Chap 23 🎭

34 3 0
                                    

Di istana Istana Osbidian,

Iselle menghidangkan teh kepada dua tetamu yang tidak diundang namun tetap disambut dengan ramah.

"Jadi ada apa Yang Mulia Raja dan Madam kesini?" tanya Iselle. Meskipun dia sudah tahu kedatangan mereka berdua kemari.

Iselle sebenarnya sudah menyedari Alkoa telah 'diculik' gara gara duo yang suka menimbulkan masalah itu. Dia tidak mempermasalahkan sekiranya mereka mengajak Alkoa keluar jalan jalan ke kota. Sekali sekala Alkoa perlu melihat sendiri 'dunia' tanpa campur tangannya.

Selagi itu tidak mengancam nyawa Alkoa. Untungnya keberadaan harimau hitam dan ular hitam itu dapat diselindung dengan sihir penyamaran mereka berdua.

Tetapi mata-mata Madam Cassandra juga telah melihat keberadaan Alkoa hilang dan firasat Iselle mungkin madam sendiri akan kesini. Dan dia sedikit terkejut kerana raja juga yang datang kemari setelah sekian lama tidak menjejaki kaki ke Istana Osbidian.

"Apa Alkoa ada di dalam?" tanya Madam Cassandra sambil tersenyum ramah walaupun sedikit gelisah.

"Mengapa anda bertanyakan demikian?" tanya Iselle sedaya upaya mengawal eksperisi wajahnya.

"Cassian dan Carrina ada datang kesini?" tanya Raja Kaan pula.

"Ada....namun mereka berdua hilang begitu sahaja"

"Bawa kami ke bilik tidur Alkoa" putus Madam Cassandra. Iselle mahu tidak mahu menunjukkan arah bilik Alkoa.

Sesampai di dalam, bilik Alkoa kelihatan sederhana dan tidak terlalu besar mahupun kecil. Tampaknya ada meja kerjanya serta beberapa buah buku sahaja di atasnya.

Dan tiada sosok Alkoa pun disini membuatkan Cassandra semakin panik.

"Aku patut menghukum mereka sepulangnya mereka nanti" gumam Cassandra.

"Maaf tetapi apa yang sebenarnya terjadi?" tanya Iselle agak tidak mengerti.

"Salah satu daripada mereka berdua itu ada yang mengambil token tentera bayaran madam.....mereka mungkin sahaja menimbulkan masalah yang boleh menyebabkan Alkoa terseret sekali" jelas Raja Kaan yang nampak bimbang terhadap putera bongsunya itu.

"Ditambah lagi Guild Dfean... diberi misi besar iaitu menjejelah dungeon baru ditemui mak-" kata kata Cassandra terhenti kerana Iselle tiba tiba mengeluarkan aura membunuh yang kuat.

"Patutlah~ tuan putera kecil tidak mengucapkan sepatah apapun pada patik" kata Iselle dengan senyuman manis yang bermakna.

"Anda berdua jangan bimbang ....serahkan urusan tersebut kepada patik" ujar Iselle.

"Apak-" Madam Cassandra ingin berkata sesuatu namun senyuman Iselle membuatkan dia terdiam.

"Tidak mengapa.....biar patik uruskan...patik akan menjemput mereka bertiga pulang" kata kata Iselle agak meragukan namun Raja Kaan mempercayainya.

"Cassandra.....pulanglah dahulu...aku mahu berbicara dengan Cik Iselle secara peribadi" ujar Raja Kaan. Madam Cassandra menggangguk lalu membiarkan mereka berdua.

"Jadi ada apa Yang Mulia hendak bicarakan?" ujar Iselle yang tetap tenang. Ixxen tiba tiba muncul seakan memberi amaran agar sang raja tidak membuat sebarang tindakan. Dia hanya menyandar di dinding tanpa campur tangan dalam perbicaraan kakaknya.

"Mengapa Koa memulangkan semula cincin Amare ? Kau tidak menghasut puteraku bukan?" tanya Raja Kaan dengan serius.

Iselle tersenyum kecil. "Yang Mulia, patik tidak pernah menghasut apa apa kepada tuan putera....malah pemulangan cincin tersebut keputusan daripada tuan muda sendiri...bagi patik itu keputusan yang tepat."

Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now