Bab 12: The Confession

115 9 0
                                    

"Hey." Matt duduk disebelah Melur yang sedang merenung langit malam. Melur pakai selimut adik dia malam ni. Selimut adik dia yang paling bongsu iaitu Ardi Bijaya Binjawo.

"Hey. Sure Sandra dah tidur?"

"Saya intai tadi and yes, dia dah lena."

Melur senyum. Mereka decide nak jumpa malam ni sebab Melur kata nak bagi jawapan. Kena pastikan Sandra betul-betul dah tidurlah baru boleh berbual berdua dekat luar ni. Kalau tak nampak pelik pula. 

"Sini esok Kakcik nak hantar orang buat restoration. Nak tanam balik bunga-bunga dekat sini so esok pagi kita akan balik ke istana sebelum diorang datang buat kerja." Pesan Melur. Matt angguk kepala. Dia menunggu saja bila Melur nak bagi jawapan. Lama dia tunggu sampai dia berak 2 kali tadi sebab nervous sangat.

"Ini yang you nak sangat bercinta dengan I ni dah kenapa? Kalau I nangis, you nak pujuk?"

"Pujuklah. Girlfriend sendiri kot?"

"Kalau I marah?"

"I pujuk juga and bagi you me time kalau you nak."

"Kalau I kecewa? Kalau you curang?"

"Janganlah fikir jauh sangat..."

Melur ketawa kecil. Dia baringkan kepalanya di bahu Matt. "I'm a spoiled child. I takdelah romantik pun. I tak pandai nak bagi ayat sweet tapi kalau you perlukan I, I ada. Sama juga macam you. Kalau I perlukan you, you kena ada. You boleh buat macamtu?"

"Boleh je. Macam sekarang saya jadi bahu untuk awak bersandar."

"Yes, yes. Macamni. Lagi-lagi kalau saya sedih ke, saya nak nangis ke, awak kena ada. Boleh?"

"Boleh. Leave it to me!"

"...and you need to go to work. I akan sign you as a Co-CEO dekat office I nanti. Tapi kerja you sebagai CEO, boleh? Gaji pun gaji CEO lah. I buat kerja dari rumah je. "

"Boleh, janganlah risau! I'll be there for you always. You nak I cangkul tanah ke, korek lubang jamban ke, betulkan paip ke, semua I boleh buat. Sebab selama ni I hidup sendiri jadi I buat kerja semua sendiri. Lama-lama I tahu buat semua benda."

"This is the person that I wanted. Orang yang tahu buat benda I tak tahu. Ini yang I nak. Bukannya yang sekadar luahkan perasaan lepastu kata dia sakit kalau I tolak. In a relationship, you need an effort for both ways. Understand?" Melur angkat kepala. Wajah Matt dia tenung lama. Dengan matanya yang menggoda, dia buat Matt tak senang duduk.

"Understood." Matt pandang kearah lain. Pipinya yang sawo matang itu boleh nampak merahnya. Melur tersenyum nampak reaksi Matt. Comel betul.

"...you wanna kiss me right?" Tanya Melur lembut. Sengaja dia sentuh tangan Matt untuk menggodanya lebih lagi.

"Once I start, I'll never stop 'till I satisfied."

"Ouh, really?" Melur genggam tangan Matt dan rapatkan lagi dirinya kepada Matt. "So we're officially...dating?"

"Yes, we are." Matt genggam tangan Melur kembali lalu dicium tangannya. Melur senyum manis. Dia rasakan satu perasaan yang sukar diungkapkan.

"...is this love? I tak pernah bercinta langsung sebelum ni tapi I tak tahu. Eventho I okey je tapi I rasa berdebar bila dengan you." Tanya Matt.

"Seriously tak pernah bercinta?"

"Tak. You pernah?"

"Pernah. Banyak kali. Dari sekolah rendah sampai universiti. Semuanya tak berjaya. Tapi I percaya you boleh kekal lama sikit."

"Lama sikit? No. Kekal sampai mati. Eh and you bercinta zaman universiti?"

"Yes, zaman diploma dulu ada seorang mamat tu tackle I. Kitaorang bercinta 5 bulan lepastu dia minta putus sebab katanya final exam. Geli kan alasan tu?"

"Gelinya. Pernah kissing dengan dia?"

"Don't worry. I'm still clean from anyone. Tak pernah buat benda bukan-bukan."

"Tapi kalau I cium you sekarang ini maknanya I dah rosakkan you?"

"I won't consider it as 'rosak'. I'll consider it as a responsibility from me to you."

"Responsibility? Wow. Tak payahlah buat kalau you taknak."

"Kalau I taknak memang I akan cakap I taknaklah tapi buat masa sekarang ni I tak kisah lagi. Kata nak bercinta?"

"Yelah, yelah. Tapi kalau taknak bagitahu. I won't hurt people that I love."

"Lovely. So you don't wanna kiss me right now?"

"Of course I will kiss you." Matt menarik kedua-dua lengan Melur sampai Melur terduduk atas peha Matt.

"Kyaa! Matt! Agresifnya! Sabar!"

"No, let me kiss those lips~"

"Ah! Matt, look behind!" Melur menolak pipi Matt dan berpaling ke belakang. Muka Melur sudah kemerahan dan bila Matt pandang ke belakang, dia terus lepaskan Melur serta-merta sampai Melur terduduk atas rumput. 

"Aduh!"

"Alamak, maaf Bunga!" Matt angkat Melur agar berdiri. Melur mencebik. Namun kemudian mereka berdua kembali pandang ke tempat yang sama dimana Sandra sedang berpeluk tubuh sambil berselimut tebal.

"You guys...are dating?"

"S- Sandra...err..." Melur ketap bibir. Dia takut Sandra tak suka dengan Matt. Lagipun Melur memang mengharapkan restu Sandra. Sandra adalah salah satunya keluarga yang dia ada walaupun tiada pertalian darah.

"Kau marah ke?" Tanya Matt.

"Mestilah aku marah. Perempuan macam kau nak bercinta dengan Cik Melur? I'll never agree to that! Never! But I- khoff! Khoff!" Sandra terbatuk-batuk kemudian dia mengelap hingusnya. Air matanya mengalir laju.

Melur berlari ke Sandra. Tubuh Sandra dia rangkul erat. "Are you okay? Sandra. You're having fever, you're burning up!"

Dahi Sandra disentuh. Panas membahang. Melur tarik tubuh Sandra ke dadanya.

"Saya cari cik tadi sebab saya tak boleh tidur ~ belakang saya sakit sangat rasa macam nak patah! Saya~ khoff! Khoff! Aaaaa~" Sandra menangis teresak-esak. Matt terus bangun dan meluru ke Sandra. Tubuh Sandra dia pegang sebelum Sandra jatuh ke hadapan.

Matt dukung Sandra secara bridal. "Sejuknya badan dia."

"Ya, dan kepala dia panas gila. Klinik buka tak sekarang ni, Matt?"

"Pukul 12 tak buka. Kita rawat dulu dalam bilik. Esok tak kebah baru kita bawa pergi hospital." Jelas Matt lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Melur pun tak sempat nak buat apa-apa. Dia hanya mampu tersenyum melihat Matt yang terlalu risaukan Sandra.

Sekali tengok, Matt dan Sandra macam ada something.

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now