Bab 8: The Loneliness

83 7 0
                                    

Melur bangun pagi itu dia nampak ada selonggok buah mangga harum manis atas meja makan. Dia ada kejut Matt sekejap tadi untuk tanya fasal mangga. Matt kata dia kutip sebab Sandra teringin nak mangga belakang rumah tu tapi lepas dia kait, Sandra dah naik atas untuk tidur.

Matt pula sejak ada aircond ni tak bangun dah dia.

Melur tunaikan permintaan Sandra pagi itu untuk masak ayam percik. Pagi-pagi lagi Melur sudah keluar pergi beli bahan buat ayam percik. Dia tahu mereka berdua ni akan bangun tengahari jadi sesuailah kalau nak makan ayam percik.

Selesai masak, Melur hidangkan dekat meja. Dia kelaparan jadi dia makan dulu tanpa menunggu. Sewaktu dia makan barulah Sandra dan Matt datang dapur juga untuk makan.

"Ni guna ayam kampung semalam ke?" Tanya Sandra sambil dibau ayam percik itu dengan senyuman. Uish, craving satisfied! Air tangan Melur sentiasa terbaik baginya!

"Hm? Mana ada. I guna ayam yang I beli dekat Jaya Grocer pagi tadi."

"Lah, kenapa beli? Matt dah sembelih dah ayam semalam. Ada dalam freezer."

"Eh, kenapa sembelih? Bukan ayam kita!" Terbeliak mata Melur. Tak sangka pula diorang betul-betul sembelih. Matt dan Sandra sudah terkebil-kebil mata yang akhirnya Melur hanya geleng kepala.

"Whatever. Nanti tanya penduduk sini mana tahu ayam diorng. Kasihan. Mana tahu kawan baik dia ke? Ish, ish, ish. Dah, mari makan." Jemput Melur. Mereka berdua terus senyum dan ambil tempat duduk. Berebut mereka ambil pinggan dan kaut nasi. Berebut juga nak ambil lauk. Melur layankan sahaja.

"How old are you actually, Matt?" Tanya Melur. Semalam dok kata Sandra lagi muda dari dia. Yeke lagi muda?

"26. Why?"

Betullah.

"Woah, tua, tua." Sandra angguk kepala seperti nenek-nenek. Melur ketawa kecil dan tepuk bahu Sandra. Sukahati saja panggil Matt tua!

"Ish, mana ada tua! Aku rasa Bunga lagi tua dari aku sebab dia matang! Eh, umur kau berapa?"

"25." Balas Melur laju. Dia ketawa bila lihat reaksi Matt yang seperti terkejut. Ini bermakna Matt paling tua tapi paling bengap menguruskan diri sendiri dan paling tak matang sekali Melur tengok. Ish, ish, ish.

Sandra makan sikit je walaupun dia yang request sebab dia kata dia nak sambung tidur kejap. Dia mengantuk gila. Siap bagi amaran dekat Matt jangan habiskan ayam percik dia kalau tidak kenalah nanti.

Jadi tinggallah Melur dan Matt je dekat dapur. Lagipula Melur ada install TV dekat dapur. Dua-dua dah leka dengan cerita Scarlet Heart Ryo.

"Eh, nak tanyalah. Betul ke you dulu gangster?" Tanya Melur hairan. Hairan sebab dia tengok Matt ni macam lembik je. Tapi nampaklah otot dia kalau buka baju.

"Ya. Asal? Tak percaya?"

"Sikitlah. Macammana you boleh terjebak dengan benda ni?"

"Aku pun tak tahulah kenapa aku terjebak dengan benda ni tapi benda ni start bila aku umur 8 Tahun, aku kena culik. Dari situ aku dah kena paksa buat kerja macam-macam. Bila diorang hampir bunuh aku, aku larikan diri. Start dari larikan diri aku bergaul dengan pelarian. Orang lain membesar dekat sekolah, aku membesar cari duit kutip tin. Aku belajar lawan sorang diri je sebab ikut satu kelas taekwando ni senyap-senyap. Orang nak pukul aku, aku lawan balik. Lawan, lawan, lawan. Sampailah ada satu organisasi ni start bayar aku untuk pukul orang. Dari situ aku dapat kepuasan sebab kerja mudah dibayar mahal. Sebab tu aku start jadi gangster ni. Tapi aku sorang je."

"Ouhh~ tak rasa kasihan ke pukul orang?"

"Aku pukul orang yang aku diarahkan untuk pukul je. Selain daripada tu aku tak pukul."

"Faham. Berapa ribu boleh dapat satu job?"

"Minimum RM3k. Paling tinggi orang offer aku RM60k."

"Eh, banyak. Bertuah badan betul."

"Bertuah memang bertuah tapi bertuah lagi hidup macam kau. Ada keluarga."

Melur senyum nipis. Ada keluarga? Dia lupa pula yang Matt ni tak tahu fasal keluarga dia macammana sekarang. Namun Melur hanya layankan saja katanya. Kang jadi cerita sedih pula.

"Teringin tak nak jumpa keluarga you semula?" Tanya Melur.

"Orang gila je yang taknak, Bunga."

"I... don't know what to say but if you really want to meet you family I suggest you to pray."

"Pray? I'm an atheist."

"Sometimes you really need to rely on others for something. You can't do everything alone. Like me. I have Sandra. How about you?"

Matt terdiam mendengarnya. Mulalah dia terfikir semula bertapa kesunyian hidup dia tanpa sesiapa. Habis kerja, dengan siapa dia mahu mengadu nasib hari? Tiada.

"Tak kisahlah agama apa pun. Everyone will feel relieves when somebody heard them. I jarang luahkan perasaan I but once I did, I felt relief. Just like how Sandra did to me. Kalau dia sedih, kadang-kadang dia cerita dekat saya kenapa. We have each other but Matt, you just want to be alone...forever?"

Matt masih diam. Nasi didalam mulut terasa kelat. Ini maksudnya soalan Melur buat dia terasa. Ya. Terasa sebab benda tu betul.

Melur berdiri. Habis sudah dia makan. "Esok I nak balik rumah I kejap tengok keadaan rumah tu. Kalau nak ikut, pukul 9 dah bangun tau?"

"...okey."

"Are you okay? You nak nangis?" Tanya Melur risau bila tengok Matt senyap saja. Dia balas lemah saja macam demam pun ada.

"No, aku takkan nangis hanya sebab tu!" ...dan Matt masih dengan ego dia. Melur hanya tersenyum sambil geleng kepala kemudian keluar dari dapur.

Matt mengeluh. Kesunyian...?

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now