15

5.9K 49 0
                                    

"Tahniah encik Xavi. Isteri encik disahkan mengandung 6 minggu."

Selepas sahaja mereka sarapan tadi, Xavi terus membawa isterinya ke klinik swasta berdekatan untuk pemeriksaan kandungan. Keluarga mereka belum mengetahui tentang kandungan isterinya itu.

Xavi tersenyum di sepanjang perjalanan untuk pulang sambil menggenggam erat tangan isterinya yang diletakkan di pehanya. Dijeling sekilas isterinya yang hanya termenung setelah mereka keluar dari klinik tadi.

"Baby... Baby okay tak ni? Senyap je dari tadi abang tengok. Pening lagi ke?" soal Xavi tanpa memandang isterinya.

"Abang tak rasa macam awal sangat ke kalau kita ada anak sekarang? Kita pun baru je kahwin. Tak sampai sebulan lagi." soal Lily dengan perlahan.

Sejujurnya, memang Lily gembira dengan berita kehamilannya cuma Lily sedikit takut. Mungkin kerana masa lalunya yang menjadikan dia sedikit trauma untuk mempunyai anak.

"Dah Allah nak bagi rezeki awal nak buat macam mana. Baby tak suka ke mengandungkan anak abang?" soal Xavi dengan nada yang kedengaran seperti tidak berpuas hati dengan Lily.

"Bukan macam tu maksud Tia. Tia gembira sangat-sangat bila dapat tahu Tia mengandung. Tapi dalam masa yang sama Tia takut. Sampaikan rasa takut Tia melebihi rasa gembira Tia." jawab Lily dengan jujur tanpa memandang suaminya.

"Sayang tak percayakan abang ke? Sayang tak percaya dengan cinta abang dekat sayang?" soal Xavi yang sudah terasa hati dengan isterinya.

"Tia percayakan abang. Tia memang yakin dengan cinta abang. Tapi rasa takut tu tetap juga ada dalam hati Tia." jawab Lily perlahan sebelum tangisannya mula pecah.

Xavi melepaskan keluhan panjang lalu memberi signal dan berhenti di bahu jalan. Xavi membuka seat beltnya lalu pusing menghadap Lily yang sedang menangis. Xavi membuka seat belt Lily lalu menarik tubuh isterinya untuk dipeluk.

Tangisan Lily yang pada mulanya perlahan mula menjadi semakin kuat sehingga terdengar esakannya. Perlahan-lahan Lily turut membalas pelukan hangat suaminya sambil menangis di dada suaminya.

"Shhh... Jangan nangis sayang. Tak baik untuk anak kita. Nanti kalau dia keluar jadi cengeng macam mummy dia kesianlah kat babah kena pujuk dua baby." pujuk Xavi sambil mengusik isterinya. Lily tergelak kecil sebelum dicubit perlahan lengan suaminya.

Lily melepaskan pelukan mereka lalu tangannya naik untuk menghapuskan air matanya namun dihalang oleh Xavi. Xavi memegang kedua-dua tangan isterinya dengan tangan kiri lalu diseka air mata di pipi isterinya dengan tangan kanan. Dicium sekilas kelopak mata kiri dan kanan isterinya.

"Honestly you look so pretty when you cry baby girl. Tapi abang tak suka kesayangan abang sedih." kata Xavi perlahan sambil dicium kedua-dua tangan Lily yang berada di dalam genggaman tangannya. Lily hanya tersenyum dengan perbuatan suaminya.

"Jomlah kita balik abang. Tia penat." ujar Lily.

Lily perasan tubuhnya sekarang mudah sangat penat. Rasa macam nak baring je selalu.

"Abang nak singgah farmasi kejap. Nak belikan susu untuk sayang." kata Xavi sambil memakaikan semula seat belt di tubuh isterinya lalu dipakaikan di tubuhnya pula sebelum memulakan perjalanan.

Lily hanya mengangguk sebelum menjatuhkan sedikit kerusinya ke belakang lalu duduk bersila di seat kereta suaminya. Memang tabiatnya duduk bersila di dalam kereta. Xavi menoleh sekilas ke arah Lily yang turut sama memandang ke arahnya. Dibalas senyuman manis isterinya.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now