Bab 10: The Talk

88 7 0
                                    

"Istana tu Melur dah renovate dah. Kalau nak datang, datang ajelah. Milik semua orang lagipun istana tu." Ujar Melur sambil duduk silang kaki atas sofa sama seperti Cempaka yang menongkat kepala, silang kaki sambil pegang cawan kopi di tangan.

"Segan pula nak masuk kalau Melur dah renovate sorang."

"Segan apa? Kakcik datanglah. Tolong restore bunga depan istana tu. Dah layu dah, Kakcik. Takde seri langsung!"

"Nanti minggu depan kakcik pergi. Minggu ni kakcik kena balik rumah dulu."

Melur senyum. Sempat dia mengerling kearah Sandra yang sedang tidur atas karpet di bawah. Dah suruh tidur dalam bilik dia taknak. Tidurlah dia kat sini. Mujur Melur sayang macam adik sendiri. Matt pula keluar kejap ambil angin.

"Malam ni Melur tidur sini sehari dua. Nak kemas elok-elok sebelum pindah terus ke istana." Kata Melur.

"Kenapa Melur tak duduk sini je? You got all bungalow by yourself."

"...no. I can't. Duduk sini lama-lama jadi makin rindu. Lagipun istana frkat dengan office."

"Office?"

"Yang bangunan The Pauper tu. Melur gunakan sebagai office. Melur buat business rizz style fashion. Belum mula lagi tapi fikir minggu depan juga nak start."

"I see...eh, akak tengoklah yang Matt tu ganas betul muka dia. Bila cakap dengan Sandra uii kemain ganas dia sampai jerit-jerit. Tapi bila cakap dengan you, Melur. Lembut bukan main. Akak rasa dia suka Melur."

Melur diam. Hanya tersenyum. Sejujurnya dia dah tahu lama. Matt sendiri yang beritahu Melur. Hampir setiap hari luah kata nak kahwin. Kadang-kadang rasa menyampah tapi kadang-kadang rasa dihargai.

Melur pandang ke luar pintu. Kereta dia takde sebab Matt pinjam. Harapnya dia tak lari dengan kereta.

*******************
Matt menjenguk ke luar rumah banglo. Kelibat Melur yang sedang main gitar warna pink dibawah pondok menarik perhatiannya. Melur sedang kesunyian! Ini waktunya untuk dia menjadi seorang hero!

Matt memakai selipar miliknya. Dia berlari kearah Melur kemudian terus duduk disebelah. "Sedap kau main gitar."

"...thanks. Abang I ajar main gitar."

"Really? Nak dengar kau nyanyi boleh?"

Melur senyum. Rasa malu pula nak menyanyi namun dia turutkan sahaja. Tali gitar dia petik lembut sebelum dia mula nyanyikan lagu Rumah Singgah daripada Dahlia.

"Rumahku kini sudah berpenghuni. Bukan diriku yang berteduh lagi. Akan ku jalani..."

Matt tersenyum mendengar nyanyian Melur. Comelnya! Suara Melur kalau menyanyi ayu sangat. Merdu bila didengari.

Melur berhenti sekerat jalan. Dia lap air matanya yang tiba-tiba. "Sorry, I get emotional. My brother used to teach me how to play guitar."

"...you seem like you really love your brother."

"I do. Dia sama umur dengan you. Seeing you make me remember him, Andika Binjawo." Jelas Melur sambil petik gitar perlahan. Matt menjeling ke Melur. Rasa macam dia mahu peluk Melur sekarang ni tapi tak boleh. Melur pasti akan tolak.

"...aku faham hilang orang tersayang macammana. Aku ni tak tahulah keluarga aku hidup ke mati. Tapi aku ingat lagi. Aku ada seorang adik perempuan yang aku selalu buli tapi aku lindung dia dari pembuli." Jelas Matt. Masing-masing rindukan keluarga. Masing-masing sudah tidak berkeluarga.

"Ingat tak nama adik you?"

"...Ara. Aku ingat lagi dulu aku panggil dia Ara. Dia muda 3 Tahun daripada aku. Aku ingat lagi sebab masa tu aku 8 Tahun dia dah 5 Tahun."

"Ara. Sedap nama. Ara...kenapa nama you Matt?"

"Matt tu nama panggilan je. Nama sebenar aku Matthea Kamayra."

"Sedap nama. Asal tak guna yang Kamayra?"

"Taknaklah. Perempuan sangat je, haha." Matt ketawa kecil. Rasa seronok dapat berbual dengan Melur macamni. Malam-malam begini deeptalk sambil strum gitar. Indah sangat. "Yang keluarga kau ni apa pasal ada istana pula? Orang lain bina rumah agam, kau bina istana."

