Bab 14: The Peace

108 8 0
                                    

"Apa pasal korang ni? Jumpa je gaduh. Jumpa je gaduh. Sekarang ni dapat tahu korang berdua adik-beradik yang dah lama terpisah. Eh, dah macam novel lah!" Melur menyuarakan perasaannya sebaik tiba di rumah. Sandra sudah buka hoodie yang dipakai dan letak makanan di dapur.

"Dia mentioned fasal Andika!" Marah Sandra dan ditunjuk jari kepada Matt.

"Kau yang kata aku sampah masyarakat dulu!"

"Yes, because you are one! Ah, stress lah aku dengan kau ni!" Sandra menghentak kaki dan jalan ke tangga. Melur sudah bercekak pinggang. Tak boleh jadi. Dia kena selesaikan harini juga.

"Sandra, what is it? It's alright I'm your friend." Melur cuba memujuk. Makin dibiar makin melarat.

"No, saya nak naik atas."

"I'M ALSO YOUR BOSS AND I COMMAND YOU TO STAY AND RESPECT ME, SANDRA!" Bergema suara Melur apabila dia sudah mula mengamuk. Terus Sandra terhenti ditengah-tengah tangga. Matt juga tidak berani masuk campur bila Melur sudah mula naik angin. Rasa macam gunung berapi yang selama ni menggelegak sudah meletus.

"Selama ni I diam sebab I kasihan tapi sekarang korang layan I macam I ni bukan siapa-siapa dalam rumah ni! I paid you thousands, Sandra! Thousands! Bukannya I bayar you seringgit dua untuk tengok you masam muka dengan I dan gaduh dengan Matt! Sandra, turun!"

Nak taknak, Sandra kena jalan turun semula ke bawah. Dia sudah takut andai Melur marah lagi. Kalini Melur betul-betul keluarkan kad 'bos' dia untuk marah.

"You, Matt. Sini!" Arah Melur. Matt mencicit lari dan berdiri sebelah Sandra namun kedua-duanya menolak untuk pandang sesama sendiri.

"Salam." Pesan Melur.

Sandra hulurkan tangan dulu. Matt sambut tangannya dan mereka berdua masih taknak pandang sesama sendiri.

"Peluk." Melur berpeluk tubuh. Sebelah keningnya ternaik. Dengan perasaan menyampah, Sandra dan Matt saling berpelukan sesama sendiri. Masih sama, tidak mahu memandang sesama sendiri.

"Cium pipi masing-masing."

"Euw!"

Melur pasang muka garang. Takut Melur naik suara lagi jadi mereka berdua pun cium pipi masing-masing. Yang terakhir sekali Melur suruh pegang tangan sesama sendiri. Kedua-dua tangan harus saling bersentuhan dan pandang sesama sendiri.

"Matt, you kakak. Kata I love you adik. Akak janji tak buat lagi."

"I love you dik. Janji tak buat lagi."

"Erm." Sandra tunduk kepala. Tiba-tiba rasa malu. Melur mula tersenyum nampak reaksi Sandra. Taktik dia berjaya buat Sandra rasa malu.

"Sandra. Tahu tak orang yang you kata sampah masyarakat ni sebenarnya berjuang untuk hidup? Dari Tahun 2005 sampai sekarang dia berjuang sendiri untuk hidup dan dengan tiada siapa yang peduli tentang pelajaran dia, you fikir dia boleh ke dapat kerja CEO? No. She's fighting for her life but now she's changing for the better. Tahu tak bila you baling barang, dia kemaskan kasi bersih. You craving buah mangga harum manis, dia cari belakang rumah dan kait. Tapi you makan sikit je. Tak habiskan pun. Sampai busuk dalam rumah. Tahu tak bila you demam, bukan I yang masakkan bubur. Bukan I yang terpaling risau sampai menangis risau you maki melarat tapi Matt. Now I know kenapa dia risau sangat. Dia dah dapat rasa satu connection dengan you. You guys adik-beradik."

Sandra ketap bibir. Dia tak tahu pun yang bubur dia makan tu Matt masak. Sebab Matt tak pernah masuk bilik tengok dia.

"You mungkin rasa dia tak pernah masuk bilik tapi setiap hari, setiap masa dia jenguk you dalam bilik. Risau you jatuh ke, hilang ke. Dia buat tanpa disuruh. You panggil dia sampah masyarakat?"

"I'm...sorry. I don't know..."

"Tak kisah pun. Dah biasa." Balas Matt.

"...and Matt. Kalau orang marah jangan sesekali bangkitkan fasal orang yang dah tiada. Sensitif tahu tak? She's fighting to forget him and you buat dia macamtu. Makin murunglah dia nanti. Ish, you ni!" Melur menolak dada Matt. Matt tahu dia juga salah. Terus Matt melutut dihadapan Sandra dan tunduk kepala minta maaf.

"Maafkan aku. Aku salah."

"Aku pun." Sandra melutut juga. Dia lap air matanya yang tiba-tiba mengalir. "Aku sebenarnya marah sebab Cik Melur yang aku sayang dah jumpa cinta hati dia. Nanti aku sorang-sorang~ waaaa~"

"Panggil akak je dah okey. Tak perlu cik-cik bagai. Lagipun lepasni duit kamu Matt tanggung." Pesan Melur lalu turut melutut dan tarik Sandra ke dalam pelukan. Sandra lap air matanya. Tak henti-henti dia menangis harini.

"Jangan risaulah. Aku jaga Bunga elok! Tengok Bunga sekarang! Bahagia!"

Melur tepuk peha Matt. Galak betul bercerita. "Maaf tadi I termarah kamu, Sandra. I was frustrated because you treated me like I'm no one."

"Sorry. Janji tak buat dah. Seramlah akak marah~ terkejut saya~"

"There, there. Janji tak marah dah." Melur usap belakang tubuh Sandra namun matanya terarah kepada Matt. Matt merangkak kearah Melur dan Sandra lalu peluk mereka berdua serentak.

"There, there."

Melur angkat kepala. Dia tolak tubuh Sandra ke belakang lalu dicium mulut Matt sekilas sebelum dia tarik Sandra ke dalam pelukan semula.

"Aduh, akak!"

"Sorry, sorry. Tangan terpele'ot tadi."

"Ishh!"

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now