Bab 6: The Electronic

99 8 0
                                    

Harini Melur bawa 'budak-budak' ni pergi beli barang elektronik. Memandangkan Melur pun mahu beli barang elektrik untuk rumah dan beli aircond, dia beli sekali barang-barang lain. Kebanyakan barang dia request untuk delivery terus ke rumah sebab malas nak angkut berat-berat.

Sedang Melur beli barang elektrok di SenQ, Melur nampak Sandra dekat bahagian Ipad sedang leka bermain. Matt disebelahnya hanya melihat Sandra main Ipad. Tanpa banyak soal, Melur jalan kearah Sandra dan sentuh belakang tubuhnya.

"Sandra, nak beli Ipad ke?"

"...haah. Saya ada simpan duit sikit tapi saya salah tengok harga. Saya simpan RM3k tapi harga Ipad ni sampai RM6k."

"Ipad memang mahallah. Bodohlah kau ni." Matt menepuk bahu Sandra. Sandra hanya menjelingnya. Rasa macam nak cepuk muka Matt ketika itu juga.

"Takpe, takpe. Beli je mana you nak beli, Sandra. I belanja."

"Serius?"

"Yeah. For my favourite person in this world of course." Melur senyum manis. Ternganga Matt bila dengar yang Melur mahu belanja Sandra benda mahal.

"Ka- kalau aku nak telefon boleh ke?" Tanya Matt ragu-ragu. Yelah, dia ni siapa je kepada Melur? Tapi apa salahnya mencuba kan?

"Ambillah mana suka. Harini je pun kita keluar. Lepastu I nak terus berjimat." Balas Melur. Dia turut menilik telefon baru untuk diri sendiri. Dalam kepala juga sudah terfikir mesin basuh Samsung baru. Peti ais Samsung pun menarik juga, ada touchscreen.

"Yes!"

"Tapi dengan syarat balik ni Matt kena memasak untuk makan malam okay? Sandra kena kemas rumah."

"Okey!"

*******************
Gebang ajer kata nak masak makan malam dan kemas rumah. Balik dari membeli belah, semua duduk dan unoboxing gajet masing-masing. Melur yang kehulu-kehilir kemas rumah dan susun barang elektrik baru. Nasib baik ada pekerja dari SenQ boleh tolong angkatkan barang berat.

Makan malam juga Melur yang susah payah masakkan. Sebaik saja Matt dan Sandra tiba di dapur, Melur ambil lauk dan tutup dengan plastik.

"Masak apa?" Tanya Matt sambil usap perut. Dia sudah kelaparan ni!

"Habis." Balas Melur dingin. Tersentak Sandra dan Matt. Melur marah ke? Yelah. Dari pukul 2 petang tadi mereka dah balik ke sini tapi pukul 7 baru nak masuk dapur jenguk tuan.

"Cik- Cik Melur...maaf, saya terlalu leka dengan Ipad sampai lupa Cik Melur. Saya kemas rumah eh?"

"Takpelah, rumah dah bersih. Pergilah duduk luar tunggu bibik hidang makan."

"Okay!" Matt senyum lebar namun lengannya ditarik Sandra dan ditolak kepala Matt agar tunduk minta maaf.

"Kami minta maaf, Cik Melur! Kami janji kami tak buat lagi!"

Melur mengeluh. Dia berpaling kearah Sandra dan Matt. Dahi Melur berkerut menandakan dia sedang kecewa dan marah. Rasa bersalah gila Sandra manakala Matt mula rasa seram sejuk. Seram juga bila Melur ni marah.

"Pinggan mangkuk segala periuk belanga tolong basuh. Ruang tamu macam tongkang pecah tolong kemas, Matt. Apa guna ada pembantu tapi semuanya tuan buat? Jangan sampai saya potong elaun 6 bulan." Tegas Melur lalu buka semula plastik dekat mangkuk. Nasib baiklah dia ni baik hati orangnya. Kalau tidak dia biarkan saja dua orang ni kelaparan.

"Baik, bos!" Mereka berdua tabik hormat. Serupa betul perangai mereka berdua. Melur geleng kepala.

"I buat mee kari tapi kalau nak makan dengan nasi pergi kaut sendiri nasi dalam periuk. Baru je masak. Makanlah dulu. I nak naik atas." Pesan Melur lalu berlalu. Sandra terus mengeluh lega. Mood Melur tak berapa elok.

"Eh, apa pasal kau panggil dia cik?" Tanya Matt yang masih tak faham-faham.

"Aku kerja ngan dia. Sebabtu aku selalu rapat dengan Cik Melur."

"Lah, ingatkan gay."

"Euw, aku suka lelaki lah!"

"Hm. Baguslah kau suka lelaki. Kau tahu kan si Bunga tu kalau nak bercinta, dia tak kisah lelaki ke perempuan?"

"Tahu. Dia pernah cakap."

"Kalau aku bercinta dengan dia, aku nak sangat tengok muka dia tahan sedap kena fuck macammana."

Bahu Matt ditampar kuat. "Kau jangan fikir bukan-bukanlah! Kau jangan nak kotorkan dia yang suci tulah!"

"Suci? I believe everyone has a dirty mind."

"FUCK OFF!" Sandra menolak Matt kuat. "Kau sentuh dia, siap kau!"

"Aku cakap jelah bodoh! Yang kau nak mengamuk apa pasal?!"

"Bodoh? Kau cakap aku yang bodoh? Habis kau tu apa? Pukimak!"

"Kau yang pukimak!"

Disebabkan terlalu bising, Melur lari turun ke bawah untuk lihat apa yang berlaku dan sipi-sipi pinggan dibaling sebelah kepalanya lalu pecah berderai. Terdiam Sandra dan Matt bila nampak Melur.

Melur tarik nafas dalam-dalam. Dia jalan keluar dari perkarangan istana itu dengan perasaan yang bercampur baur. Dia tarik pintu gerbang istana dan hempas kuat. Nampak sangat Melur tengah marah.

Melur jalan ke tengah-tengah taman bunga yang layu. Sambil jalan, sambil dia nangis kuat dan tersedu-sedu. Sakit hatinya nampak mereka berdua bergaduh macam tuan rumah tak wujud.

"Papa..." Melur tutup mukanya dengan kedua-dua tangan. Biasanya kalau dia mahu nangis kuat macamni, papa adalah tempat dia mengadu.

Namun sekarang....

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now