37

2.5K 96 8
                                    

"Puas hati korang sekarang? Aku tak pernah tengok cucu aku macam tu sebelum ni." luah opah dengan nada yang kesal. Selama ni Xavi hanya mendiamkan diri. Dia tak banyak bercakap sangat. Hanya ikut sahaja apa yang orang suruh.

"Mak pun tahu dulu kami perlu tumpukan perhatian dekat Levi." kata Tan Sri Adam. Cuba membela diri.

"Aku faham kalau kau nak tumpukan perhatian dekat Levi sebab dia sakit. Tapi tak bermakna korang boleh abaikan Xavi terus." marah opah lagi.

"Kami tak abaikan Xavi pun mak. Kami sayang dia macam kami sayang Levi juga." sampuk Puan Sri Rose pula. Dia mendekati suami dan ibunya yang berada di depan pintu bilik Xavi.

"Sayang? Cuba kau tanya diri sendiri berapa kali kau raya dengan Xavi dulu? Berapa kali kau puasa dengan dia? Berapa kali kau berbuka puasa dengan dia? Berapa kali kau sambut hari lahir dia dulu? Masa kau sambut hari lahir dia dulu, kek apa yang kau beli? Cuba kau jawab soalan aku dulu baru kau boleh cakap yang kau sayang dia macam kau sayang Levi."

Puan Sri Rose dan Tan Sri Adam menundukkan kepala mereka. Tiba-tiba rasa sebak mula bertandang mengingati bagaimana mereka melayan Xavi sebelum Xavi tinggal bersama mereka.

"Kau tak pernah ada dengan Xavi masa hari raya pertama dia. Sebab kau sibuk melancong ke luar negara tanpa dia. Selepas seminggu baru kau balik raya dengan dia kat kampung aku. Itu pun cuma sehari. Lepas tu kau balik KL semula. Kau tak pernah puasa dengan dia sebab kau sibuk kat Kuala Lumpur ni. Sepanjang 11 tahun dia duduk dengan aku, tak pernah sekali pun kau datang sambut hari lahir dia kat kampung. Tapi kau sambut hari lahir Levi besar-besaran setiap tahun. Ucapan selamat hari lahir pun kau tak pernah bagi inikan pula nak sambut. Lepas dia duduk dengan kau dulu, kau hanya beli kek kesukaan Levi untuk sambut hari lahir diorang. Sedangkan Xavi alahan dengan kacang walnut." luah opah lagi. Dia kecewa dengan anak menantunya. Betul-betul kecewa.

Puan Sri Rose dan Tan Sri Adam terpempan. Mereka berpandangan sesama sendiri. Mereka tak tahu Xavi ada alahan. Patutlah Xavi tak pernah makan kek tu.

"Kenapa terkejut? Sebab korang tak tahu yang anak korang tu ada alahan dengan kacang tu? Mak bapak jenis apa korang ni. Kalau anak yatim kau sibuk ambil jadikan anak angkat. Tapi anak kandung kau, kau jadikan anak yatim." soal opah dengan sinis.

"Lily yang kamu dok hina tadi tu lebih mengenali suami dia. Semua pasal Xavi dia tahu walaupun baru kahwin tak sampai setahun. Tapi kamu berdua sebagai keluarga dia, tak tahu apa-apa pasal anak sendiri." sambung opah lagi. Dari dekat ruang tamu tadi dia tahan apabila anaknya sendiri menghina cucu menantunya. Isteri kepada cucu kesayangannya.

"Kalau kau tak boleh nak bantu Xavi cari isteri dia. Jangan nak tambahkan masalah dia dengan menghina isteri dia pulak. Lily tu budak baik. Aku kenal cucu menantu aku. Jangan nak hina orang lain macam kamu tu suci dari sebarang dosa. Cermin diri dulu sebelum kata dekat orang."

"Bila aku lebihkan Xavi daripada Levi, kau melenting kata aku ni pilih kasih. Cuba kau tengok diri kau pulak. Cukup ke kasih sayang yang kau bagi dekat cucu aku tu? Diorang tu kembar. Lahir pada hari yang sama, tarikh yang sama. Tapi kenapa kau tak boleh bahagikan kasih sayang yang sama dekat mereka?" opah menggelengkan kepalanya perlahan sebelum berlalu ke dalam bilik Xavi.

Kalau ikutkan hatinya, banyak lagi nak sembur. Tapi hatinya lebih risaukan sang cucu yang sedang berkurung di dalam bilik air. Risau cucunya lakukan sesuatu di luar jangkaan.

Tokk... Tokk... Tokk...

"Xavi... Buka pintu ni. Opah ni." opah mengetuk pintu bilik air perlahan sambil memanggil Xavi. Dia tahu Xavi belum mandi. Buktinya, tiada bunyi percikan air dari dalam.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now