❆❃ HE IS COLD HEARTED 21

2K 84 0
                                    

"BOS." sapa seorang lelaki yang bernama Irfan bila seorang perempuan menapak masuk ke dalam bilik rahsia itu.

"Hmm. Mana perempuan tu?" tanya perempuan itu yang bernama Ika.

"Dia ada dekat sana." beritahu Afzan sambil menunjukkan tangannya direngah-tengah bilik. Afzan dan Irfan di tugaskan untuk menculik Azzahra. Ika senyum puas hati bila matanya disapakan dengan kehadiran Azzahra dalam bilik ni.

Ika atau nama sebenarnya Afika. Bekas kekasih Tengku Aaryan dulu. Dia sendiri yang minta putus dengan Tengku Aaryan masa umurnya 24 tahun dan Tengku Aaryan berumur 25 tahun. Beza setahun dengan dia. Dia minta putus sebab masa tu perniagaan Tenku Aaryan jatuh merosot dan banyak pekerja terpaksa di buang. Senang cerita jatuh miskin. Ptt... Dia dekat dengan Tengku Aaryan pun dia tau yang keluarga Tenku Aaryan kaya dan umur Tengku Aaryan masa tu pun sudah layak memengang syarikat. Setahun hubungan dia dengan Tengku Aaryan putus dia dapat tau yang Perniagaan Tengku Aaryan sebenarnya tidak jatuh merosot malah semakin meningkat di peringkat Antarabangsa.. Dia tau waktu tu dia sudah dipermainkan dan dirancang oleh Tengku Aaryan sendiri. Dia cuba untuk jalinkan hubungan dia dengan Tengku Aaryan semula, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Tengku Aaryan. Dari situ dia sudah bertekad untuk balas dendam dan hancurkan hidup Tengku Aaryan.

Ika, Afzan dan Irfan datang dekat pada Azzahr yang masih tidak sedarkan diri dari pengsan. Azzahra diikatkan pada kerusi dan matanya di tutup menggunakan sehelai kain.

"Afzan bukak kain tu. Irfan gi ambik air satu baldi bawak ke sini. Aku nak kau simbahkan air tu kat perempuan ni." arah Ika sambil memandang setiap inci muka Azzahra dengan perasaan dendam.

Afzan membuka ikatan kain itu. Irfan pula yang tadi keluar sekajap untuk mengambil air muncul semula dalam bilik rahsia dengan membwa sebaldi yang penuh dengan air. Dia mengangkat baldi itu hinggan paras dadanya dan di sembahkan air itu pada Azzahra. Ika senyum psyho melihat muka terkejut Azzahra.

BUSHH!!!

Azzahra  terus sedar dari pengsannya apabila dia dikejutkan dengan air yang banyak pada muka dia. Habis satu badan dia basah. Nasib baik dia pakai-pakaian berwarna hitam. Tapi itulah bajunya nipis dan boleh nampak lekuk badan lampingnya. Dia masih tidak sedar lagi dengan kehadiran 3 orang dalam bilik itu.

"Hye girl..." sapa Ika dengan senyuman manis diberikan pada Azzahra. Tangannya juga dilambaikan pada Azzahra. Azzahra terus pandang perempuan yang menyapa dia. Kelihatan ada lagi 2 orang lelaki dibelakang perempuan itu.

'Hello kepala bapak dialah!' dengus Azzahra dalam hati. Dia cuba untuk meleraikan ikatan tali pada tangannya. Azzahra pandang mereka bertiga dengan muka bengis dan bengang.

"Kau nak apa dari aku hah? Lepaskan akulah gila! Aku tak kacau hidup korang pun kan! Lepaskanlah...!" jerit Azzahra dengan kuat. Bergema satu bilik ni bila dia menjerit.

"Relaxlah girl, jangan jerit-jerit. Bingit tau tak tilinga kitorang ni bila kau menjerit. Aku nak kau jauhkan diri dari Tengku Aaryan. Untuk pengetahuan kau, aku ni girlfriend dia. Sekarang dia tak layan aku sebab kau muncul dalam hidup dia, kau dah rampas dia dari aku. Aku nak hancurkan hidup kau dengan dia sebab dia permainkan aku. Jadi, aku takkan lepaskan kau sampailah Tengku Aaryan datang jemput kau." kata Ika panjang lebar. Dia melihat muka Azzahra sudah jauh termenung tempat lain, dia tau Azzahra sudah percaya dengan kata-kata yang baru dia cakapkan tadi.

"Tipu! Aaryan mana pernah cakap apa-apa pasal kau kat aku. Aku tau kau nak kelentong aku kan. Kau jangan ingat aku boleh percayakan kau lah perempuan gila!" jerit Azzahra lagi di depan Ika. Ika bengang dengan apa yang baru dia dengar tadi.

Ika mengeluarkan pisau lipatnya di dalam poket seluar dan di torehkan pada lengan Azzahra sampai ke bawah.

"AARGHH!" jerit Azzahra bila mata pisau itu menusuk tajam ke dalam kulit lengan kirinya. Lengan bajunya sudah terkoyak dan banyak darah mengalir jatuh ke bawah. Air matanya perlahan-lahan jatuh kebawa.  Hanya Allah saja yang tau betapa sakitnya lengan dia dan hati dia sekarang ni.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now