❆❃ HE IS COLD HEARTED 18

2.2K 82 1
                                    

"AMIR dah bagi kunci kereta dekat Aisya." beritahu Tengku Aaryan sambil tangannya memegang stereng kereta. Dia memandang cermin pandang belakang. 1 buah kereta sport warna hitam sedang mengekori kereta dia dari belakang. Tengku Aaryan senyum sinis.

"Tak serik-serik orang tua ni rupanya." kata Tengku Aaryan perlahan membuatkan Azzahra memandang Tengku Aaryan disebelah.

"Awak cakap apa tadi?" tanya Azzahra sekali lagi. Dia tak dapat dengar dengan jelas apa yang lelaki tu cakapkan tadi.

"Nothing. Kau tidurlah dulu, lambat lagi perjalanan kita. Nanti dah sampai aku kejutkan kau. Aku tau kau penat, kau tidur dulu ok?" kata Tengku Aaryan dengan lembut dan senyuman manis diberikan pada Azzahra. Dia terus kenyitkan matanya lagi sekali pada Azzahra sebelum fokus memandu.

"Awak ni memang sakit mata lah." kata Azzahra dan terus pejamkan mata. Tak sampai 5 minit Azzahra terus terlelap tanpa menghiraukan apa yang Tengku Aaryan cakapkan disebelah.

"Sweet dreams cariño." ucap Tengku Aaryan pada Azzahra. Itu sahaja ayat yang Azzahra dapat dengar sebelum diulit mimpi.

Tengku Aaryan memasang airpods di telinganya. Talian disambungkan dengan Amsyar.

"Hello bro..." sapa Amsyar dalu dalam talian. Tengku Aaryan hanya membalas ' Ehm ' sahaja.

"Aku nak kau cek nombor plat kereta ni. BVJC 264. Kereta ni follow aku dari belakang. Dapat info terus bagi aku." arah Tengku Aaryan pada Amsyar di talian dan terus matikan panggilan.

Dia pandang belakang lagi sekali, kereta hitam itu masih mengekori kereta dia dari belakang.

"Really want to play with me. Well let's start." kata Tengku Aaryan dengan suara datar. Mukanya usah dicakapkan, memang dah beku dingin.

Dia terus memecut laju kereta BMW M5 milik Amir. Dia bawak kereta dengan kelajuan yang tinggi di atas highway bagi mengelakkan kereta yang ekori tidak jumpa kereta dia lagi. 3 minit masa mengambil untuk tidak diekori akhirnya kereta tu hilang tanpa jejak. Dia senyum kemenangan bila berjaya mengelak dari kereta tadi.

Dia memandang Azzahra disebelahnya yang sedang tidur nyenyak sekali. Dia terus tersenyum lebar melihat wajah putih bersih Azzahra. Macam baby saja gaya Azzahra tidut dengan memeluk beg tangan.

"Cariño wake up. Kita dah sampai dah ni." kejut Tengku Aaryan perlahan pada Azzahra. Azzahra masih tidak bangun lagi walaupun sudah dikejutkan banyak kali oleh Tengku Aaryan.

"Cariño bangun sebelum saya baring atas awak." ungut Tengku Aaryan dengan suara yang agak tegas. Kalini dia tak main-main dengan apa yang dia cakapkan tadi.

Azzahra terus celikkan matanya perlahan sebelum dibuka sepenuhnya. Azzahra terus cebikkan mulut tanda protes bila tidurnya di ganggu.

"Eee ugut je kerja awak. Tak boleh ke kejutkan saya elok-elok sikit." kata Azzahra dengan suara marahnya. Tengku Aaryan hanya perhatikan sahaja apa yang Azzahra bebelkan.

"Nak saya kuncikan mulut tu ke. Kalau nak saya boleh kuncikan." kata Tengku Aaryan selamba pada Azzahra. Dia senyum menggoda ada Azzahra. Azzahra terus bulatkan mata sebelum...

"Auchh... Sakit-sakit. Saya tak ugut awak macam tu dah. Lepaskanlah rambut saya. Saya baru je kemaskan saya tadi.. Abis tak encem dah caye..." marah Tengku Aaryan. Dia buat-buat merajuk pada Azzahra. Azzahra terus lepaskan rambut Tengku Aaryan dan terus keluar dari kereta. Malas nak layan perengai tak betul lelaki tu.

Tengku Aaryan kemaskan semula rambut bagi nampak handsome dan kemas. Baru perempuankan luar sana pandang dia, tapi dia tak pandang perempuan kat luar sana pun. Dia hanya pandang Azzahra sorang sahaja. Selesai kemaskan rambutnya dia terus keluar dari kereta mencari Azzahra yang entah hilang kemana. Baru berapa minit dia kemaskan rambutnya dalam kereta hilang dah budak ni.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now