Bab 5: The Fried Rice

91 10 0
                                    

Melur menapak ke dapur pagi-pagi. Biasa pagi ni dia akan bau haruman masakan ibunya namun kalini lain. Ibunya sudah tiada, Sandra sedang tidur diatas. Jadi bau harum apa yang dia bau dari dapur?

"Matt?" Melur menegur Matt yang sedang tuang nasi goreng ke dalam satu pinggan. Banyak nasi dia tapi semua dia sumbat dalam satu pinggan.

"Hey. Aku pinjam dapur kau. Aku lapar."

"I see. Baru pukul 8. Tak sangka you bangun awal eh?"

"Panas gila kot? Aku nak tidur pun tak boleh. Aku bangunlah mandi lepastu masak."

"I- wait, mandi? You pakai baju siapa?"

"Tak tahu. Aku masuk bilik kau ambil baju ni."

Melur ternganga. Jadi masa dia tidur tadi Matt dah ceroboh bilik dia untuk ambil baju dan seluar? Melur boleh nampak Matt tidak pakai baju dalam.

"Macammana you mandi kalau badan you berbalut?"

"Gosok-gosok jelah dengan air."

"Faham. Nak sikit nasi. Lapar juga." Melur tarik kerusi dan duduk. Rasa kasihan juga dengan Matt terpaksa tidur ruang tamu yang panas walaupun ada kipas. Melur dan Sandra okey lagi sebab kipas sorang satu. Tapi kipas Matt dekat siling. Entah rasa ke tidak dengan siling tinggi tu.

"Masaklah sendiri. Aku masak untuk aku je."

Melur menongkat dagu. Geramnya dengar ayat Matt tu. "Hmph. Jahat betul."

"Gurau jelah. Eleh kau." Matt mencedok nasi ke pinggan lain namun dia hanya cedok 1/5 nasi sahaja. Tapi Melur tak merungut. Dia makan saja apa yang diberi. Memang perangai Matt kot kedekut tahi hidung masin. Macam dia pula yang memiliki beras dan kicap dalam rumah ni.

Matt tarik kerusi duduk depan Melur. Mereka berdua mulanya makan dengan senyap sehinggalah Matt mula utarakan satu soalan.

"Kau tak rimas ke weyh dengan Sandra?"

"Kenapa I nak rimas pula?"

"Yelah. Dia bukannya adik kau dia duk berkepit 24 jam dengan kau. Adik kau pun tak macamtu kan?"

"Biarlah kitaorang berkepit pun. Kitaorang sayang sesama sendiri. You apa tahu?"

"Sayang? Like...girlfriend...?"

Melur tersengih. Dimanakah perasaan sayang yang Matt ni bengap nak faham? "Maybe." Melur pun follow the flow saja. Malas juga mahu terangkan lebih-lebih.

"Tak percaya aku. Dia tu lembik je."

"Kalau dia tu kuat sekalipun dia tak suka perempuan. Dia still minat lelaki."

"Ya? Habistu kau? Minat perempuan?"

"I don't mind dating anyone. Trans sekalipun I tak kisah."

"So kau tak kisahlah kan kalau date aku?"

Melur hanya sambung makan tanpa bicara. Tidak mahu dia menjawab soalan Matt. Taste dia bukannya Matt tapi kalau dia tolak Matt takut dia kecewakan Matt. Yakin sungguh Matt ni bercakap.

"Tak payahlah date I. Bukannya ada benda menarik pun."

"Ehhh adaaa."

"Apa?"

"Kau cantik."

Melur ketawa kecil. "Beauty is a subjective. You can find beauty in anything but trust me. I don't have anything to give you if we're dating. I'm not a romantic person. I'm not someone who can give my commitment to anyone." Suara Melur makin perlahan. Siapa je sanggup date Melur ketika ini? Yang harta pun terumbang-ambing. Perasaan pun belum stabil.

"I'll accept you for who you are if you agree to be my lover."

Melur merenung ke wajah Matt. Dia dah kenal ramai orang macam Matt. Yang ajak bercinta diawal perkenalan. Ingat Melur akan jatuh cinta semula? Lambat lagi.

"Sedapnya bau!" Sandra memotong perbualan mereka berdua. Dia selamba ambil sudu dan duduk disebelah Melur. Dengan gembira dan bahagianya dia suap nasi ke mulut. "Sedap gila! Cik Melur masak?"

"Tak. Matt masak." Balas Melur.

Sandra tersentak. Wajah Matt dia pandang kemudian terus dia lari ke sinki, memuntahkan semula nasi dari dalam mulutnya. "BWELK! TAK SEDAP!"

"Eh, melampau dah ni!" Matt berdiri. Dia ambil satu sudu nasi lalu lari kearah Sandra. Tubuh Sandra dia tarik lalu dia memaksa Sandra untuk makan nasi buatannya. "Makan!"

"Taknak! Cik Melur, tolong! Dia nak perkosa saya dengan nasi goreng dia!"

Melur hanya tersenyum. Sekurang-kurangnya kehadiran Matt ni buatkan rumah ni hidup, kan?

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now