18

897 39 4
                                    

Qyra berjalan mengambil tempat selang 2 meja dari meja danial . Dia tidak perasan yang meja dia hampir dekat dengan meja kesemua jejaka tersebut .

Qyra langsung tidak perasan yang jejaka yang dilanggar tadi adalah jejaka yang dia selamatkan sebelum ini . Dia memang pelupa orangnya . Eheks !

Aryan yang dia jumpa beberapa hari lalu pun dia boleh lupa inikan danial yang sudah lama .

Dia masih belum memesan makanan dan minuman . Dia sedang menunggu melur , gadis itu tiba tiba ada urusan di syarikat milik bapanya . Apalah dah malam buta pun masih lagi ada hal .

Jadi melur menyuruh qyra pergi dulu ke cafe tersebut manakala dia pergi ke syarikat milik bapanya sebentar . Melur berpesan pada qyra jika dia tidak jadi datang dia akan menghubungi qyra .

Lagipun cafe milik damien dibuka sehingga jam 1 pagi . Jadi jika melur tidak dapat datang dia akan duduk di cafe ini sehingga tutup . Dia sudah berpesan kepada sofi yang dia tidak akan datang ke gallery , sofi selalu menunggu kepulangan qyra di gallery apabila qyra keluar . Sebab itu qyra berpesan agar wanita itu tidak menunggunya malam ini .

Bolehlah dia menyiapkan kerjanya disini dan selepas itu dia akan bermain game sehingga cafe itu tutup .

Dia mengerling kearah jam . Hm baru pukul 9.15 , lama lagi untuk cafe ini tutup jadi baik dia siapkan kerjanya .

Macbook dikeluarkan beserta dengan kesemua dokumen dan fail . Ini lah dia , sibuk dengan kerja . Tiada masa untuk diri sendiri , hanya kerja , kerja dan kerja .

Walaupun diusia muda kerja ada pilihan utama qyra . Belajar ? Sepatutnya sekarang dia diploma tetapi berhenti separuh jalan kerana kerja . Dia berniat ingin membuka butik kerana diploma yang diambil ialah fasion designer .

Tapi dia belum sepenuhnya memutuskan ingin membuka butik atau tidak . Lagi banyak lah kerjanya jika dia membuka butik pakaian .

Nak melukis , nak menjahit . Tiada masa lah untuk dia berehat , jadi dia harus berfikir betul betul jika dia ingin meneruskan rancangannya atau tidak .

Sebuah beg kecil yang berisi barangan menulis dikeluarkan . Pen biru diambil , dia kemudian menulis apa yang patut di tulis apa yang patut di isi .

Selang seli dia membuat kerja , sekejap menulis sekejap menaip . Very attractive !

Ting !

sorry manis , aku tak dapat datang . Syarikat ayah aku ada emergency , something bad happen . Nanti bila aku dah free aku inform , sorry again manis ! ❤️

- Bunga Melur

Qyra mengeluh , sudah mengagak yang melur tidak akan datang . Selepas selesai hal itu pasti melur akan pergi ke luar negara . Dia sudah hafal setiap apa yang akan berlaku , tapi dia tidak ambil hati . Asalkan kawannya itu sehat dan selamat .

Tekak terasa haus , baru dia perasan yang dia belum memesan air dan makanan lagi . Jadilah plan dia untuk menetap di cafe itu sehingga tutup , boleh push rank wo !

Dia bangun dan pergi kearah kaunter . Barang barang ditinggalkan disitu kerana mejanya berdekatan dengan kaunter , jadi dia boleh lihat siapa yang lalu lalang dimejanya .

Dia beratur di belakang tiga orang jejaka berbadan tegap . Kelihatan kacak dari belakang , qyra mengerutkan dahinya . Seperti kenal dengan jejaka jejaka tersebut . Tapi siapa ya . Ermmmmm !

Tak ingat , malas nak fikir .

Dia mengerling kearah mejanya , patutkah dia melukis disini ? Hm , tak ganggu orang ke . Tiba tiba dia terfikir tentang atuknya yang sudah lama dia tidak jumpa , rindunya . Banyak benda yang bermain di kepala sehingga terkeluar keluhan dibibir .

His Love : AdelWhere stories live. Discover now