❆❃ HE IS COLD HEARTED 56

1.8K 58 0
                                    

DIA mengelilingi dua orang musuhnya itu dengan pisau khas di tangannya. Satu demi satu muka musuhnya itu dipandang dengan sinis sekali.

"Ptt... Kau ni aku dah bagi gaji tinggi pun tak cukup. Kerja simple je aku bagi tapi kau senang-senang je jual senjata aku kat beruk ni. Kau ingat...senjata aku ni buat pakai senjata mainan tu ke?" soal Tengku Aaryan dingin.

Dia tak suka betul kalau anak buahnya sendiri cari masalah dengan dia. Kalau dah cari masalah dengan dia memang nyawalah dia ambil.

Faris meronta-ronta kuat di dalam ikatan tangannya. Tapi ikatan di tangan dan kakinya terlalu ketat. Sama juga dengan orang di sebelahnya yang sudah tidak bermaya itu. Teruk habis di belasah oleh lelaki dingin itu.

"Aku tanya ni jawaplah!" tengkingnya bila bekas anak buahnya tidak menjawab soalan dia. Pantang betul dia dengan orang macam ni.

Shahrul dan Dayyan memutarkan bebola matanya mendengar tengkingan lelaki dingin itu.

"Macam manalah budak tu nak cakap kalau mulut budak tu dah kena selotep. Buat-buat buta ke apa? Bingit betul telinga aku dengar kau tengking budak tu tadi." selamba sahaja Dayyan bersuara tanpa ada rasa gentar dalam dirinya. Mata helang lelaki dingin itu tidak di endahkan.

Shahrul, Amsyar dan Amir menepuk dahi masing-masing mendengar ayat savage Dayyan. Kalau sehari tak keluar ayat pedas memang tak sah gamaknya.

Tangannya terus laju membuka selotep di mulut bekas anak buahnya. Rintihan sakit dari bekas anak buahnya tidak di pedulikan.

"Aku jual senjata kau sebab aku nak balas dendam atas kematian abang aku! Kau punya dia mati. Dan sepatutnya kau yang mati bukan dia!" Hanafi juga tidak kurang nada suaranya. Dia menghamburkan semuanya di depan lelaki dingin itu.

Tengku Aaryan tunjuk reaksi bersahaja. Bibirnya di naikkan ke atas betapa sinisnya dia sekarang di depan bekas anak buahnya itu.

Dia bukan tak tau yang Hanafi adalah adik kepada Hafiz. Dia sengaja bertanya soalan itu kepada bekas anak buahnya walhal dia tau kebenaran lelaki itu.

"Kau pasti itu sebab alasan kau untuk balas dendam atas kematian abang kau? Bukan sebab alasan lain?" riak mukanya usah dikata, takde lagi senyuman sinis yang ditayangkan buat bekas anak buahnya itu. Yang ada hanya muka dingin dan bekunya.

Hanafi sudah resah di tempat duduknya. Peluh di mukanya mula menitik.

Dalam hati dia lorekkan senyuman sinis melihat kegelisahan lelaki itu.

"Aku tak bodoh macam kau. Awal-awal lagi aku dah tau latar belakang kau termasuk ahli keluarga kau. Kau gembirakan bila dapat tau abang kau mati di tangan aku?" soal Tengku Aaryan lagi. Kedua tangannya di bawa ke dada.

"Iye! Aku gembira sebab dia mati di tangan kau! Aku gembira sangat sebab lepasni aku takyah ikut apa yang dia suruh aku buat. Aku tak suka dia paksa aku. Aku masuk kumpulan kau pun sebab nak balas dendam kat atas dia, bila dapat tau kau sendiri yang bunuh dia hati aku lapang takdelah aku kena kotorkan tangan aku tuk bunuh dia. HAHAHA." Hanafi melepaskan semua amarahnya yang dia pendam selama ni. Matanya bergetar hebat menandakan marahnya meluap-luap bila teringat Hafiz menyuruhnya untuk menyerahkan hak dia kepada lelaki itu.

Kening dijongket ke atas mendengar cerita lelaki itu. Dia hanya mampu senyap sahaja tanpa ada rasa ingin mencelah.

"Disebabkan dia tamak harta pusaka mak ayah aku, dia sanggup bunuh mak ayah aku dengan kejam sebab dia tak dapat apa yang dia nak. Dia paksa aku serahkan semuanya kepada dia. Dialah penagih, berjudi sana sini, kaki pukul semua aku kena hadap peragai setan dia. Itulah sebab utama aku untuk balas dendam dekat lelaki tak guna tu!" jerit Hanafi dengan sikap gilanya mula menguasai diri.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now