34

2.4K 68 2
                                    

Xavi hanya memandang dari jauh sahaja isterinya yang sedang berbual dengan seorang lelaki di laman rumah mentuanya. Dikepal kuat tangannya sehingga timbul urat-urat lengannya.

Sumpah dia cemburu gila sekarang ni. Kalau ikutkan hati yang tengah hangat sekarang. Memang lunyai dia kerjakan lelaki tu.

Siapa lelaki tu? Kenapa dia berbual macam dah kenal lama je dengan isterinya.

"Itu Hud Iskandar. Dulu dia jiran kitorang. Tapi family dia pindah ke Aussie 3 tahun lepas. Minggu lepas baru family diorang pindah ke Malaysia semula. Lily memang rapat dengan Hud tu dari dulu lagi."

Xavi memandang ke arah suara tersebut. Zachary rupanya. Xavi hanya mengangguk sekali sebelum memandang ke arah isterinya semula. Dia sedang cuba sembunyikan rasa cemburu yang meluap-luap dari diketahui oleh abang iparnya itu.

"Aku tahu kau jealous." kata Zachary lagi. Dia boleh nampak telinga dan wajah Xavi yang kemerahan. Rahang Xavi juga bergerak-gerak bagi menahan marah dan cemburu.

"Kau tak perlu jealous dengan si Hud tu. Dia takkan dapat caras bini kau tu sampai bila-bila. Jangan risaulah." kata Zachary sambil menepuk perlahan bahu Xavi.

"Kenapa? Dia dah kahwin ke?" soal Xavi.

"Nope. Dia belum kahwin. Macam aku cakap tadi. Kau jangan risau sebab Hud takkan ambil Lily dari kau." kata Zachary sebekum meninggalkan Xavi seorang diri melayan rasa hairannya dengan ayat yang diutarakan olehnya tadi.

"Sampai hati Lya tak bagitahu abang pun yang Lya dah kahwin." kata Hud dengan nada merajuk yang dibuat-buat. Lily melepaskan ketawa kecil.

"Macam mana nak bagitahu kalau abang Hud tu macam dah tak nak kawan dengan Lily. Tukar nombor. Email pun dah tak guna yang tu. Alamat abang Hud kat sana pun Lily tak tahu. Abang Hud tu yang sampai hati sebab tinggalkan Lily macam tu je. Dah lah tak bagitahu Lily yang abang Hud nak ikut auntie dengan uncle jugak. Dulu cakap tak nak ikut. Tak nak tinggalkan Lily lah, apalah. Last-last dia ikut jugak pergi Aussie tanpa bagitahu Lily." bebel Lily dengan nada perlahan.

Kalau ikutkan memang dia tak ada mood untuk jumpa dan bercakap dengan orang. Tapi tak sampai hati pulak nak halau Hud memandangkan mereka pun dah lama tak jumpa. Nanti apa pulak kata Hud kalau dia tak keluar bilik.

"Abang minta maaf, Lya. Abang tak bermaksud nak buat macam tu dekat Lya. But I have to do that." Hud memandang ke arah Lily dengan pandangan yang sayu.

Berkerut wajah Lily apabila mendengar kata-kata Hud. "What do you mean by that?"

"You will know when the time comes. Abang belum ready nak cerita dekat Lya lagi. Nanti abang dah ready, abang akan ceritakan semuanya dekat Lya. Abang janji."

Belum sempat Lily ingin menyoal lebih, ada satu suara dari arah belakang yang memanggilnya. Seketika, bahunya terasa dielus lembut oleh suaminya yang berdiri di belakangnya.

"Sayang..."

Lily mendongak ke atas memandang suaminya seketika sebelum matanya memandang ke arah Hud semula. Dibiarkan sahaja suaminya meletakkan tangan di bahunya.

"Abang Hud... Ni lah suami Lily, Xavi Daniel. Abang... Ni Abang Hud yang Tia pernah cerita dekat abang dulu tu. Abang Hud ni baru balik dari Australia minggu lepas." kata Lily.

Hud menghulurkan tangannya ke arah Xavi dan disambut dengan baik oleh Xavi. Walaupun di wajahnya langsung tiada secoret senyuman pun.

"Aku Hud Iskandar."

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now