16

890 43 3
                                    

Danial hanya mengenakan outfit biasa sahaja untuk ke rumah walidnya . Slack hitam , T shirt putih didalam dan jacket kelabu miliknya . Kedengaran seperti biasa tetapi dia tampak kacak dan bergaya dalam pakaian tersebut .

Dia mengeluh , entah kenapa tetapi kalini dia banyak mengeluh sahaja . Seperti ada benda yang tak kena .

Die mengerling kearah jam sekilas . Kemudian dia bangun dan keluar dari bilik tidur dirumah mamanya . Dia bercadang selepas berjumpa walidnya dia ingin membawa mama dan anak anak buahnya pergi makan .

Selepas makan nanti dia ingin pergi ke sebuah cafe yang terletak berdekatan dengan Qyra gallery art untuk berjumpa dengan kawan lamanya .

Dia telah memberi tahu mamanya tadi ketika mereka bertembung di hallway aras 2 . Mamanya juga yang mencadangkan kepada dia tentang cafe tersebut .

Kata datin lia , makanan di cafe tersebut sangat sedap dan juga harga berpatutan sesuai makanan yang dijual . Dia tidak membantah malah dia lagi okey kerana dekat dengan rumah mamanya .

Dia akan pergi kesana bersama lima orang anak buahnya itu . Di rumah datin lia dia sudah mengarahkan anak buahnya yang lain untuk menjaga kawadan banglo tersebut . Dirumah itu pun dia memasang CCTV dan alat pengesan suara , apabila sesiapa sahaja bercakap dirumah itu pasti suara mereka akan direkod . Hanya danial dan lima orang jejaka itu sahaja yang tahu .

Bukan di banglo mamanya sahaja tetapi dirumah dan di pejabatnya juga dia memasang alat itu . Yelah , kalau apa apa jadi atau ada orang fitnah ke senanglah dia nak tunjuk bukti .

Untuk keselamatan ya anak anak lagipun keluarga tirinya semua macam setan jadi dia perlu berjaga jaga hehe .

" Danialllllll " meleret iman memanggil danial yang sedang menuruni tangga itu . Danial hanya memandang sekilas dan terus berlalu pergi ke dapur .

Cemberut wajah iman apabila danial mengabaikannya . Ish ! Cuba tegur balik , ini tak ! Asyik nak sombong je , sebab tu ramai perempuan lari !

Peti sejuk dibuka dan tangannya yang kekar mencapai sekotak susu yang terletak didalam peti itu .

Dia kemudian mengambil cawan dan menuang susu tersebut kedalam cawan . Susu diteguk rakus kerana terlalu dahaga , turun naik halkumnya apabila meneguk susu tersebut . Argh !

Selesai minum dia terus menyimpan lebihan susu yang ada didalam peti , cawan dibawa ke singki dan dia terus membasuh cawan tersebut .

Dia kemudian menoleh dan ingin berlalu ke ruang tamu . Dia melihat hanya ada iman dan hyder sahaja , tetapi kelibat mamanya dan yang lain tiada .

" Mana yang lain ? " Soal danial lalu duduk di sofa single yang berhadapan dengan iman dan hyder .

" Tengah bersiaplah " jawap iman malas lalu dia menghadiahkan jelingan kepada danial . Tadi palau orang kan lepas tu sibuk nak tanya .

Danial memandang iman tajam dan dingin . Iman yang melihat terus saja menegakkan badan dan berdehem .

" Mama tengah siap , yang lain ada kat bilik kerja " jawap iman perlahan . Terketar sedikit kerana pandangan danial itu .

Danial hanya mengangguk perlahan . Dia kemudian mengarahkan iman untuk memanggil mereka semua untuk turun , dia tidak ingin berlama dirumah walidnya jadi ada baiknya dia pergi cepat dan balik cepat . Semak !

" Nanti kalau kat sana , apa saja yang kau rasa kau taknak buat dan tak setuju . Kau jujur aje dengan diorang , cakap je apa yang kau rasa . Jangan nak kesian sangat " ujar hyder tiba tiba .

" Aku...aku cuba . Aku bertahan dengan diorang pun sebab mama , kalau tak dah lama aku bawa korang semua ikut adrin " jawap danial .

" Aku faham , kalini aku nak kau tegas . Jangan disebabkan kau takut dengan diorang , kau akan jadi lemah dani . Its not you , kau tak macam tu "

His Love : AdelWhere stories live. Discover now