Chap 19 🎭

57 7 1
                                    

Dan pertunjukan Alkoa tidak hanya sampai disitu,

"Anakanda ada satu pengumuman kecil" ujar Alkoa dengan senyuman penuh makna dan sopan. Babak inilah yang paling menarik dan paling kemuncaknya.

Sejak tadi Raja Kaan tidak bereaksi namun tangannya menggepal erat kerana puteranya sendiri telah menolak secara terang-terangan dia. Raja Kaan hanya teruskan mendengar manakala sang permaisuri pula berharap Raja Kaan marah besar terhadap Alkoa.

"Anakanda ingin mengangkat ketiga tiga orang ini sebagai anggota luar keluarga kerajaan sekaligus asisten anakanda" ujar Alkoa sambil menunjukkan Jay, Jia dan Juju.

Sudah tentu semuanya terkejut tidak terkecuali. Bahkan mereka bertiga tergamam dengan penyataan Alkoa. Anggota luar keluarga kerajaan dapat diangkat oleh anggota keluarga kerajaan meskipun anak selir sekalipun.

Mereka akan menjadi sebahagian daripada keluarga kerajaan dan memiliki pangkat setara dengan putera puteri cuma ada suatu kondisi sekiranya mereka diangkat oleh putera atau puteri selir, mereka hanya perlu memberi kesetiaan pada keluarga kerajaan jika tidak hukuman mati. Dan perlu menjalani pelatihan selama 3 tahun di bawah pengawasan Ketua Pelayan Istana dan Permaisuri Garyen.

Tetapi ada kelebihan juga iaitu dapat mengetahui semua rahsia secara tidak langsung. Ini dari sudut perspektif Alkoa yang menemui kelebihan dalam risiko yang besar.

Alkoa tahu ini terlalu beresiko tetapi dia telah membincangkan hal ini pada mereka bertiga seminggu yang lepas.

Flashback seminggu yang lalu,

"Kalian berhenti sebentar...aku ada sesuatu ingin kubincangkan" ujar Alkoa yang terus menutup buku dan mengarah pandangannya ke arah mereka.

Jia dan Jay berhenti membersihkan persekitaran perpustakaan manakala Juju menutup buku cerita dongeng yang dibeli untuknya oleh Iselle.

"Ada apa abang Koa?" tanya Juju.

"Disini aku rasa kalian tidak akan berkembang pesat....jadi-"

"Apa abang nak buang kami?" celah Juju yang dah berair mata. Dia sudah selesa tinggal disini.

"Cih...manusia sama saja" gumam Jay.

"Apa salah kami?" tanya Jia pula. Dia juga sudah selesa tinggal disini kerana Alkoa sangat baik dan peramah ditambah lagi dua beast Alkoa yang kuat juga. Berkat semua orang disini, kehidupan nya dan adik beradiknya lebih baik.

Alkoa terus mengetuk kepala mereka bertiga perlahan-lahan. "Lain kali dengar sampai habis apa yang aku nak cakapkan... Dengar ya....dalam keluarga kerajaan Garyen ada satu tradisi yang unik bagi aku...iaitu penggambilan anggota luar keluarga kerajaan yang dimana putera puteri diberi sewenang-wenangnya mengangkat seseorang untuk dijadikan setara dengannya....tetapi itu bergantung pada kemampuan dan keterampilan kalian untuk beradaptasi suasana baharu"

"Jadi maksudnya abang mahu mengangkat kami biar kami setara dengan abang?" tanya Jia.

"Pintar...." puji Alkoa

"Namun tuan muda, ada risikonya yang harus anda tanggung" celah Iselle yang muncul dengan sebakul sandwich dan minuman menyejukkan untuk mereka.

"Aku tahu....kerana itulah aku mempercayai kalian untuk lakukan tugas ini" ujar Alkoa dengan senyuman manis.

"Kerana aku hanya anak selir dan tiada dukungan yang kuat daripada belakang, aku boleh mengangkat anggota luar keluarga kerajaan yang namun akan diawasi permaisuri " sambung Alkoa sambil mencapai sepotong sandwich.

"Bukannya anda bencikan permaisuri " tanya Ixxen yang masuk entah darimana dan mencapai sepotong sandwich yang enak itu. Dan terus telinga ditarik oleh kakaknya kerana belum basuh tangan sebelum makan.

Koa : Trash Prince Where stories live. Discover now