02

1.4K 50 2
                                    

Shawl kelabu dikenakan di kepala . Long cardigan hitam dikenakan di badan . Di bahagian dalam dikenakan t-shirt hitam dan putih . Baggy pants hitam menjadi pilihan untuk dipakainya dikenakan juga dengan sneaker putih untuk dipakai di kaki . Takkan pakai kat tangan kan ?

" Dah pakai macam ni pun sejuk juga " omelnya sendiri

TOK ! TOK ! TOK !

" Masuklah pintu tak kunci " katanya.
Siapalah yang datang kebiliknya waktu malam macam ni . Tanpa hiraukan orang yang masuk kedalam biliknya dia meneruskan aktivitinya dengan membetulkan sedikit shawlnya . Nak lawa lawa manatau keluar nanti jumpa jodoh . Amboi gatai na .

" Qyra ? Bersiap nak pergi mana ni "

Soalan yang ditanya seperti angin yang dibiar . Merengus geram gerangan itu .

" Qyra kau dengar tak aku cakap ni ish orang tanya diam pula " katanya lagi .

Qyra yang dengar kawannya membebel itu tergelak kecil . Alahai itu pun nak membebel .

" Ya dengar , aku nak keluar kejap melur . Kau ni bila nak balik ? " Soal qyra , yela melur ni kalau boleh nak berkepit aje dengan qyra tapi sikitpun tak pernah qyra mengeluh melayan kawan dia yang satu ini . Bestpren lah katakan .

" Aku nak balik la itu yang aku cari kau tau tau kau nak keluar pula . Nak pergi mana ni cik manis ? " Soal melur .

" Nak pergi rumah kecil aku tulah yang macam pondok tu "

" Rumah kecil macam pondok ? Aku tengok dah macam rumah teres dah . Yelah kecik kecik macam tu pun ada banyak benda kat dalam tu besar pula tu luar aje macam pondok " bebelnya lagi .

Tergelak kecik qyra mendengar.

" Tak adalah cik bunga , kebetulan je aku minat design yang macam tu lagipun itu tempat untuk aku melukis , tenangkan fikiran "

Bunga ? Ya itu nama panggilan yang diberi untuk melur sebab melur kan bunga . Manis ? Sebab qyra ni bau badan dia bau vanilla , manis . Dia pun taktau kenapa tapi bau badan dia memang macam vanilla . Minyak wangi pun dia jarang pakai disebabkan bau badan yang memang dah macam minyak wangi tu heh . Boleh bezakan bau badan dengan baju sebab bau baju dia bau bunga . Eh dahlah cita pasal bau badan pula ingat apa ?

" Okey qyra , apa apa pun aku gerak dulu esok aku dah kerja . Kau tu banyakkan rehat dahlah belajar ambil kos fashion designer lepas tu ada gallery art sendiri bilanya kau nak rehat " melur pun sama aje macam qyra belajar dalam masa yang sama melur menguruskan syarikat bapanya tapi takdelah penat sangat . Qyra ni nak melukis la nak design baju lagi . Ouh dia dengan qyra tidak ambil dalam kos yang sama ya dia lebih kepada business .

" Ya bunga aku tahu , kau pun jaga diri makan minum elok elok drive kang tak sempat kahwin dah meninggal " terletus tawa kecil dari qyra .

Kecik besar ja melur melihat qyra ni rasa nak gigit aje pipi pau tu ish sabar jelah !

" Amboi kemain kau ya ! Yela kau pun elok elok drive kang tak sempat jumpa jodoh dah meninggal " ha ambil kau kena balik . Tapi qyra tak kisah pun pasal jodoh ni . Qyra tersenyum sinis dan melur sedar dengan senyuman qyra terus dia mendengus geram hish !

" Dahlah aku balik dulu tau la kau yang menang , bye assalamualaikum ! " Terus saja dia melangkah keluar dari bilik itu .

Qyra yang melihat telatah kawan baiknya itu hanya tergelak kecil . Ada ada sajalah si bunga ni . Sempat qyra melambai kepada kereta melur yang mula bergerak itu.

Tanpa membuang waktu qyra turun ke tingkat bawah untuk makan sedikit . Qyra memang gemar makan makanan manis tapi makan banyakpun dia tetap kurus yang gemuknya pipi . ada lesung pipit kat pipi kanan pula tu , comel !

