Bab 1: The Palace.

219 9 0
                                    

Melur berjalan turun ke bawah dari perkarangan kubur Kristian itu. Dia antara yang terawal pulang selepas pengebumian 6 keluarganya serentak. Kalau orang lain pasti sampai malam mereka akan bertapa disini namun tidak bagi Melur. Hatinya terlalu kuat untuk menerima bahawa semua ahli keluarganya telah tiada.

"Oi Melur! Keluarga kau mati kau yang pertama pergi! Apasal? Sebab kau memang ada niat nak bolot harta ke macammana?!" Tanya si Makcik Julie. Dia adalah ibu ipar kepada sepupu Melur. Bermakna, dia sebenarnya tiada kaitan pun dengan keluarga Binjawo. Dia bukan berasal dari keluarga bunga.

Melur terus terhenti langkahnya. Pembantu peribadi Melur di belakang iaitu Sandra yang berpaling kearah Makcik Julie. Kalau Sandra pun dah berwap dalam hati apatah lagi Melur.

"...andainya tanah ini bisa dimasukkan kedalam mulutnya..." Bisik Melur perlahan namun masih didengari oleh Sandra. Melur kalau marah dia pendam. Dia takkan meletup. Sangat susah untuk lihat dia tengking orang. Walaupun dihina begini dia masih boleh bersabar.

"Cik masuk dulu kedalam kereta. Bagi saya uruskan makcik bungkus tu." Pesan Sandra.

Melur menurut. Dia terus jalan turun menuju ke kereta. Sandra pula sudah undur ke belakang. Dia jalan kearah Makcik Julie lalu diambil tanah dan disumbat ke dalam mulut Makcik Julie. "Ini apa yang Cik Melur minta saya buat."

"Bodoh! Kau jangan ingat aku tak tahu ini kau sendiri yang nak buat! Ptuih! Ptuih!" Makcik Julie meludah tanah itu keluar dari mulutnya. Sandra masih berkerut dahi. Dia puas melihat Makcik Julie makan tanah.

"Fasal keluarga dia kau jangan nak masuk campur! Itu keluarga dia! Dia nak bolot harta ke apa itu hal dia! Keluarga dia dah takde. Respect sikitlah makcik! Jangan sampai dia keluarkan kuasa anak dato' dia tu. Memang ke dalam kau nanti!" Tengking Sandra namun Makcik Julie dengan keras hatinya menampar muka Sandra.

"Kau nak kata aku ke dalam? Sebelum aku ke dalam kau dah ke dalam dulu! Sebab apa? Sebab bersubahat dalam membunuh ahli keluarga Melur tu sendiri!"

...dan dari dalam kereta Melur perhati saja mereka berdua bergaduh bertepuk tampar siap sumbat tanah. Betul-betul Sandra ni sumbat tanah dalam mulut Makcik Julie. Puas pula Melur rasa.

Melur bersandar ke belakang. Sebenarnya punca dia turun awal sebab dia tidak mahu meratapi terlalu lama. Nanti makin dia rindu, makin dia kesal. Dia dah puas menangis masa tahu yang keluarga dia semua terbunuh. Dia dah puas nafikan. Sekarang dia kena terima benda yang sepatutnya mustahil. Semua keluarga dia pergi serentak.

Melur mujur takde sekali ke Paris sebab dia ada final exam dekat sini. Melur berjaya habiskan final exam dia sebelum dia menerima khabar berita tersebut daripada pihak polis. Lepasni Melur menunggu graduation sendiri namun tidak tahu mahu raikan dengan siapa.

Pintu kereta Honda Civic itu dibuka. Sandra masuk ke dalam kereta dengan pipi bengkak dan merah. Melur tersenyum melihatnya. Pipi Sandra dia usap lembut.

"Sakit sangat tak?"

"Sikit je. Tak guna betul makcik tu. Ish, ikutkan hati mahu je gali kubur untuk dia. Ish, tak sedar tua dan gemuk!"

"Dahlah. Abaikan je orang macamtu."

"Baik, cik." Sandra menghidupkan keretanya. Terus dia keluar dari kawasan parking lalu masuk ke jalan raya besar. Dah masuk jalan raya besar barulah dia boleh pandu dengan relaks sambil minum air.

"Jangan balik rumah. Bawa I pergi ke Istana Bunga." Pesan Melur.

"Istana Bunga yang dekat Bangsar tu?"

"Iya."

Sandra tidak banyak bicara. Dia ikutkan saja permintaan Melur lalu bawa keretanya terus ke Istana Bunga. Hairan namun Sandra faham yang Melur sedang patah hati. Mungkin pembawaan ke Istana Bunga dapat mengubah serba-serbi perasaannya ketika ini. Sandra faham yang Melur rindukan keluarganya. Mungkin pembawaan ke Istana dapat menghilangkan sedikit rindu kerana dia tidak perlu membau rumah bangli itu. Bau keluarga mereka.

Sandra berhenti betul-betul dihalaman Istana Bunga setelah melepasi sekuriti. Sandra kenal Melur dari kecil. Dia pernah dibawa ke Istana Bunga ini sekali saja dan rasanya seperti dibawa ke zaman kanak-kanak semula. Bunga-bunga disini juga sudah layu. Ianya memerlukan pemuliharaan semula agar ia segar semula.

Melur berpeluk tubuh. Dia angkat kepala memandang Istana Bunga itu. Istana yang diukir bermotifkan bunga dan berasaskan istana Melayu itu diperhati lama.

Melur tundukkan kepala. Dia jalan sambil tunduk masuk ke dalam istana melalui pintu gerbangnya yang besar. Pintu itu berat namun jika orang perempuan nak tolak, senang je. Lepas tolak, Melur sendal pintu dengan kayu panjang dan tebal. Sekeliling istana itu dia perhati. Perabot didalam ink sudah ditutup dengan kain putih.

Melur jalan ke arah sofa lalu ditarik kain putih itu. Jelaslah terpampang sofa yang berhabuk namun hanya dibahagian luar. Jika panggil agensi mana-mana bersihkan cepat je bersih ni.

"... let's clean this palace." Melur sising lengan bajunya sampai ke siku. Ketika itu Sandra tahu jika Melur sudah sising lengan baju hingga ke siku bermakna Melur memang serius. Dia mahu membuat restoration untuk istana ini.

"Lepas kemas boleh balik kan?" Tanya Sandra yang berharap agar Melur angguk. Dia takut mahu duduk di tempat yang sudah lama tidak berpenghuni begini.

"...no. We'll stay here 'till I recover from them."

Ah, mampus.

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now