01

11.3K 123 2
                                    

ENGLAND

"Hello, can I speak to Mr. Zayn please?" Maria bertanya kepada seseorang tersebut.

"Yes, Zayn speaking. Who's this?" sahut seseorang yang dihubunginya.

Maria mengetap bibirnya kerana gementar. Maria menarik nafas panjang lalu dihembuskan.

"Ni I Zayn. Maria Ciara. I ada benda penting nak bincang dengan you." Maria memejamkan matanya dan menarik nafas panjang sekali lagi.

Manakala di pihak Dato' Zayn pula dia tergamam setelah menerima panggilan daripada seseorang yang telah 16 tahun ditinggalkan.

"Apa you nak lagi Maria. I dah cakapkan antara kita dah takde apa-apa lagi. It's already 16 years Maria. Kenapa you cari I balik?"

"Yes Zayn, I tahu antara kita dah takde apa-apa hubungan. But can you just listen to what I want to say right now. It's really important to me. Kalau tak I takkan cari you semula." terdengar Dato' Zayn mengeluh panjang di dalam talian. Mereka senyap untuk beberapa ketika.

"Okay then, just say it. I'm listening." hanya itu yang dibalas oleh Dato' Zayn. Namun itu sudah cukup memadai buat Maria. Dia sedang terdesak sekarang ni kerana memikirkan masa depan anak tunggalnya.

"I tahu you mungkin susah nak percaya apa yang I nak cakap ni tapi... Sebenarnya kita ada anak Zayn. She's 15 years old already this year." Maria bersuara perlahan memberitahu kepada Dato' Zayn.

Dato' Zayn yang mendengar terus terlepas telefonnya di atas sofa akibat terkejut. 'Ak...aku ada anak dengan Maria?'

Dato' Zayn terkaku beberapa saat sebelum mengambil semula telefonnya yang terjatuh tadi. Telefon tersebut kembali ditekapkan di telinganya dengan tangan yang mula menggigil halus.

"You jangan nak menipu Maria. Masa tu you cakap you tak nak anak sebab you nak jaga body. And masa tu pun you makan pil perancang. Macam mana you boleh mengandung pulak ni?" Dato' Zayn sukar untuk mempercayai kata-kata Maria.

"A week after kita bercerai dulu, I dapat tahu yang I pregnant . It's 7 weeks already. I ada skip tak makan ubat tu beberapa kali sebab terlupa dulu sebelum kita bercerai." Maria senyap seketika untuk mencari kekuatan untuk sambung bercerita.

Dato' Zayn terkelu lidah mendengar penjelasan Maria. Dahinya berkerut hebat memikirkan kesahihan cerita Maria tersebut. Dia masih ingat dulu memang Maria ada mangadu yang dia ada beberapa kali terlupa untuk makan pil tu.

"Kenapa baru sekarang you nak bagitahu I tentang kewujudan budak tu? Kenapa bukan dari dulu lagi? Why now? And why so sudden?" Dato' Zayn mengasak Maria dengan pelbagai persoalan yang menyesakkan dada Maria.

Maria cuba untuk tidak menitiskan air matanya ketika ini. "I tak nak you tahu sebab I takut you akan ambik dia daripada I. I cuma ada dia je masa tu Zayn. I tak nak hilang anak I. I sayang dia sangat-sangat. Dia permata dalam hidup I."

Maria mengeluh perlahan sebelum menyambung kata-katanya.

"I bagitahu you sekarang sebab I sakit Zayn. I ada kanser hati. It's stage 4 already Zayn. I cuma ada masa beberapa minggu je lagi. Tapi I rasa masa I dah nak tiba." Maria sudah mula menitiskan air matanya. Sebak mengenangkan anak kesayangannya.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now