❆❃ HE IS COLD HEARTED 17

2K 97 0
                                    

PRANGGG...

Perfume yang berada ditangan Azzahra terlepas apabila pintu bilik dibuka dari luar. Dia terkejut bila pintu tu di buka secara kasar. Dia nampak muka lelaki itu sudah bertukar bengis bila melihat perfume milik lelaki tu sudah pecah angkara dia. Serpihan kaca itu sudah berterabur diatas lantai berdekatan dengan kaki Azzahra.

"Apa bunyi pecah tu? Bau apa wangi sangat ni?" tanya Tengku Aireen. Dia dengar bunyi kaca pecah dari bilik tidur abangnya. Mata Tengku Aireen terus jatuh ke serpihan kaca diatas lantai. Damn...

"Siapa suruh sentuh barang peribadi aku?" marah Tengku Aaryan dingin. Dia memandang tajam mata milik Azzahra. Azzahra tidak selesa dengan pandangan tajam itu. Kepalanya ditundukkan kebawah memandang lantai.
   
"So...sorry. Sa...sa...saya tak sengaja." jawap Azzahra dengan suara gagapnya bila berasa gerun dengan aura dingin lelaki itu. Dia takut untuk pandang mata lelaki itu.

"Sorry-sorry. Takde alasan lain ke yang kau boleh bagi kat aku. Kau nak ganti balik ke perfume mahal aku tu?" tanya Tengku Aaryan. Wajahnya merah menahan amarah yang ada dalam hati ni. Serabut dengan masalah yang baru dia terima tadi dan sekarang tambah masalah baru.

Azzahra yang dengar berasa takut apabila Tengku Aaryan marahkan dia. Dia mengelap air matanya hampir jatuh bawah mata. Dia tak nak 2 orang didepan dia perasan yang dia menangis.

"Saya mintak maaf. Saya betul-betul tak sengaja jatuhkan perfume awak. Kalau awak nak saya gantikan saya boleh gantikan perfume baru untuk awak. Saya mintak maaf sangat-sangat." rayu Azzahra pada Tengku Aaryan. Dia menyesal sebab dah sentuh barang peribadi lelaki itu. Sekarang terimalah akibatnya.

"Senang jekan, dah buat salah mintak maaf lepastu apa nak pecahkan lagi barang aku? Ni lah perempuan kena marah sikit maaf pastu nangis. Kalau kau nak ganti perfume baru pun mampu ke kau?" tanya Tengku Aaryan dengan sinis sekali.

'Mintak maaflah. Takkan nak mintak kaki pulak. Lepas two three. Itu pun tak tau. Masa kecik tak belajar ke.' jawap Azzahra dalam hati. Dalam rasa takut sempat dia mengetuk Tengku Aaryan xdalam hati.

Azzahra terasa hati dengan apa yang Tengku Aaryan cakapkan tadi. Kalini air matanya tidak dapat ditahan lagi dan terus mengalir jatuh  setitis demi setitis. Tengku Aireen yang tadi hanya berdiri disebelah abangnya terus mendapatkan Azzahra.

"Akak janganlah nangis. Shhh... Apa abang ni. Tetiba je nak marah lepastu cakap macam tu kat kak Zahra. Tak baiklah buat macam tu abang. Shhh...stop crying kak... Janganlah nangis." pujuk Tengku Aireen sambil memeluk Azzahra. Air mata Azzahra diseka perlahan dengan tangannya.

"Kau kemas balik serpihan kaca ni. Aku taknak ada yang tercicir sikit pun atas lantai. Faham?" soal Tengku Aaryan dengan tegas. Azzahra dan Tengku Aireen terkejut bila Tengku Aaryan menjerit pada mereka dengan tegas, lebih tepat lagi pada Azzahra.

Azzahrahanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda 'Faham' dengan apa yang lelaki itu suruh dia buat. 

"Adik keluar. Biar di buat sorang. Pandai buat pandai tanggung." kata Tengku Aaryan dan terus keluar dari bilik tidurnya. Dia betul-betul takde mood sekarang ni.

"Akak ok ke kemas sorang? Reen boleh tolong?" tanya Tengku Aireen lembut. Dia risau akan Azzahra sekarang ni. Dia nampak muka Azzahra agak pucat dan tidak bermaya sahaja.

"Akak ok. Reen pergilah nanti abang reen bising. Akak ok je kemas sorang. Lagipun akak yang buat so akak lah yang kena bersihkan kan?" tanya Azzahra lembut seperti memujuk Tengku Aireeen untuk keluar. Dia tak nak Tengku Aaryan memarahi Tengku Aireen hanya disebabkan dia.

Tengku Aireen hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu keluar dari bilik tidur abangnya. Keluar sahaa dari bilik, dia tidak nampak kelibat abangnya di ruang tamu dan di dapur. 'Lantaklah.'

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now