"Istana bunga tu dah berdiri megah sejak taju 1864 lagi lah. Zaman penjajahan dulu lagi dah ada cuma sebab istana tu terletak dekat tempat yang susah nak dicari, tak diseranglah."

"Ouhh~ kiranya kau ni keturunan puteri lah?"

"Ancestor pertama kitaorang bernama Puteri Limau Manis. Ancestor yang ke-7 baru mulakan tradisi nama bunga iaitu Puteri Mawar Sembilu. Kemudian turun lagi sampailah kitaorang mula gunakan nama puteri dalam nama juga sampai sekarang. Dulu keluarga kitaorang asalnya bangsawan, bukannya diraja. Bangsawan dulu-dulu pun sudah diagungkan. Lama-lama harta tu turun dan turun malah ada yang bijak, buat business demi mengekalkan kekayaan sampailah sekarang. I kena bijak jugalah cari cara kekalkan harta. Kalau tidak, harta yang sepatutnya banyak 7 keturunan pun boleh habis." Jelas Melur. Matt angguk kepala. Jadi Melur ni tahap kaya yang memang kaya. Cuma dia tak tunjuk je dan sangat baik hati. Ini menunjukkan yang Melur dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik.

"Faham. So kau ni orang baik lah?"

"Baik? I ada tattoo dekat bahu. Hari-hari adik perempuan I yang sepatutnya sekarang dah 22 Tahun tu membebel. Setiap hari dia gigit bahu I."

"Gigit? Tak sakit?"

"Sakit. Dia tak suka I ada tattoo tapi I dah buat dah pun. Dia tak suka sebab dia kata I nampak jahat. Haha. Itulah pengalaman antara I dan dia. Dia autistic."

"...I see. Apa nama adik you tu?"

"Puteri Mahsuri Binjawo. Tapi dia nampak normal. Jalan normal, cakap normal. Cuma kadang-kadang dia tantrum. Habislah bahu dia gigit. Ada satu haritu I badmood lepastu kena layan dia. I sambung nangis juga macam dia. Pening kepala mommy nak layan."

Matt ketawa. Bukan senang nak dengar Melur cerita fasal pengalaman dia dan keluarga ni.

"Kau tak terasa ke nak bercinta? Kau dah 25 kot."

"Biarlah jadi anak dara tua daripada salah pilih suami."

"Carilah isteri. Lagi bertanggungjawab."

"Tengoklah macammana. Sakit hilang keluarga pun belum habis lagi. Kalau sakit putus cinta? Putus urat kepala nanti." Balas Melur. Dia berdiri. Penat sudah dia menyanyi dan main gitar. Dia mahu masuk ke dalam rumah untuk berehat dan tidur pula.

Matt turut berdiri. "Cubalah dulu. Kau tak suka aku ke Bunga? Sikit pun? Aku suka kau kot Bunga."

"...I mean yeah I love your caring attitude. Sandra craving buah you pergi kait belakang rumah. I can see that bila you guys gaduh, you kemas rumah dan kemas apa yang Sandra dah buat. Tapi tak tahulah you buat tu sebab takut I marah ke apa tapi I tak suka satu je dekat you ni."

"Apa dia?"

"You kasar sangatlah. Cakap pun kau aku dengan I. First time kenal dag kau aku dengan I. I was like- who is this bitch? "

Matt bercekak pinggang. "I boleh tukar. Please, Bunga. I really want to kiss you. I promised I'll change that."

"Why are you so desperate for love, Matt?"

"Sebab aku tak pernah jatuh cinta atau bercinta dengan sesiapa, Bunga! Look at me! Aku takde kerja tetap, aku takde pelajaran, takde duit. Dulu aku kerja aku ada duit aku tak bercinta pun tapi aku pergi langgan GRO mana-mana puaskan nafsu tapi bila aku dah ready nak berubah, orang yang aku suka tu tak suka aku. Kalau kau jadi aku Bunga kau akan rasa sakit. Sakit sangat. Dari pertama kali aku tengok kau aku dah nampak kau baik gila. Kau rawat aku. Kau buat aku jatuh cinta Bunga. Bukan sebab harta atau rupa kau tapi sebab aku nampak macammana kau kisah fasal aku walaupun kenal baru dua tiga hari and I love you for that."

Melur terdiam. Jadi luahan Matt sebelum ni memang betul-betul serius. Melur ingatkan sekadar mahu bergurau hilangkan bosan.

"...just let me rethink about this." Melur berlalu pergi. Dia tak tahu nak kata apa lagi untuk Matt. Dia tak tahu nak tolak macammana tapi Melur sendiri keliru dengan perasaan sendiri.

Lebih-lebih lagi bila Matt kata dia sedia nak berubah.

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now