28

5.4K 95 5
                                    

"Yang... Hari ni kawan-kawan abang nak datang rumah kita tau. Dalam tengah hari macam tu diorang sampai. Diorang makan tengah hari rumah kita." kata Xavi sambil memeluk erat tubuh kecil isterinya.

Mereka baru sahaja selesai sarapan dan sedang berehat di bilik. Tadi Lily mengadu dekat Xavi yang dia pening kepala. Terus Xavi heret isterinya masuk bilik dan dipaksa isterinya berehat.

Xavi mengusap lembut perut isterinya yang sudah mula membesar. Kandungan Lily sekarang sudah mencecah 5 bulan. Tapi Lily sekarang makin aktif. Sampai pening dia dibuatnya.

Kalau orang lain makin sarat makin duduk diam. Tapi Lily ni lain. Makin sarat makin dia aktif. Kena bebel dengan Xavi pun dia buat endah tak endah je.

"Kenapa kawan-kawan abang nak datang? Berapa orang nak datang? Semua lelaki ke?" soal Lily bertubi-tubi. Lily mendongak ke atas memandang suaminya.

"Banyaknya soalan hermosa abang ni." kata Xavi. Tangannya mencuit manja hidung mancung isterinya itu. "Abang jawab jelah yang mana abang ingat. Tia malas nak ulang."

"Kawan-kawan abang datang sebab ada nak bincang something. Yang datang nanti 3 orang je. Bariq, Riftan dengan Ziyad abang sayang. Semua lelakilah sayangku intan payung." jawab Xavi dengan sabar tanpa tertinggal satu soalan pun.

"Bariq tu Tia kenallah sebab dah selalu datang sini jumpa abang. Tapi Riftan rasanya Tia pernah jumpa sekali masa wedding kita hari tu kan? Yang handsome tu kan? Yang tinggi-tinggi tubuh sasa tu. Muka pulak macam kacukan. Yang bawak adik perempuan dia sekali masa wedding kita tu. Yang tu lah Riftan kan?" soal Lily tanpa sedar suaminya di sebelah sudah mula berasap kepala menahan api cemburu.

"Amboi dia... Describe orang tu sampai macam tu sekali. Dah lupa ke dekat suami kat sebelah ni? Habis tu abang ni tak tinggi ke? Tak sasa ke? Muka abang ni tak handsome ke? Abang ni pun kacukan jugak tau." soal Xavi seperti berjauh hati dengan isterinya. Dilepaskan pelukan di tubuh isterinya lalu pusingkan badan membelakangi isterinya.

"Abang... Tia minta maaf. Janganlah marah Tia macam ni. I'm sorry abang. Tia tak ada niat pun nak buat abang marah dan cemburu. I'm sorry." pujuk Lily sambil menggoyangkan lengan suaminya.

Matanya mula berair kerana suaminya langsung tidak memberikan reaksi dengan pujukannya tadi. Tercebik-cebik bibirnya menahan tangisan.

Terus pecah empangan air matanya apabila si suami mula bangun dan menuju ke arah balkoni. Langsung tidak dipandang isterinya itu.

Dengan pantas Lily bangkit lalu mengikut jejak langkah suaminya ke arah balkoni bilik. Dia nak peluk suaminya namun di tahan dirinya. Dia takut suaminya makin marah kalau disentuh.

"Abanggg..." panggil Lily dengan perlahan namun masih didengari Xavi.

Sebaik sahaja mendengar suara isterinya yang mula bergetar, tahulah Xavi bahawa isterinya sudah mula menangis. Dilepaskan keluhan ringan sebelum memusingkan tubuhnya menghadap si isteri yang sudah banjir dengan air mata. Betul tekaannya tadi.

"Nak apa?"

"Nak pelukkk..." rengek Lily bibir yang mencebik sedih. Xavi menyimpan senyum melihat isterinya itu. Hati yang panas tadi seakan-akan disimbah dengan ais. Sejuk serta-merta.

"Come here baby..." panggil Xavi sambil mendepakan tangannya. Memanggil si isteri untuk memeluk tubuhnya.

Dengan pantas Lily memeluk tubuh suaminya sambil melepaskan tangisannya. Xavi memeluk erat tubuh isterinya sambil mengusap belakang badan isterinya bagi menenangkan isterinya yang sedang menangis itu.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveOnde histórias criam vida. Descubra agora