28

790 35 0
                                    

1 minggu berlalu...

Senyuman diwajah tidak dapat dibuang . Sungguh sudah lama dia tidak menjejakkan kaki disini , sekarang dia hanya perlu menunggu adiknya untuk datang dan mengambil dia .

Dia baru saja sampai jadi dia rasa ada baiknya dia pergi ke sebuah cafe yang terdapat didalam airport itu . Ingin memesan kopi panas kerana dia berasa sedikit sejuk didalam airport .

Kaki melangkah perlahan untuk beratur , beg diletakkan ditepi meja yang berdekatan dengan kaunter . Takdalah orang boleh ambil beg dia nanti .

Setiba giliran , dia memesan 1 kopi panas sahaja . Tiada niat ingin makan kerana tahu yang mamanya pasti akan masak dirumah . Dia menunggu di tempat menunggu , terlihat ada seorang gadis bertudung memesan air yang sama seperti dia .

Apabila pesanan dia siap dia mengambil langkah dan berlalu pergi kearah meja yang memang sudah menjadi tempatnya . Tiba tiba ada seorang perempuan duduk dihadapannya , tidak lupa juga ada seorang lelaki berdiri ditepi perempuan itu .

" Well well , look who's back ! " Sinis perempuan itu berkata , adrin melihat sudah mengeluh kasar . Sudah sekian lama tidak berjumpa akhirnya berjumpa lagi mereka .

Siapa lagi kalau bukan dia anak datin marina , Ain suhada . Dia dengan mak dia perangai sama , tidak ubah seperti syaitan . Bukannya dia tidak tahu yang ain ini sudah tidur dengan banyak lelaki dan hampir setiap hari keluar masuk kelab . Menang dari dulu begitu , tengoklah dengan pakaiannya yang ketat .

" Wow , sombongnya . Ingatkan dah balik ni perangai eloklah sikit " ujar ain jengkel , sengaja ingin menyakitkan hati adrin .

Adrin malas nak layan jadi dia hanya pekakkan telinga , malas nak layan langau yang bermulut puaka ni . Bukannya dia tidak kenal dengan ain ni , suka play victim . Lepastu dia akan mengadu pada tengku dhaif dan pasti saja walidnya itu akan percaya kata ain bulat bulat . Maklumlah anak kesayangan !

" Oi perempuan , aku bercakap dengan kau ni . Jangan nak buat bodoh macam tak dengar " sedikit tinggi nada yang digunakan oleh ain , bengang dengan adrin yang dari tadi seperti tidak hiraukan dia .

" Kau nak apa " itu saja yang adrin katakan , kalau tak memang tak diamlah mulut perempuan yang ada didepannya ini . Ain memasang wajah jengkel , tangan naik menyilang kedadanya yang agak sedikit terdedah .

" Kenapa kau balik ke malaysia semula ? Aku ingatkan lepas kena tuduh dengan bapak kandung sendiri terus taknak balik kesini dah " sinis saja ain berkata , well dia kesah apa . Yang penting adrin sakit hati !

Adrin memasang wajah tenang , tidak terkesan dengan kata kata ain . Lagipun salah satu punca dia ke luar negara kerana urusan kerja .

" Why ? Kalau aku balik kesini pun ada masalah ke dengan kau ? " Tenang adrin berkata dan melawan mata mengejek ain .

" Takda masalah kan ? Dan untuk pengetahuan kau , kalau aku tak kena tuduh haritu . Aku akan tetap keluar dari negara ni atas urusan kerja , yelah aku kan dah besar takkanlah nak harapkan duit mak bapak aku pula "

" Opss " adrin menekup mulutnya dan memasang riak tekejut .

" Aku lupa , kau manalah faham bab bab macam ni . Yelah kau kan penganggur , aku rasa semua duit yang kau ada pun datang dari bapak aku " tenang adrin berkata dan matanya tidak lepas memandang mata ain . Terlihat wajah kemerahan ain , malu mungkin ?

" Jaga mulut kau ! Kau jangan sampai aku beritahu pada walid yang kau hina aku ! " Keras nada yang digunakan oleh ain , sakit hatinya apabila dikatakan begitu .

" Go on , aku tak kisah " ain tersenyum sinis , dia masih lagi ada cara untuk sakitkan hati adrin .

" Okey , pasti mama kau yang kena marah dengan walid . Sebab tak reti jaga anak , eh macam mana dia nak reti jaga anak anak dia kalau dia sendiri pun gila kan ? " ain gelak lepas , serupa puntianak pula . Langsung tidak malu dengan orang yang melihat dia .

His Love : AdelWhere stories live. Discover now