❆❃ Prolog

11.3K 265 11
                                    

DIA rasa boleh kebas punggung dia duduk lama-lama atas kerusi ni. Sekarang dia berada di sebuah restoran yang tidak jauh dari Universitinya. Janji Aisya dengan dia nak jumpa waktu lunch, masalahnya sampai sekarang dia tak nampak kelibat Aisya, kawan baiknya. Dalam hati dia dah memaki hamun Aisya kerana tidak menepati janji. Tunggu lahh dia, apa dia nak buat dengan Aisya nanti.

Dari jauh dia sudah nampak kelibat Aisya yang sedang melangkah masuk ke dalam restoran dan menuju ke arah meja yang dia duduki sekarang. Dengan rasa tak bersalah Aisya terus duduk di kerusi berhadapan dengan dia dan menyambar cofee lattenya yang hanya tinggal sedikit. Dia dengan rasa bengang terus memarahi Aisya yang selamba badak meminum cofee kegemarannya.

"Woiii!!! asal kau minum cofee aku gila...dah lahh lambat, lepastu dengan selamba badak kau minum cofee aku sampai habis, pastu tak minta maaf pulak tu, ganti balik air aku." marah Azzahra dengan muka menahan geram. Nasib baik meja yang mereka duduk sekarang ni jauh dari meja pelanggan yang lain.

"Sorry wee, aku haus dari tadi lagi tak sempat nak minum, tu yang terus aku sambar cofee kau tu." ucap Aisya dengan nafasnya yang tidak teratur.

"Aku lambat tadi sebab Prof.Akmal pergi tahan satu kelas sebab tak siapkan projek yang dia bagi hari selasa haritu. Kitorang ingatkan dia mintak projek tu hari jumaat ni, rupanya dia minta harini, tu yang aku lambat tu. Sorry tau, jangan marah aku. Kalau kau tak maafkan aku takpelah aku faham, aku dahlah tak tepati janji aku kata nak jumpa kau waktu lunch,lepastu lambat pulak tu datang jumpa kau. Lepastu tu, bila aku dah jumpa kau aku pulak boleh pergi sambar cofee kegemaran kau. Kau hukum je aku, aku sanggup buat apa je untuk kau asalkan kau maafkan aku. " kata Aisya dengan menahan air matanya jatuh ke pipi.

Azzahra menahan tawanya dari meletus keluar dari mulut bila Aisya tundukkan wajahnya ke bawah dan mula mengalirkan air mata. Itulah akibatnya bila tidak menepati janji dengan dia, kan dah mendapat padan muka hahaha.

"Dahlah tu, berhenti menangis, tak cantiklahh nanti kawan aku sorang ni. Iye aku maaf kan, lepas ni jangan janji dengan aku kalau kau tak boleh nak tepati janji tu faham..." pesan Azzahra pada Aisya yang sudah berhenti menangis. Dah macam rupa apa dah,dengan hingusnya nasib tak jatuh kebawah.

"Tapi, kau kena belanja aku makan dan ganti balik cofee latte aku harini, boleh?" tanya Azzahra pada Aisya. Lalu Aisya terus menganggukkan kepala tanda setuju, janji Azzahra memaafkannya atas apa yag telah dia lakukan tadi. Azzahra bentukkan senyuman bila Aisya menganggukan kepala. Yeayy dia dapat minum cofee latte lagi harini.

DIA mengemaskan lagi baju kerja yang telah dipakai dan menyarungkan kot kerja pada tubuh tegapnya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia melangkah keluar dari bilik dan menuruni tangga. Dia melangkah menuju ke dapur apabila hidungnya menanggkap haruman bau masakan mummynya yang sangat sedap.

"Good morning mummy. Mummy masak apa tu, macam sedap je bau..." tegur Tengku Aaryan tiba-tiba yang membuatkan Puan Athalia terkejut apabila disergah oleh Tengku Aaryan Zahreen, anak sulungnya. Puan Athalia mengurut perlahan dadanya lalu mencubit lengan sasa Tengku  Aaryan, haa rasakan siapa suruh sergah orang macam tu lagi padan muka.

"Auchh pedihnya..." adu Tengku  Aaryan manja pada mummynya, tapi mummynya buat tak kisah sahaja siap jeling lagi pada anaknya. Mummy punya cubitan dahlah sakit macam kena cubit dengan ketam.

"Haa padanlah muka...siapa suruh sergah mummy macam tu, kan dah kena cubit" marah Puan Athalia pada anak sulungnya.

"Itu haa mummy masakkan nasi goreng kampung dan air teh tarik untuk breakfarst pagi ni. Mana Add dengan Reen? Takkan tak turun breakfarst kot? " tanya Puan Athalia.

Tengku Ayden Zakri dan Puan Athalia Delancy mempunyai tiga orang cahaya mata, iaitu Tengku Aaryan Zahreen dan Tengku Addyan Zareef, twins Tengku Ayden Zakri dan Puan Athalia Delancy. Tengku Aireen Zafreen merupakan anak ketiga Tengku Ayden Zakri dan Puan Athaia Delancy, satu-satunya anak perempuan yang mereka ada.

"Hihihi... saja je gurau dengan mummy pagi-pagi ni. Diorang ada kat atas lahh tu, mungkin kejap lagi diorang turun." beritahu Tengku  Aaryan yang sudah bersedia untuk menjamu selera. Tangan mencapai sudu dan mengambil sedikit nasi goreng kampung yang mummynya buat lalu masuk ke dalam mulut. Ehmm sedapnya...nasi goreng mummy tak pernah tak sedap, apa yang mummynya masak sentiasa sedap dan mengenyangkan perut apabila makanan sudah masuk ke dalam perut.

"Good morning mummy. Ehmm macam sedap je nasi goreng ni." sapa Tengku Addyan ceria sebelum melabuhkan duduk di sebelah Tengku Aaryan kembarnya, dia terus menyuapkan nasi goreng kampung ke dalam mulut. Tengku Addyan muncul bersama Tengku Ayden, papanya.

Suasana yang tadinya agak sunyi menyentakkan mereka berempat apabila muncul Tengku Aireen. Tengku Aireen terus mencium pipi kanan duddy dan mummynya lalu terus melabuhkan duduk di sebelah mummy dan berhadapan dengan dua orang abang kembarnya. Mereka berempat hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dengan peragai Tengku Aireen Zafreen yang manja itu.

"Daddy mummy, Ryan pergi office dulu." beritahu Tengku Aaryan dan terus bangun dari duduknya, lalu mencium tangan kanan papa dan mamaya. Setelah memberi salam, dia terus melangkah keluar dari villa keluarganya.

Keluar sahaja dari villa milik keluarganya, Tengku Aaryan terus menayangkan wajah dingin dan beku. Dia terus masuk ke dalam kereta Lamborghini Aventador warna hitam mitalik miliknya. Button start ditekan dan Lamborghini Aventador itu terus bergerak melepasi pintu pagar, dengan kelajuan yang tinggi dia terus memecut kereta tersebut menuju ke syarikat miliknya.



















Bagi saya mungkin bab ni agak boring sikit. Apa² pun, saya harap cerita saya dapat menghiburkan para readers nanti. Selamat membaca 😘

HE IS COLD HEARTED [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang