❆❃ HE IS COLD HEARTED 34

1.8K 68 1
                                    

SELESAI menjamu selera makan malam, mereka terus meluangkan masa bersama di ruang tamu besar itu. Sembang punya sembang sampai tak sedar yang jam sudah menginjak pukul 9. Azzahra panggil Tengku Aaryan dengan isyarat tangan supaya lelaki tu datang dekat pada dia.

"Awak, jam dah nak dekat kul 9. Kalau boleh saya nak balik." pinta Azzahra separa berbisik di telinga Tengku Aaryan perlahan. Tengku Aaryan faham akan Azzahra jadi dia hanya ikutkan sahaja. Lagipun waktu sudah malam elok sangat kalau dia hantar Azzahra balik ke rumah.

"My daddy, Ryan nak antar Zahra balik rumah ni. Kalau takde pape kitorang nak gerak dulu." bagitau Tengku Aaryan pada Puan Athalia dan Tengku Ayden Zakri.

"Alaa...Zahra tido jelah sehari kat sini. Lagipun bilik kat Penthouse ni banyak, Zahra pilih je nak tido mana nanti. Boleh ye Zahra sayang?" rayu Puan Athalia supaya Azzahra menerima ajakan dia untuk tidur sehari di sini.

Azzahra jadi se bersalah pula bila mummy suruh dia tidur di sini. Dia pandang Tengku Aaryan tapi Tengku Aaryan hanya pandang dia dengan reaksi suka dengan cadangan mummynya.

"Tapi boleh ke Zahra tidur sini? Zahra tak nak susahkan mummy ngan daddy. Lagipun kawan Zahra dah tunggu kat rumah." kelentong Azzahra. Dia betul-betul tak nak menyusahkan keluarga lelaki tu. Lagipun dia tak selesa untuk tinggal di rumah orang.

"Hana takde kat rumah. Dia kata dia tido umah nama dia malam ni. Kau tido jer sini, tak payah takut sangat. Kalau duduk umah sorang-sorang ni ada benda kacau kau macam mana?" usik Tengku Addyan mengundang je ligan tajam dan maut dari Tengku Aaryan.

'Ye tak ye jugak kan? Dia dah lah takut kalau kena tinggal sorang-sorang dalam rumah lagi-lagi waktu gelap. Meremang bai bulu roma dia.' bisik Azzahra dalam hati.

"Kalau macam tu oklah, Zahra boleh tido sini sehari je sebab besok tengah hari Zahra nak kena gerak balik Johor." bagitau Azzahra supaya mummy tidak berharap lebih pada dia nanti. Tengku Aaryan kerutkan kening.

"Balik Johor buat apa?" tanya Tengku Aaryan dan mummy serentak. Azzahra rasa gugup pula nak jawap pertanyaan dua orang itu.

"Zahra nak jeguk famili Zahra kat sana sebelum Zahra start busy ngan study." bagitau Azzahra lembut. Puan Athalia dan Tengku Aaryan mengangguk kepala dengan jawapan Azzahra

"Yelah kalau dah macan tu. Sehari pun jadilah, janji bakal menantu mummy tido sini pun dah cukup. Nanti dah kawin ngan Ryan, Zahra boleh lah tido sini selalu ngan kami. Tak gituu abang?" soalan ditujukan pada sang suami di sebelah.

"Betul tu Zahra. Tak lama lagi kamu bolehlah tinggal di sini lepas kawin ngan Ryan. Tak gituu Ryan?" soalan di rujukan kepada Tengku Aaryan pula.

"Of course not mummy daddy. Lepas kawin Ryan nak privasi, nanti kalau ada mummy susah lah kerja Ryan ngan bakal bidadari Ryan ni. Mummy tak boleh masuk lepas Ryan dah kawin ngan Zahra nanti." pesan Tengku Aaryan pada Puan Athalia tapi mata di lirikkan pada Azzahra dengan wajah nakal.

Puan Athalia terus mencubit perut Tengku Aaryan bila anak sulungnya cakap macam tu, yang lain gelak sahaja melihat tingkah laku lepas Tengku Aaryan tadi kecuali Azzahra yang sudah memerah muka menahan malu.

'Ibu ayah...adik nak lariii...' adu Azzahra dalam hati macam nak nangis.

AZZAHRA yang baru lepas keluar dari bilik air untuk mencuci kaki terus berbaring di atas tilam empuk itu.

"Sedapnya baring atas tilam ni. Tilam ni lagi empuk dari tilam aku kat rumah tu, ni kalau tido puas-puas ni alamatnya sampai ke petanglah baru nak bangun dengan selimut tebalnya tambah lagi kalau waktu hujan. Fuhhh...nikmat nikmat." kata Azzahra seorang diri dengan mata di pejam rapat.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now