35

2.4K 81 6
                                    

"Nurse... Boleh tak kalau saya nak keluar kejap? Saya nak duduk kat taman bawah tu je." soal Lily kepada seorang jururawat yang datang untuk memeriksa dirinya.

"Tak boleh puan. Lagipun sekarang ni dah lewat malam. Tak elok untuk puan dan kandungan puan. Puan pun masih lemah lagi." larang jururawat tersebut dengan lembut.

"Tapi saya bosan. Saya stress kalau duduk diam-diam dalam wad macam ni. Boleh ye? Saya janji saya keluar kejap je." pujuk Lily tanpa jemu.

Jururawat tersebut berfikir sejenak. Dia menatap wajah penuh berharap Lily. Perlahan-lahan dia mengangguk mengizinkan.

"Tapi biar saya temankan puan. Sekejap ye saya ambilkan wheelchair untuk puan."

•______________________________•

"Kenapa kau ada kat sini? Siapa yang jaga adik aku kalau kau kat sini?" soal Ziyad ketika Xavi melangkah masuk ke dalam markas Dragon Shadows.

Ziyad dan adik-adiknya baru sahaja sampai ke Malaysia tadi. Mereka terus sahaja pulang setelah tahu Lily dimasukkan ke hospital. Lagipun dari China ke Malaysia hanya ambil masa 4 jam sahaja. Tapi mereka belum sempat jenguk Lily lagi.

"Jangan banyak tanya. Aku tengah serabut sekarang ni." Xavi menghempaskan punggungnya ke atas sofa. Jarinya mengurut batang hidungnya perlahan.

"Kau gaduh dengan adik aku ke?" soal Ziyad lagi.

Sekarang ni hanya ada dia dan Xavi sahaja kerana Riftan dan Bariq berada di bilik senjata. Sedang memeriksa senjata yang baru sampai.

"Entahlah. Tia tu tiba-tiba je cakap mengarut. Aku tak suka dia cakap macam tu. Itu yang aku tinggalkan dia kejap." luah Xavi. Kepalanya disandarkan di sofa.

"Lily cakap apa sampai kau merajuk macam ni dengan dia?" soal Ziyad lagi. Jarang-jarang boleh tengok Xavi serabut macam ni sekali.

"Dia suruh aku janji supaya aku kuat kalau suatu hari nanti dia tinggalkan aku. Aku tak suka dia cakap macam tu. Seolah-olah dia betul-betul akan tinggalkan aku."

"Betul apa yang Lily cuba sampaikan dekat kau. Cuba kau pandang dunia kau sekarang. Dunia kau dipenuhi musuh yang bila-bila masa je akan jatuhkan kau. Sekarang target diorang bukan kau tapi Lily. Kau pun tahu pasal tu. Sebab tu Lily cakap macam tu dekat kau. Kita tak tahu future kita macam mana, Xavi." Ziyad memberi nasihat sambil menepuk bahu Xavi.

Xavi terdiam setelah mendengar nasihat yang diberikan oleh Ziyad. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Ziyad. Dan kerisauan isterinya memang ada logik cuma dia yang melenting tak tentu pasal sehingga sanggup meninggalkan isterinya seorang diri di hospital.

Xavi menelan liurnya kasar. Dia baru teringat yang Lily berseorangan di hospital tanpa pengawasan sesiapa. Bodyguard juga tak ada untuk memantau isterinya. Dia sudah mula rasa tak sedap hati.

"Aku... Aku pergi dulu."

Xavi terus berlari keluar dari markas Dragon Shadows. Xavi memandu dengan laju menuju ke arah hospital yang menempatkan isterinya.

•______________________________•

"Terima kasih sebab temankan saya kat luar ni." ucap Lily kepada jururawat tadi.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now