaryen merupakan kerajaan dipenuhi penyihir yang bertalenta. Kerajaan ini kaya dengan mana stone yang berkualiti tinggi dan dungeon yang mempunyai harta lumayan di dalamnya membuatkan banyak kerajaan ingin menguasai sebahagian kerajaan ini.

Tetapi usaha kerajaan lain ingin kuasai mahupun perangi tidak membuahkan hasil. Yang mereka dapat kekalahan telak. Ini kerana kerajaan Targaryen dipimpin oleh raja yang bijaksana.

Demi keuntungan kerajaan mereka sendiri mereka harus membangunkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Targaryen.

Isteri pertama yang merupakan Permaisuri Targaryen adalah seorang puteri ketiga Duke Rinhart. Dukungan Duke Rindhart cukup penting dengan kekuatan penyihir elemental. Raja dan permaisuri mempunyai tiga anak, dua putera dan seorang puteri.

Isteri kedua berstatuskan Ratu Targaryen setelah permaisuri. Satu satunya puteri dari pedagang terkaya yang banyak menyumbang kekayaan pada kerajaan. Dia dan raja mempunyai seorang putera.

Isteri ketiga merupakan Madam Targaryen yang juga mempunyai status yang lebih tinggi daripada dua isteri raja yang lain. Lebih tepatnya dia seorang puteri tunggal dari kerajaan bar bar. Dia dan raja pula mempunyai seorang putera dan seorang puteri.

Ibunya Alkoa? Tiada status dan tiada identiti yang kukuh. Ibu Alkoa hanyalah wanita yang cedera secara kebetulan ditemui raja sewaktu memburu di hutan. Wanita itu bersama dua anak remaja yakni sekarang adalah Iselle dan Ixxen. Katanya sang raja mencintai separuh mati ibu Alkoa ini.

'Mencintai setengah mati huh?! Sebagai Alkoa palsu, aku rasa diasingkan dan dibenci separuh mati saja' sebaik sahaja Alkoa tiba dalam aula tahkta tekanannya lain macam saja. Ixxen harus menunggu di luar.

Dia sebenarnya tengah throwback dalam ingatan Alkoa asli tentang keluarganya. Ternyata Alkoa asli ini pintar dan berbakat tetapi ada yang membuatnya tertekan dan kurang keyakinan dalam setiap perbuatannya. Tetapi buat masa sekarang dia tidak tahu siapa yang lakukannya.

Oh ya tidak silap nama Raja Targaryen ni, Cyrus Kaan Garyen. Yang menggambarkan raja merupakan cahaya memimpin rakyat ke arah kebahagian.

Anggota keluarga kerajaan tidak dibenarkan memberitahu nama depan mereka sesuka hati. Katanya nama depan adalah nama 'asli' dan anugerah sejak lahir.

Mereka boleh melihatnya atau mendengar nama depan secara langsung atau tidak langsung dengan menggunakan mana. Dan yang paling penting tidak boleh memberitahu nama depan pada orang yang sembarangan. Unik bukan.

'Aku tahu nama raja ini kerana ingatan Alkoa masa depan yang lalu'  Alkoa asli sendiri tidak tahu apa nama depannya.

'Tetapi tengoklah sang raja yang duduk di atas tahkta itu. Dia melihat ku dengan tatapan tajam sekaligus dingin....bukankah itu penyambutan dingin untuk anak yang koma selama dua tahun ' cemuh Alkoa dalam hati.

"Salam Yang Mulia Raja .... Semoga kerajaan ini diberkati sebagai kerajaan yang makmur dan sejahtera serta dilimpahi kekayaan" ucap Alkoa dengan sopan sambil menundukkan kepalanya sikit.

Alkoa masihlah tergolong keluarga kerajaan meskipun anak selir sekalipun. Jadi dia hanya menundukkan kepala sahaja.

'Panjang weyh pembuka katanya....siapalah yang cipta pembuka kata panjang ini' keluh Alkoa. Penat air liur tahu. Untungnya hanya ada raja sahaja disini.

Raja Kaan berdehem sedikit. "Angkat kepalamu putera kelima...." itu gelaran yang Alkoa kerana dialah putera kelima meskipun anak ketujuh. Adik beradik tiri Alkoa ada tujuh termasuknya. Dia ada 4 orang abang dan dua orang kakak.

Alkoa terus melihat raja sambil tersenyum manis .. "Ada apa Yang Mulia Raja memanggil anakanda ini?"  Raja Kaan sedikit terkejut kerana Alkoa tidak memanggilnya 'ayahanda' seperti biasa.

Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now