02

9.4K 126 7
                                    

7 TAHUN KEMUDIAN

Kini Tiara Lilyana telah berusia 22 tahun. Dia sekarang sedang menyambung pengajian di kampus MSU dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Akauntan dan ditahun terakhir.

Lily mendapat straight A's semasa peperiksaan SPM dan ditawarkan untuk sambung belajar ke luar negara namun ditolak olehnya.

Baginya dia lebih suka belajar dalam Malaysia sahaja supaya sentiasa dekat dengan keluarganya. Jadi dia memilih MSU kerana dekat dengan rumah. Hanya 15 minit sahaja daripada rumahnya. Sekarang pun dia dah fasih berbahasa melayu dan sudah mula bertudung.

•______________________________•

"LITTLE ANGLE.... LAMBAT LAGI KEEEEE?" Ziyad menjerit dari tingkat bawah rumahnya untuk memanggil si adik yang sedang bersiap. Hari ni dia memaksa adiknya menemani dia ke padang polo.

Adiknya itu memang sangat liat untuk keluar dari rumah. Dia lebih suka duduk terperap di rumah sahaja. Tak pun dia hanya akan mengikuti Datin Laila shopping. Biasalah perempuan.

Lily berjalan turun dari tangga dengan muka masam sambil membetulkan topi dan tudungnya. Ziyad nak tergelak tengok muka masam mencuka adik kesayangannya itu.

"Senyum sikit angel. Nanti orang ingat abang culik anak dara orang pulak." Ziyad terus menarik tangan adiknya menuju ke arah kereta Ferrari F8 merah miliknya. Makin masam muka Lily bila diperli begitu.

Setelah setengah jam perjalanan, barulah mereka sampai ke destinasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah setengah jam perjalanan, barulah mereka sampai ke destinasi. Lily membuka pintu kereta lalu mengekori langkah abangnya.

"Adik nak tunggu kat padang atau nak ikut abang ke kandang untuk ambik kuda?"

"Lily tunggu sini jelah. Lagipun abang Yad bukan lama pun ambik kuda tu kan?" Ziyad mengangguk lalu berlalu pergi ke kandang kuda.

Ziyad memang selalu bermain polo bersama kawan-kawannya pada waktu petang ketika hari cuti. Cuma baru kalini dia membawa Lily bersamanya.

Sementara menunggu abangnya mengambil kuda, Lily jalan-jalan sambil mengambil gambar dan sesekali dia akan selfie.

Ketika Lily sedang khusyuk merakam video untuk dipost di ig, dia telah terlanggar seseorang dibelakangnya kerana ketika itu Lily sedang berjalan sambil undur. Lily terus pusing ke belakang kerana ingin meminta maaf.

"Err... Maaf ye encik saya tak sengaja terlanggar encik... Saya mintak maaf sangat-sangat"

Lily mengetap bibir bawahnya kuat kerana takut dimarahi di depan orang ramai. Tipikal novel dan dramakan memang macam tu.

Xavi menundukkan kepalanya sedikit untuk memandang gadis kecil yang melanggarnya tadi kerana gadis itu agak pendek. Bukan agak tapi memang pendek. Tinggi dia hanya separas dada Xavi.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now