00

17.5K 88 0
                                    

Sudah 2 bulan sejak Tiara Lilyana mula memeluk agama Islam. Banyak benda yang dipelajarinya tentang agama Islam. Dia belajar tentang cara-cara untuk mengaji, solat dan lain-lain lagi. Papanya mengupah seorang ustazah untuk mengajarnya semua itu.

Namun dia masih belum bersedia untuk bertudung. Keluarganya juga tidak memaksa kerana faham dengan situasi Tiara Lilyana. Semuanya berlaku dengan singkat.

Lily Xaverra Leon. Anak gadis kepada Dato' Megat Zayn Leon dan mendiang Maria Ciara. Anak yang tidak diketahui kewujudan oleh bapa kandungnya sendiri selama 15 tahun.

Perkahwinan antara Zayn dan Maria hanya berkekalan 4 bulan sahaja. Mereka bercerai kerana Maria yang ingin keluar daripada agama islam kerana ingin meneruskan pekerjaannya sebagai seorang model antarabangsa pada ketika itu.

Dato' Megat Zayn Leon merupakan seorang usahawan terkenal dan disegani oleh ramai orang. Sebelum berkahwin dengan Maria, beliau telah berkahwin dengan Datin Laila Khalida dan dikurniakan 3 orang anak lelaki.

Anak sulungnya bernama Megat Ziyad Leon berumur 25 tahun. Anak keduanya pula bernama Megat Zafran Leon yang berusia 23 tahun dan anak ketiga mereka, Megat Zachary Leon 22 tahun. Manakala nama Lily Xaverra Leon telah ditukar kepada Puteri Tiara Lilyana Leon setelah dia masuk Islam ketika berumur 15 tahun.

Kehadiran Lilyana dalam keluarga mereka dapat diterima dengan baik. Mereka semua melayan Lilyana dengan sangat baik. Termasuklah ibu tirinya, Datin Laila yang dipanggil ibu. Abang-abangnya juga melayan Lilyana dengan baik.

Sehinggalah Lilyana bertemu dengan seorang jejaka kacak tinggi lampai yang bernama Xavi Daniel Robert.










‼️CERITA NI TAKDE KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG DAH MENINGGAL DUNIA‼️

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now