❆❃ HE IS COLD HEARTED 42

2K 74 5
                                    

"KORANG berdua ada gaduh ke?" tanya Tengku Addyan setelah selesai merawat Azzahra, kakak iparnya. Tengku Aaryan yang duduk tidak jauh dari katil Azzahra di pandang.

"Tak. Kenapa?" kalini Tengku Aaryan pula bertanya pada Tengku Addyan. Tengku Addyan tarik nafas dan hembus perlahan sebelum menjawab pertanyaan kembarnya.

"Takdelah, aku tengok lepas korang dah kawin ni Zahra asyik sakit je. Tu yang aku tanya kau tu. Aku ada tanya Aisya aritu pasal Zahra, dia kata lepas majlis perkahwinan malam tu Zahra jadi lain. Kau ada perasan tak yang Zahra banyak mengelamun atau berfikir jauh?" soalan di balas dengan soalan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang menganggu fikiran Azzahra sampai boleh pengsan macam ni.

Tengku Aaryan berfikir sekejap cuba mengingati detik-detik dia bersama dengan Azzahra. Dia juga perasan akan hal itu tapi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Nak tengok sejauh mana isterinya boleh bertahan. Dan dia tak sangka pula isterinya boleh pengsan macam ni.

"Aku perasan je cuma aku diamkan aja. Malas nak tanya sebab aku nak tengok sejauh mana dia boleh simpan. Aku tau apa yang menganggu fikiran dia. Isteri aku ok je kan?" lagi sekali Tengku Aaryan bertanya.

"Dia ok je cuma dia perlu banyakkan rest lagi. Kau tu jangan kuat sangat dengan dia. Aku balik dulu. Nak jemput bakal princess aku. Cauw lu." kata Tengku Addyan. Mereka berdua berlaga bahu sebelum tangan masing-masing bersalaman dengan gaya mereka berdua sahaja yang tau.

Tengku Addyan keluar sahaja dari bilik tidur dia dan Azzahra, dia terus menutup pintu bilik dan di kunci dari dalam. Katil saiz king itu dituju semula sebelum dia betulkam selimut tebal yang membaluti isterinya. Dia tak nak nak bagi isterinya kesejukan.

Belum sempat dia berlalu pergi dari situ, tangannya tiba-tiba di tarik dari arah belakang. Dia pusing belakang. Kelihatan Azzahra mengingau dalam mimpi sambil berkata sesuatu.

"Please...jangan tinggalkan saya. Saya takut. Please jangan tinggalkan saya." kata Azzahra dalam tidurnya. Dia tidak sedar lansung dari tidurnya.

Tengku Aaryan tidak jadi pergi ke bathroom bila Azzahra mengingau dalam mimpi. Dia terus berbaring dia sebelah Azzahra. Azzahra bawa dalam pelukkannya. Dia cuba untuk tenangkan isterinya dengan menepuk lembut bahu isterinya supaya Azzahra tidur semula. Dia mendodoikan Azzahra seperti mendodoikan bayi.

"I will never leave you. where I go. I will take you. You are mine, always mine." ucap Tengku Aaryan penuh syahdu dan lembut. Ubun-ubun dicium lembut sebelum bibir merah Azzahra di cium sekilas. Tak lama selepas itu dia juga turut ikut Azzahra tidur sampailah waktu malam.

"MEOW!"

Shahrul yang sedang sebok membelik sesuatu di skrin iPhone terus berhenti bila telinganya menangkap sesuatu bunyi. Dia pandang kiri, pandang kanan, pandang atas, pandang bawah takde apa-apa pun.

"BAA...!" jerit Dayyan kuat bila Shahrul mengangkat mukanya memandang ke depan.

"Ooo mak kau setan mak kau hijau. Terkejut aku." Dayyan gelak besar mendengar Shahrul melatah. Dia punya gelak tu sampai terguling-guling kat atas carpet.

"HAHAHAHA... Adehh ngan kucing pun kau boleh melatah, ni belum letak atas badan kau lagi. Lagi bertambah terkejut kau. HAHAHAHA..." kata Dayyan bersama gelak ketawanya. Seronok betul dia dapat kenakan Shahrul hari ni. Selalunya Shahrul yang kenakan dia, hari ni dia pulak yang kenakan Shahrul. Hahaha padan muka...

"S***lah kau Dayyan. Sini kau. Kau memang nak cari pasal ngan aku ann. Sini!" jerit Shahrul kuat. Dayyan yang sedang cuba untuk larikan diri di kejar. Maka, bermulalah aksi kejar-mengejar di antara mereka berdua tanpa hirau suasana sekeliling.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now