❆❃ HE IS COLD HEARTED 26

1.9K 77 4
                                    

SEDANG dia keringkan rambut panjang, pintu wad di buka dari luar. Dia cepat-cepat capai selimut untuk menutup rambutnya. Dia lupa nak ambik tudung sekali jalan tadi.

Tengku Aaryan terkejut melihat Azzahra yang berselubung dalam selimut tebal itu.

"Yang kau ni dah kenapa? Gila ke berselubung dalam selimut tebal tu." kata Tengku Aaryan. Makanan yang di beli tadi di letakkan di atas meja. Azzahra pandang dia dengan muka garang. Dia pandang Azzahra sambil tangannya di silangkan di dada bidangnya.

"Awaklah... Yang awak gi masuk tak ketuk pintu dah kenapa?" marah Azzahra. Tangannya mengenggam selimut di bawah dagunya.

"Sebelum ni aku masuk ok je. Asal tetiba kau nak marah aku pulak?" tanya Tengku Aaryan. Suaranya juga tidak kurang lantang.

"Saya tadi tengah keringkan rambut tau tak. Awak pulak main masuk sesuka hati je. Nasib baik saya dengar bunyi pintu buka, kalau pintu tu bukak perlahan tadi free je rambut saya ni tanyang kat depan mata awak." marah Azzahra. Geram gila nak mampuih dia dengan perangai seketul Tengku Aaryan.

Tengku Aaryan hanya dengarkan sahaja apa yang Azzahra bisingkan kat dia.

"Mana tudung kau?" tanya Tengku Aaryan mendatar. Azzahra hanya tunjukkan jarinya sahaja ke arah almari. Tengku Aaryan terus bergerak menghampiri almari itu. Pintu almari di buka dan mengambil sehelai tudung hitam Azzahra. Dia main ambik sahaja tudung hitam Azzahra.

"Nah. Pakai tudung tu. Aku masuk bilik air kejap. Pastikan kau dah pakai tudung tu bila aku dah keluar dari bilik air. Rimas aku tengok kau berselubung dalam selimut tebal tu." kata Tengku Aaryan selamba. Tudung hitam itu bertukar tangan. Tengku Aaryan terus masuk dalam bilik air untuk mencuci sudu dan garpu bagi bersih.

"Thank you." ucap Azzahra perlahan bila Tengku Aaryan sudah selamat masuk ke dalam bilik air.

Selesai pakai tudung, dia membelek makanan yang Tengku Aaryan beli tadi.

"Nasi ayam!" kata Azzahra teruja. Makanan favorite lah katakan. Dia buka penutup bekas makanan itu dan menghidu bau aroma nasi ayam itu.

"Lapar ke?" tanya Tengku Aaryan. Dia baru sahaja keluar dari bilik air. Dia nampak apa yang Azzahra buat tadi. Dia terus duduk di kerusi sebelah katil Azzahra. Bersedia untuk suapkan makanan dekat buah hati.

"Nganga-nganga." kata Tengku Aaryan. Sudu yang berisi makanan sudah di halakan ke arah Azzahra. Azzahra tak banyak cakap, dia terus buka mulut dan nasi itu selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Ehmm edapnya. Mana awak beli nasi ayam ni?" tanya Azzahra yang masih mengunyah kan nasi ayam dalam mulut.

"Lain kali nak cakap bagi abiskan dulu makanan dalam mulut tu. Kang tercekik kang aku jugak yang susah. Aku suh anak buah aku belikan." beri tahu Tengku Aaryan. Tangannya masih setia menyuap Azzahra. Azzahra kerutkan kening.

"Anak buah?" tanya Azzahra. Habis sahaja mengunyah makanan dalam mulut dia terus bertanya. Tangan Tengku Aaryan berhenti dari menggaul nasi ayam bila Azzahra tanya soalan itu.

'Aduh celupar betul mulut ni. Sekarang aku nak bagi jawapan apa kat dia?' bisik Tengku Aaryan dalam hati. Azzahra yang melihat Tengku Aaryan tetiba jadi senyap terus tepuk tilam dengan kuat. Itu sahaja cara yang terlintas dalam kepala dia. Hahaha...

Tengku Aaryan sedar dari lamunan dia tadi bila Azzahra menepuk tilam empuk tu dengan kuat. Nasib baik tak terbang nasi ayam ni. Dia jengilkan matanya pada Azzahra. Azzahra hanya pandang dia tanpa rasa bersalah.

"Anak sedara aku. Kebetulan dia kat sini aku suh lah dia belikan. Dah buka mulut tu. Banyak mulut pulak." kata Tengku Aaryan geram. Azzahra tayangkan barisan gigi putihnya bila di tegur macam tu oleh Tengku Aaryan.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now