20

1K 49 4
                                    

Danial diam seketika apabila matanya saling bertaut dengan mata qyra . Taktahu kenapa tiba tiba takboleh nak keluarkan suara .

Dia seperti terpukau dengan mata cantik milik gadis itu . Lamunannya terhenti apabila gadis itu melambai lambai tangan ke hadapan mukanya .

" Encik ! Encik okey tak ? " Soal qyra apabila jejaka itu tidak lepas memandang wajahnya . Dah kenapa ni ? Tadi panggil orang lepastu senyap pula , ada apa apa ke kat muka dia sekarang ni ?

" ha aku okey " jawap danial dan menggosok belakang lehernya . Berasa segan apabila berhadapan dengan gadis ini .

Qyra mengangguk dan masing masing diam . Qyra mengerutkan dahi dan berdehem .

" Kenapa encik ? Ada apa apa ke ? " Soal qyra , yelah tadi jejaka itu yang memanggilnya . Danial memandang qyra selepas itu dia memandang kearah lain .

" Aku nak minta ganti rugi " makin berkerut dahi qyra , ganti rugi ? Dia ada rosakkan apa apa ke .

" Saya tak faham ? Ganti rugi apa ? " Soal qyra , dah lah dah pukul 1 pagi lepastu tiba tiba minta ganti rugi pula .

" Kau lupa ke atau buat buat lupa ? " Soal danial sinis , dalam hati sudah mengutuk diri sendiri dengan tindakannya yang terburu buru .

Dia ada rancangannya sendiri , iaitu meminta ganti rugi kerana gadis itu sudah tumpahkan air tadi dan air itu jatuh terkena kasutnya . Ini sajalah yang dia boleh fikir sekarang kerana dia berasa amat gementar apabila berhadapan dengan gadis ini .

Jadi dengan alasan ini dia dapat bercakap dengan qyra dan dia boleh minta nombor gadis itu . Walaupun sebenarnya itu salah dia , ah dia kesah apa yang penting dia dapat apa yang dia mahu .

" Saya tak fahamlah encik cakap apa ? Ganti rugi apa ni ? Encik jangan macam macam " jawap qyra garang . Dia memandang danial dari atas hingga bawah , sampailah dia melihat kasut danial baru dia teringat .

' kasut ni macam kasut laki yang langgar aku tadi ' getus hatinya dan dia memandang wajah danial , cuba mengingati wajah danial .

Bulat matanya apabila sudah mengingati danial . Danial yang melihat gadis itu seperti sudah mengingatinya terus tersenyum sinis .

' pelupa rupanya ' dia memandang qyra dengan kening yang terjongket sekejap .

" Dah ingat ? " Soal danial sinis apabila melihat muka cuak qyra . Qyra menelan air liurnya kelat lalu dia tersenyum manis kearah danial sehingga menampakkan lesung pipitnya .

Dan senyumannya itu dapat menarik minat danial , terpegun seketika .

" Minta maaf encik , saya lupa " jawap qyra sambil menggaru keningnya . Jadi jejaka ini ingin meminta ganti rugi sebab dia telah jatuhkan air tadi lah ?

Danial hanya membuat wajah dinginnya sahaja .

" Em , encik nak berapa ? Saya bayar sekarang " soal qyra tergesa kepada danial . Jam ditangan di tilik , sudah pukul 1.30 pagi . Nanti kalau orang nampak mesti fikir bukan bukan , dia taknak perkara itu berlaku .

" Aku nak ganti rugi ikut harga air tadi " jawap danial tenang , dia faham melihat tingkah gadis itu . Sekarang sudah lewat jadi jika ada yang melihat mereka berdua duaan pasti akan menimbulkan fitnah .

Qyra segera mengeluarkan dompet dan mencari wang kertas bewarna merah tapi tiada jadi dia hanya mengeluarkan wang kertas bewarna biru . Ah bagi jelah , janji jejaka didepannya ini pergi dengan segera .

Dia menghulurkan wang tersebut tetapi huluran itu tidak disambut malah hanya dapat tatapan dari jejaka itu sahaja .

" Encik , ni ambillah " danial memandang huluran qyra lalu dia memandang wajah gadis itu tanpa mengambil wang tersebut .

His Love : AdelWhere stories live. Discover now