Bab 9: The Bungalow

96 8 0
                                    

Bangun pagi harini Melur takde mood sikit. Habis Matt yang kena marah sebab sengaja melambat-lambatkan masa. Sandra dalam kereta dah sambung tidur tapi Matt pula yang kena dengar bebelan Melur. Melur benar-benar takde mood harini. Sepanjang perjalanan pun Melur diam membisu sambil fokus memandu diatas jalan raya.

Sampai saja ke rumah banglo keluarganya, Melur jadi berkerut. Ada sebuah kereta Audi A4 yang berada di perkarangan rumahnya. Kereta yang dia lama tak nampak. Melur parking pula sebelah kereta itu kerana mahu lihat siapa punya kereta yang sesuka hati parking disini.

"Woah, lawa gila kereta!" Puji Matt. Melur sudah gigit bibir. Dia berjalan pula ke pintu. Sekali lagi dahinya makin kedalam. Pintu banglo langsung tidak berkunci. Dengan keberanian yang ada, Melur melangkah masuk ke dalam rumah.

Matt melihat sekeliling. Sandra pula sudah baring semula diatas sofa mahu sambung tidur. Rasa bahagia dapat kembali ke rumah ni.

"Ni ke keluarga kau?" Tanya Matt, menunjuk kearah satu potret gambar keluarga lengkap di dinding. Melur angguk kepala. Potret itu dia tatap lama. Teringat pula moment sewaktu menangkap gambar keluarga ini. Yang penting Sandra ada sekali berdiri disebelah abang Melur.

"Mana diorang? Aku nak salam ni." Tanya Matt. Dia betulkan kolar baju kemejanya. Dia pakai kemas harini sebab mahu melamar Melur depan-depan. Manalah tahu ibu Melur suka aura dia kan?

"Diorang dah takde, Matt. Salam kubur jelah." Balas Melur. Beg tangannya dia letak atas meja kemudian pasang aircond segala. Panas juga.

Matt terkebil-kebil. Ternganga juga. Rasa macam tak percaya dengan apa yang diberitahu. "Kau biar betul Bunga? Semua ke? Semua? Keluarga kau semua dah takde?"

"Iya. I'm gonna look upstairs. Tolong tengokkan Sandra. Dia tengah tidur tu." Pesan Melur. Matt mengeluh. Dia angguk dan duduk disebelah Sandra. Tiba-tiba rasa bersalah teramat. Dia ada cakap fasal Melur ni bolot semua harta keluarga dia.

Tidak. Melur kehilangan semua keluarga dia. Matt tahu apa yang Melur mahukan sekarang adalah keluarga, bukan harta.

Sementara itu Melur berjalan naik ke bilik. Hairan. Pintu bilik Melur terbuka. Melur tarik nafas dalam-dalam dan kemudian mengintai ke dalam. Setelah mengenal pasti siapakah yang berada didalam, Melur mengeluh lega. Langkah diatur kedalam bilik.

"Kakcik."

'Kakcik' atau nama sebenar dia Cempaka berpaling kearah Melur. Dia sedang keringkan rambut. Nampak saja Melur, Cempaka terus bangun lalu peluk Melur erat.

"Aaaa~! Melur~! Rindunya!"

Melur peluk Cempaka kembali. "Kakcik buat apa kat sini? Dalam bilik Melur pula tu."

"Kakcik cari Melur lah. Puas akak cari tau? Last-last akak stay sini kejap sebab malas balik rumah. Akak nampak rumah dah kosong jadi akak fikir kamu pindah rumah. Ish, mommy call kenapa tak angkat?" Tanya Cempaka geram lalu ditepuk lembut bahu Melur. Melur tersengih.

"...malas. I'm still... recovering."

"Understood." Tubuh Melur dirangkul sekali lagi. Melur jadi sebak. Dia ingatkan keluarga bunga lain sudah tidak mahu berjumpa dengannya setelah kematian ibu dia. Dia ingatkan dia hanya ada Sandra saja sekarang ni.

Melur lupa. Dia ada ramai lagi keluarga Melur.

Cempaka adalah anak keempat. Ibunya adalah kakak kepada ibu Melur. Kira mereka berdua adalah sepupu lah

Melur menangis teresak-esak di bahu Cempaka. Rasa rindu yang mendalam bila nampak wajah Cempaka yang amat sama dengan wajah adiknya. Memandangkan mereka sepupu, daripada keturunan bunga yang sama jadi mereka nampak lebih kurang saja. Sama cantik.

Puas nangis. Cempaka akhirnya bawa Melur turun ke bawah. "Mommy risau kamu tak balik jadi dia hantar kakcik ni untuk cari kamu. Penat kakcik cari. Kamu balik ke istana rupanya."

"Situ ajer tempat paling dekat nak sembunyi." Balas Melur. Cempaka angguk faham. Sebaik Cempaka melihat Matt dan Sandra di ruang tamu, dia lari naik ke atas semula.

"Tetamu!"

"Ya, tetamu. Dua-dua pembantu saya. Aih, dah tak kenal Sandra ke?"

"Kenal! Tapi siapa pula lagi sorang tu?"

"Matt." Balas Melur. Pandangannya terarah kepada Matt yang sedang cuba tidur sambil duduk disebelah Sandra yang lena. Cempaka berdecit. Dia sudahlah pakai tak cukup kain. Hanya pakai crop top sleeveless dan seluar pendek atas lutut. Cempaka terus lari masuk ke dalam bilik.

"Nanti akak keluar! Melur pergilah buat hal Melur dulu!"

"Melur nak ambil baju dalam almari!"

"KEJAP!"

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now