Bab 4: The Argument

102 10 0
                                    

"Angkat ketiak." Tegas Melur. Matt jeling si Melur atas bawah kemudian berkerut dahi.

"Ketiak aku pun kau nak tengok ke?"

"Dahtu balut sendirilah!" Melur melempar kain anduh itu ke muka Matt. Tergelak Sandra melihat Matt dimarahi. Dia tak tahu kalau Melur marah memang seram. Dia dahlah jarang marah. Sekali marah, habis berlubang muka nanti.

"Tanya je." Balas Matt. Dia meregangkan sikit bahunya. Lepas dirawat baru dia rasa lega sikit. Luka di tubuhnya dah siap dijahit dan dirawat. Sebab takde bius, Matt kena tahan sakit kena jahit tadi. Sampai merah mata dia.

Melur lihat sekeliling rumah itu. Malam ni Matt akan tidur di ruang tamu ini. Tapi bila tengok balik ruang tamu ini sangat kosong. Cermin pun takde untuk Matt perasan diri. Tak rasa bosan ke?

"Bosan ke?" Tanya Melur. Dia ni nampak saja apa yang tak kena dengan orang. Nampak orang tu tak selesa sikit terus tegur. Mana tahu dia boleh tolong.

"Sikitlah. Biasa aku main telefon. " balas Matt sambil gosok lengan. Dia ni takde baju. Hanya sekadar pakai kain anduh je yang Melur dah balut. Lagipun panas kalau pakai baju. Aircond belum service lagi. Terpaksa bergantung dekat kipas dulu.

"Hm. Sandra, bawa turun TV." Pesan Melur. Sandra terus berdiri dan menurut perintah. Dia jalan naik atas ambil TV. Sekelip mata dia turun dan pasang TV. Betullah. Sandra ni dah macam palesit. Laju dia buat kerja.

Tiada saluran Astro mahupun Netflix. Melur masih belum pasang apa-apa. Yelah, rumah ni baru nak berpenghuni kot. Sabarlah dulu. Tengok ajer TV1, TV2 dan TV3 ni.

Tapi Melur tak teman Matt tengok TV. Dia naik untuk mandi dan bersiap untuk tidur. Melur kalau dah masuk bilik air kena berjanggut dulu baru dia keluar. Sementara dia mandi, Sandra dekat bawah main telefon. Dia yang teman Matt tengok TV.

"Cantik kawan kau tu. Apa ntah nama dia? Bunga?"

"Bunga hauk kau. Melur."

"Ouh, Melur. Alah panggil Bunga pun apa salahnya. Memang Melur tu sejenis bunga kan?"

"Sukahati kaulah. Tapi abang dia dulu suka panggil dia Bunga. Sampai melekat dekat dia. Sampaikan ibu bapa dia dah start panggil dia Bunga."

"Comel apa nama bunga?"

"Iya. Dia sorang je dapat gelaran Bunga tu dalam keluarga sebab adik-adik perempuan dia lagi dua orang tu nama dia berasaskan nama puteri. Macam Mahsuri Binjawo dan Ledang Binjawo."

"Ouh~ unik nama-nama dalam keluarga dia ni. Klasik. Asal nama kau tak Cempaka? Asal Sandra?" Soalan paling tak masuk akal Sandra pernah terima. Melihatkan muka innocent Matt buat dia rasa seperti mahu karate dia ni 30 kali tawaf satu rumah.

"Soalan apa kau tanya ni setan? Aku ngan dia bukannya keluarga."

"Lah yeke? Aku tengok dok berkepit 24 jam. Ingatkan kakak dia."

"Ish, aku lagi muda dari dialah!"

"Lah, yeke? Muka tua."

"Eeeii!" Sandra yang sudah naik angin menarik rambut Matt kuat namun Matt masih boleh ketawa terbahak-bahak sebab dah berjaya kenakan si Sandra. Bila orang tu marah maknanya gurauan mereka berjayalah tu.

"Aduh~ lek lah. Panas baran lah kau ni."

"Memang. Memang aku baran kalau jumpa orang macam kau. Kau ngorat si Melur aku sumpah keturunan kau tak boleh makan pakai mulut 10 Tahun. Kena makan pakai bontot."

"Jangan risau. Dia tu nampak susah nak dapat jadi aku ngorat kau jelah. Sini! Muah, muah! Sayang nak kiss tak?" Matt muncungkan bibirnya. Sandra terus naikkan kedua-dua kakinya atas sofa.

"Euw! Euw! Cik Melur!!"

"Sini nak cium sikit. Aku dah lama tak main ni." Matt berdiri. Dia naik atas tubuh Sandra. Sandra ni kuat ajer tapi dia gelabah dan panik sebab Matt dah mula nak cium dia.

Matt menolak kedua-dua tangan Sandra ke sofa. Sandra diam seketika. Wajah Matt dia tenung namun kemudian dia mula menangis teresak-esak.

"Makkkk~"

Matt terkejut. Dia menangis?

"Haa haa tak tahuu." Melur sudah provoke di tepi. Matt terus lari dari Sandra dan duduk diam-diam dekat tepi sofa.

Melur geleng kepala. Piat telinga sekor-sekor baru tahu. "Dah, dah. Shhh~"

Melur duduk atas sofa. Tubuh Sandra dia tarik peluk erat untuk memujuknya. Namun Sandra masih tak puas hati. Dia tendang belakang tubuh Matt sampai dia tergolek ke depan.

"PADAN MUKA!"

"ADUH! EEEII KAU NI!"

"Duduk." Melur bersuara tegas kepada Matt. Mukanya benar-benar garang walaupun percakapannya lembut. Nak taknak Matt menurut dan duduk atas lantai.

Ini rumah Melur lagipun.

The Palace of The FlowersTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon