❆❃ HE IS COLD HEARTED 57

2K 66 2
                                    

BIBIR di bawa muncung ke depan sambil tangan di silangkan di dada. Tunjuk protes depan suaminya kerana bila permintaan dia taknak ditunaikan oleh lelaki dingin tu.

"Cariño...abang bukan tak nak tunaikan tapi permintaan sayang tu susah tuk abang tunaikan. Mana abang nak dapatkan serigala tu sayang woii..." dari tadi dia cuba memejuk isterinya itu, tapi tidak berhasil. Bagi patung serigala pun tak nak, padahal comel dah tu dia beli.

Azzahra memberontak kuat mendengar kata-kata suaminya. Patung serigala yang dibeli oleh suaminya tadi di pandang sekejap sebelum dengan laju mengambil patung itu.

"Patung ni saya ambik tapi saya tetap nak jumpa serigala. Kalau abang tak nak bawa cariño jumpa serigala, cariño ajak Am, mesti dia dapat tunaikan permintaan cariño." tutur Azzahra laju. Kakinya juga laju mengangkat pergi dari situ.

Amsyar yang sedang makan sedikit teesedak bila namanya dikaitkan sekali dalam perbalahan suami isteri tu tadi.

"Aku tak nak ada kena mengena ye. Aku dah cakap awal-awal." mulut kembali tutup bila Amsyar awal-awal lagi sudah bagi warning pada dia.

Jarinya mengetuk-ngetuk dagunya sambil berfikir cara untuk tunaikan permintaan isterinya tu.

Ha!

AZZAHRA duduk bertelingu di tepi katil. Telefon yang berada di telinga di tahan dengan bahunya.

"Kau ni agak-agaklah. Permintaan pun jauh sangat. Asal kau mengidam nak jumpa serigala?" soal Aisya di dalam talian. Pelik betul dia bila Azzahra menelefonnya nak mengadu tentang hal itu.

Azzahra sudah buat muka bila Aisya seperti memerahi dia sahaja. Sejak dia mengandung emosinya sedikit sebanyak tidak menentu, kena marah mulut sudah muncung sedepa bersama air mata.

"Baby ni yang teringin nak jumpa serigala, aku ikutkan ajalah." ujar Azzahra sambil mengusap perutnya yang sudah nampak bentuk itu. Dalam diam dia tersenyum kecil bila setiap kali dia mengusap perutnya.

Aisya di dalam talian mengerutkan dahi. Kata-kata kawan baiknya ni bukan boleh dipercayai.

"Anak kau yang nak jumpa serigala ke atau kau yang nak jumpa? Aku taulah tektik kau. Alaa kau gi lah pujuk suami kau lagi, nanti mesti dia tunaikan permintaan kau. Aku nak kena letak fon ni. Semoga pujukkan anda berhasil. Bye." ucap Aisya dengan memberi kata-kata semangat buat kawan baiknya.

Dia memberontak sekali lagi bila kawan sendiri main letak panggilan macam tu sahaja. Dia call Aisya sebab nak mengadu tapi sebaliknya pula yang dia dapat.

AAAHHH!

PAGI-PAGI lagi dia sudah dikejutkan oleh suaminya. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap sambil menghirup udara segar pagi.

Dia tak tau kemana suaminya ingin bawa dia pergi, malas nak bertanya sebab dia masih lancarkan mood merajuk dengan suaminya.

Mata di kerling sedikit memandang sipi-sipi wajah isterinya. Dia juga tak nak bertegur dengan isterinya buat masa sekarang kerana dia pasti kejutan yang akan tiba nanti mampu membuatkan kembalikan suasana ceria isterinya.

Setengah jam mereka duduk dalam kereta, akhirnya sampai juga ke destinasi mereka.

Azzahra mengerling sedikit ke luar tingkap untuk melihat nama bangunan di depannya.

GT GROUP

Baru nak bertanya suaminya di sebelah lelaki itu terlebih dahulu keluar dari kereta. Dia termenung sekejap dalam situasi.

Kenapa dia bawak aku ke sini?

"Keluar." tak tegas tak dingin tutur katanya menyuruh Azzahra keluar dari kereta.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Där berättelser lever. Upptäck nu