❆❃ HE IS COLD HEARTED 10

2.8K 102 0
                                    

"AKHIRNYA...sampai juga destinasi kita." kata Azzahra sambil merenggangkan badanya setelah berjam-jam dia duduk dalam kereta.

Aisya terus matikan ejen kereta dan keluar dari kereta dia. Dia juga buat benda yang sama seperti Azzahra.

Selepas merenggangkan badan Azzahra terus buka pintu belakang untuk kejutkan Amani yang sedang tidur nyenyak itu.

"Sayang Amani...wake up girl. Kita dah sampai dah ni. Amani lapar tak kita nak pergi makan ni." kejut Azzahra sambil menepuk perlahan lengan kecil Amani.

Amani yang rasa lengannya dipukul lembut terus celikkan mata bulatnya. Dia melihat Azzahra berada di atasnya dan mula berdiri di luar kereta. Dia juga turut bangun sambil mengosongkan mata bulatnya.

"Acik su...ita dah ampai ke?" tanya Amani dengan mulut sengaja di cebikkan. Azzahra yang melihat terus mencubit pipi tembam Amani.

"Dah sayang. Jom kita keluar." beritau Azzahra. Dia terus mendukung Amani bawa keluar dari kereta. Aisya berada di sebelahnya. Dia melihat Amani yang baru bangun tidur, dia terus tutup pintu kereta.

Kereta Abang Aniq, Kak Aura dan Abang Airel parking jauh dari kereta Aisya. Terpaksa lah mereka berjalan jauh sedikit untuk berjumpa dengan diorang.

Aisya berpimpingan tangannya dengan tangan Azzahra untuk melintas jalan. Amani pula berada di dukungan Azzahra. Mereka hanya bawa beg tangan sahaja untuk pergi makan.

Dari jauh mereka sudah nampak Encik Arshad, Puan Farah, Kak Fathia, Kak Aura dan Abang Aniq yang sedang dukung Adam berada di luar kereta. Dia kerutkan keningnya, mana abang Airel padahal kereta abangnya berada di sebelah kereta Kak Aura.

"Dia dah pergi cari makanan dulu." Aura beritau adiknya apabila dia nampak kerutan di dahi adiknya.

Azzahra yang mendengar terus menganggukkan kepalanya. Aisya di sebelahnya pula gelengkan kepala. Amani sudah di serahkan dekat Kak Fathia.

Mereka terus bergerak masuk ke Restoran Higland Steambot Cheese & Grill. Dari jauh mereka sudah nampak abang Airel yang sedang duduk disebuah meja panjang. Meja yang sesuai untuk mereka sekeluarga makan tengah hari.

'Pandai abang Airel pilih. Ingatkan masuk restoran terus makan.' bisik Azzahra dalam hati.

"Aku ingatan bila kau dah masuk restoran terus melantak. Rupanya tak. " ujar abang Aniq. Dia terus meletakkan Adam ke dalam kerusi budak yang telah di sediakan oleh pelayan tadi. Dia terus duduk di sebelah isterinya, Amani pula berada di sebelah isterisnya, bersebelahan dengan Aura.

Azzahra dan Aisya mengambil tempat bersebelah dengan abang Airel. Encik Arshad duduk di kerusi utama meja, manakala abang Airel duduk di sebelah Puan Farah. Mereka mula memilih menu yang ada di Restoran Higland Steamboat Cheese & Grill.

Sedang Azzahra memilih menu yang di berikan oleh pelayan tadi, dia terdengar bunyi orang sedang berborak rancak. Dia memandang ke arah bunyi bising itu berada. Matanya memandang 3 tiga orang lelaki yang sedang rancak berborak siap bergelak sakan lagi di meja yang agak tersorok dari meja pelanggan lain. Dia menggelengkan kepalanya, 'kalau ye pun nak berborak bergelak sakan, perlahankan lah sikit suara tu. Menggangu orang nak makan je nanti.' bisik Azzahra dalam hati.

"RYAN jom makan. Aku dengan adik dah lapar ni..." kata Tengku Addyan sambil memengang perutnya. Tengku Aireen juga buat benda yang sama macam abangnya.

Tengku Aaryan yang tadi melihat keluar tingkap terus memandang Tengku Addyan dan Tengku Aireen silih berganti. Muka masing-masing sengaja di buat muka comel. Dia melihat terus rasa menyampah.

"Am kau cari lah restoran dekat sekitar sini, kita berhenti makan sekejap. Orang kat belakang ni dah kebulur sangat agaknya. Padahal baru je sumbat burger MCD." ujar Tengku Aaryan dengan malas.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now