❆❃ HE IS COLD HEARTED 31

2K 77 4
                                    

TING TONG!

Telinganya menangkap bunyi tombol pintu bilik di buka dari dalam. Dia terus pusingkan badannya secara drastik.

"Awak jom AGRHH..." jerit Azzahra nyaring di luar bilik tu bila perasan lelaki di depannya hanya memakai seluar pendek tanpa baju. Azzahra pusingkan badannya semula menghadap pintu bilik belakang dia.

"Kenapa awak tak pakai baju? Kalau ye pun sebelum buka pintu tu gi lah pakai baju tak payah lah tayang awak punya roti tu. Kalau perempuan lain yang tekan loceng tadi macam mana?" marah Azzahra disertakan bebelannya kepada lelaki tu.

Tengku Aaryan hanya dengarkan aja bebelan Azzahra dengan tangannya di silangkan di dada bidangnya. Sebelum buka pintu bilik tadi dia sudah periksa siapa yang tekan loceng biliknya. Bila nampak Azzahra di luar biliknya dia terus buka pintu bilik tanpa perasan badannya yang tidak berbaju.

"Perempuan lain aku dah pakai baju dah. Kalau kau special sikit sebab nanti kau akan tengok jugak. Tak gitu bakal biniku?." kata Tengku Aaryan dengan suara yang agak seksi sebab baru bangun tidur. Nampak bidadari kat luar bilik terus segar bijik mata.

"Ishh awak ni, sedap je mulut cakap macam tu. Saya tak suka lahh perempuan lain tengok awak. Saya tak kisahlah saya ni bakal isteri awak or bukan saya tetap tak suka. Awak tu lelaki kalau perempuan lain tengok awak bukan setakat menggedik itu dah macam sotong tau. Saya tak suka lah, gi pakai baju sana." marah Azzahra geram. Mana tak geramnya bila ada lelaki yang suka sangat tayang badan dia kat perempuan luar sana. Tau lah badan tu cantik tapi tak payah lah nak tayang-tayang ann.

Tengku Aaryan julingkan matanya ke atas mendegar amarah Azzahra.

"Yelah-yelah aku gi pakai baju. Tunggu situ jap. Jangan nak lari, kau lari aku bawak kau masuk bilik aku." gurau Tengku Aaryan dengan suara seksinya pada Azzahra yang masih membelakangi dia. Azzahra bulatkan mata mendengar ayat terkahir lelaki tu.

"Awak!" jerit Azzahra dengan kaki di hentakkan di tempat dia berdiri. Geram dengan guraun lelaki tu tadi. Tengku Aaryan masuk ke dalam bilik semula sambil ketawa kecil dengan reaksi Azzahra tadi.

Setengah jam dia berdiri di depan bilik lelaki tu dengan kaki yang sudah keletihan asyik berdiri je. Setengah jam juga lah lelaki tu masih tak keluar bilik. Dengar sahaja tombol pintu bilik dibuka dari dalam bilik, dia terus tegakkan badannya semula.

Wajah Tengku Aaryan menyapa anak matanya. Lelaki tu mengena baju t-shirt hitam di dalam dan diluarnya di kenakan dengan jaket hitam. Seluar jeans hitam lagi menampakkan penampilannya yang agak berkarisma. Semua hitam takde warna lain yang ada pada lelaki tu.

"Sorry buat kau tunggu lama kat luar bilik aku. Ingat nak ajak kau masuk dalam tadi." sempat Tengku Aaryan bergurau lagi dengan Azzahra yang sudah masam mencuka tu.

Azzahra malas nak layan gurau lelaki tu. Dia pandang lelaki ti atas bawah.

"Kan elok pakai baju bila buka pintu. Baru nampak..." belum Azzahra habiskan ayatnya Tengku Aaryan sudah potong terlebih dahulu.

"Hensem dan kacak. Kan?" tanya Tengku Aaryan minta kepastian. Kedua-dua keningkan di angkat naik ke atas. Azzahra terus julingkan matanya ke atas bila tuan punya badan memuji diri sendiri. Tengku Aaryan gelak kecil melihat muka pasrah Azzahra. Comel je.

"Kau nak apa datang bilik aku ni? Ahh...ganggu aku nak tido je tadi." kata Tengku Aaryan terus. Badannya di sandarkan pada pintu biliknya yang sudah tertutup rapat. Kedua-dua tangannya di bawak masuk ke dalam poket. Gaya lelaki yang boleh buat perempuan luar sana cair kecuali Azzahra. Muka macam takde perasaan je dia tengok.

"Saya sebenarnya tengah lapar. Tapi kalau awak masih memgantuk lagi awak gi je lah tido balik. Saya boleh gi makan ngan Amsyar. Kalau tanda apa-apa lagi saya gi dulu. Bye." selesai beritau tujuan dia datang kesini dia terus pergi. Baru beberapa langkah Tengku Aaryan memanggilnya dari belakang.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now