11

9.8K 129 5
                                    

DAY 3

Xavi turun ke dapur untuk mencari kelibat isterinya. Setelah menjumpai isterinya yang sedang memasak di dapur bersama Mak Na, terus ditegurnya.

"Sayang jom kita pergi jalan-jalan. Ke sayang pening lagi?" ajak Xavi sambil duduk di kerusi meja makan bersebelahan dengan Lily.

"Nanti lepas makanlah kita jalan-jalan. Tia dah okay sikit lepas makan ubat yang abang bagi pagi tadi." jawab Lily tanpa memandang suaminya di depan.

Lily sibuk menghiris ulam untuk dimakan sebentar lagi. Hari ini opah meminta Lily memasak nasi kerabu dan dibantu oleh Mak Na. Datin Laila ada memberitahu opah yang Lily pandai masak nasi kerabu kerana diajar oleh neneknya, ibu kepada Datin Laila yang berasal dari Kelantan.

"Lily tak sihat ke? Kenapa tak cakap? Kalau tak Mak Na boleh je masak sorang?" soal Mak Na dengan riak risau. Dilap tangannya yang basah setelah selesai membasuh pinggan lalu duduk di sebelah Lily.

"Pagi tadi pening sikit lepastu mual. Ni dah okay." jawab Lily lalu tersenyum memandang Mak Na disebelahnya.

"Pening? Mual? Lily dah mengandung ke?" soal Mak Na dengan teruja.

Xavi yang diam dari tadi, terus memandang isterinya dengan teruja apabila mendengar soalan Mak Na. Dia pun ada terfikir benda sama jugak pagi tadi. Xavi ada mengajak Lily ke klinik namun ditolak dengan alasan dia tak apa-apa.

"Ishh Mak Na ni. Kitorang kahwin tak sampai sebulan lagi, takkan dah pregnant." selar Lily tanpa menghentikan kerjanya.

"Mana tau Lily tu bunting pelamin. Anak Mak Na haritu pun bunting pelamin jugak." kata Mak Na. Lily hanya diam.

"Kamu pergilah Lily. Kang meroyan pulak laki kamu tu kalau tak ikut. Lagipun tinggal hiris ulam tu je. Mak Na pun boleh buat. Ayam tu goreng nanti nak makan tengah hari." suruh Mak Na sambil mengambil alih tugas Lily sambil menolak bahu Lily perlahan.

Xavi terus tersenyum gembira. Terus ditarik tangan isterinya menuju ke pintu belakang untuk keluar jalan-jalan bersama.

"Kita nak jalan kaki ke bang?" soal Lily apabila mereka sudah berada di luar rumah.

"Kita naik motorlah yang. Nanti baby abang ni penat pulak. Jom." Xavi menarik tangan isterinya menuju ke arah motor arwah atoknya.Lily terus naik motor tersebut setelah enjin dihidupkan.

"Ya Allah, cantiknya abang. Berhenti kejap abang" kata Lily dengan teruja apabila mereka melalui kawasan sawah padi.

Xavi berhentikan motor ditepi jalan. Lily turun dari motor diikuti suaminya. Xavi hanya melihat Lily yang sedang tersenyum disebelahnya.

"Kalau esok sayang tak okay lagi, kita pergi klinik ye. Mana tau betul apa yang Mak Na cakap tadi." kata Xavi sambil terus ditatap wajah cantik isterinya.

Lily memandang Xavi disebelah yang tidak lepas memandang wajahnya. Lily senyum nipis lalu angguk.

"Abang tak sabar nak ada anak ke?" soal Lily sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Saja mengusik suaminya.

"Of course sayang. Nak tengok jugak hasil abang tibai sayang tiap-tiap malam tu." kini giliran Xavi pula mengusik isterinya.

Terus mati senyuman Lily digantikan dengan muncung pula. Xavi terus ketawa melihat mulut isterinya yang muncung sedepa. Memang begitulah reaksi isterinya bila diusik.

"Jomlah kita balik. Dah nak dekat waktu zohor ni." ajak Xavi. Lily hanya mengikut tanpa banyak soal.

|...........................|

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now