Dia mengambil 4 biskut lexus coklat dan 3 kotak susu berperisa coklat 1 yang original 2 . Setelah itu dia membawa makanan dan minuman itu masuk ke dalam kereta , manalah tau lapar nanti kan lagi pun kat sana ada peti ais mini boleh la dia letak dalam tu kalau taknak minum nanti.

Dia kembali ke dalam rumah untuk mengambil dompet dan setelah itu dia mengunci pintu rumah dan memasuki kedalam kereta semula.

Dengan lafaz bismilla dia terus saja memandu dengan kadar yang sedikit laju , die kerling jam sebentar 8.24 A.M.

Jalan raya yang sesak sedikit membuatkan dia terlepaskan keluhan namun cepat saja dia berzikir . Tidak ingin bosan dia membuka radio dan mendengar lagu . Malam yang indah dengan hujan yang agak sedikit lebat itu membuatkan dia tersenyum nipis . Tak sabar dia ingin ke rumah kecil dia yang satu itu dah lama tidak ke sana kerana sibuk dengan belajar .

Hampir 40 minit dia memandu dia akhirnya tiba ke destinasi . Dia parking keretanya tidak jauh dari rumah kecil itu . Dan bila ingin turun baru saja dia teringat . Payung !

Ahh kenapa bole lupa nak ambil payung tadi . Tulah cuai lah kau ni qyra ish !

Dia berfikir sejenak . Redah jelah kang kalau basah tukar la baju . Bukannya takda baju dalam rumah tu . Lagipun dia memakai baju berlapis takkan la sampai kedalam basahnya.

Sembelum dia ingin turun dari kereta dia melihat figura seorang lelaki yang seperti kesakitan masuk kedalam rumah kecilnya itu.

" Siapa pula tu , takkan pencuri? "

Dia membuat keputusan untuk menunggu manalah tau orang tu keluar . Kang dia pergi tak pasal pasal kena tikam , ha mampus .

Lama dia tunggu hampir menginjak ke jam 11 malam . Tapi orang tu tetap tak keluar ish tidur ke ? Dah bagi masuk tidur pula . Eh loyar buruk pula kau ni qyra .

Qyra mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan pergi melihat gerangan yang masuk ke tempatnya itu manalah tau jodoh . Ahaks !

Eh astraufirullahhalazim qyra itu suma ketentuan allah suka hati aje kang tak pasal pasal gerangan tu suami orang . Naya je kena cop penyondol . ish taknaklah.

Qyra membaca bismillah sebelum redah hujan yang lebat itu.

Dengan lajunya dia lari sehingga sampai ke bawah bumbung rumah kecilnya itu.

Kalah khairul hafiz jantan ! Kau hado ?

Semasa qyra ingin menjenguk ke dalam rumah itu qyra terkejut kerana mendengar orang menjerit kesakitan.

Takkan hantu ? Eh apa kau ni.

Qyra cuba ketuk pintu sebelum masuk ke dalam . Tengoklah rumah sendiripun nak kena ketuk .

TOK ! TOK ! TOK !

tiada sahutan . Aik , betul ke tekaan nya selamani ? Takkanlah...

Hantu ? Arh tidak rumahnya punya cantik ada Al-Quran lagi takkan hantu nak singgah juga .

Dengan beraninya dia ketuk lagi.

TOK ! TOK ! TOK !

Tiada sahutan ?

Dengan lafaz bismillah dia memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumahnya .

Dengan perlahan lahan dia melangkah masuk kerana tak tahan sejuk dengan bajunya yang separuh basah . Ingat tak sejuk ke readers ku yang single ?

Berhati hati dia melangkah masuk dan semasa dia masuk alangkah terkejutnya dia melihat seorang lelaki berlumuran dengan darah di bahagian perut dengan muka yang pucat , badan pun menggigil.

Alahai kesian pula tapi dalam masa yang sama dia takut , yalah entah siapa siapa lelaki itu dengan darahnya.

Takkan mafia ?

Huh tu semua novel aje takkan ada didunia ni.

Qyra menutup rapat pintu rumahnya dan perlahan lahan berjalan menuju ke arah gerangan tersebut.

" Encik ? "















Vote📌
Comment 📌
TBC..





His Love : AdelWhere stories live. Discover now