25

5.9K 88 16
                                    

"Assalamualaikum."

Xavi mencari kelibat isterinya di sekeliling rumah apabila salamnya tadi tidak berjawab.

"Sayangggg... Where are you?" panggil Xavi sambil mencari isterinya di dapur.

Xavi naik ke tingkat atas untuk mencari isterinya di bilik mereka. Namun sia-sia sahaja kerana dia langsung tidak menjumpai kelibat isterinya di mana-mana.

Jantung Xavi mula berdegup dengan laju. Risau sekiranya si isteri meninggalkannya lagi sekali. Memikirkan itu, Xavi segera masuk ke dalam walk in wardrobe mereka lalu membuka almari milik isterinya.

Xavi menarik nafas lega apabila pakaian isterinya masih sama seperti selepas dia mengemaskan pakaian isterinya tadi.

Xavi cuba untuk menelefon isterinya namun semua panggilannya tidak di jawab. Xavi mula risau apabila semua panggilannya tidak dijawab.

'Mana sayang ni'

•______________________________•

Puan Sri Rose mengusap lembut rambut Lily yang sedang berbaring di atas ribanya. Petang tadi dia ada menelefon Lily untuk datang minum petang di rumahnya kerana dia ada buatkan kek batik untuk Lily.

Semalam Lily ada memberitahunya yang dia mengidam kek batik yang dibuat olehnya. Sebab tulah dia buat hari ni.

Tapi masa Lily sampai tadi dia dah mula rasa pelik apabila Lily datang dengan grab bukannya dengan Xavi, suaminya.

Apabila ditanya, rupa-rupanya Lily sedang merajuk dan marah dengan Xavi. Sebab itulah dia datang seorang diri ke rumah mereka.

"Nak kena dengan mama Xavi ni. Nanti dia datang tahulah mama nak marah dia macam mana." bebel Puan Sri Rose.

Lily hanya menganggukkan kepalanya sambil dicebikkan bibirnya. "Nanti mama piat telinga dia kuat-kuat tau."

"Iya... Nanti mama piat telinga dia kuat-kuat. Baru padan muka dia. Dah tahu bini tengah mengandung nak jugak buat perangai. Siaplah dia kejap lagi." bebel Puan Sri Rose lagi.

"Abang dah tak sayang Lily ke mama? Lily dah tak cantik ke sekarang sampai dia buat macam tu?" soal Lily sambil memandang wajah ibu mentuanya.

"Janganlah cakap macam tu. Xavi masih sayangkan kamu. Mesti dia ada sebab kenapa dia tipu kamu. Apa kata Lily balik bincang dengan Xavi dulu. Lagipun sekarang dah malam. Mesti Xavi tengah cari kamu sekarang." pujuk Puan Sri Rose.

"Tak naklah. Abang mesti tengah marah sekarang. Kalau Lily balik sekarang maunya ada yang kena sebat nanti dengan dia." kata Lily sambil mencebik sedih. Dah lah suami dia tu jenis yang panas baran jugak.

"PUTERI TIARA LILYANA LEON. KELUAR SEKARANG SEBELUM ABANG YANG NAIK. TERUK SAYANG KENA DENGAN ABANG NANTI." jerit Xavi dari tingkat bawah.

Lily yang sedang baring di riba ibu mentuanya terus terduduk kerana terkejut dengan jeritan kuat suaminya dari aras bawah.

"Mama..." rengek Lily dengan air mata yang mula bertakung di tubir mata.

Puan Sri Rose terus menarik tubuh menantunya ke dalam pelukannya. Tak lama kemudian Xavi sudah tercegat di depan pintu bilik sambil berpeluk tubuh. Dipandang tajam isterinya yang sedang dipeluk oleh mamanya.

"Jom sayang kita balik." ajak Xavi dengan nada yang mendatar.

"Tak nak balik." balas Lily tanpa memandang Xavi.

"Nak abang paksa ke baru nak balik?" ugut Xavi.

"Mama... Tengok dia tu." adu Lily sambil memandang Puan Sri Rose.

Xavi Daniel: His Obsessive LoveWhere stories live. Discover now