Bab 7: The Frustration

87 7 0
                                    

Melur masuk ke dalam rumah semula lepas puas nangis. Satu jam dia dekat luar. Bila masuk dalam rumah nampak ruang tamu dimana singgahsana sepatutnya berada bersepah. Nampak jugalah Matt tengah makan dekat ruang tamu.

"Where's Sandra?" Tanya Melur lalu mengikat rambutnya dan ambil kusyen yang bersepah atas lantai. Dia susun elok-elok atas sofa.

"Amb kunci kereta terus blah. Entahlah dia tu."

"Mengalahlah sikit. Dia tu muda lagi."

"Mengalah apa? Dia muda ke dia still dah besarlah. Dah dewasa."

"You're the big sister. Matt, 20 Tahun I hidup dengan dia tak pernah sekali pun I nak baling barang dekat dia. Can you imagined perasaan dia bila dia marah tiba-tiba ada orang baling barang dekat dia?"

"Yang kau layan dia macam budak kecil kenapa? Dia bukan adik kau pun."

"Yes, but she's the only person I have Matt! Eurgh, I sakit kepala dengan korang ni. Rumah bersepah macamni ingat eloklah tu? Elok? Menumpang buat cara menumpang Matt. I bagi henpon, I bagi tempat tinggal, tempat mandi, air, makan minum belanja semua I tanggung. The best part you can do is being responsible to anything you did! Then you asked me to be your lover? Layak ke Matt orang macam you nak bercinta? You bercinta dengan orang sakit mental pun tak layak lah Matt!" Melur mula naik angin. Air matanya bercucuran jatuh ke pipi. Dia betul-betul tertekan kalini. Matt letak makanan dia atas meja dan berdiri.

"Okey, okey. I'm sorry. I- I'll clean the living room okay? Janganlah nangis, Bunga."

"Why are you calling me Bunga...?" Melur mengelap air matanya. Terus lembut hatinya bila Matt panggil dia bunga. Lama dia tak dengar nama panggilan tu.

"Sebab Melur kan spesies bunga? Kan? Ke kau tak suka aku panggil kau bunga?"

Melur gigit bibirnya. "Kemas semua ni." Tegas Melur lalu berjalan ke tangga. Matt mengeluh. Melur macam tak suka je Matt panggil dia Bunga.

Sebelum Melur melangkah naik tangga, pintu gerbang istana rumah itu dibuka. Sandra masuk ke dalam dengan seekor ayam hidup di tangannya.

"Cik Melur...saya nak makan ayam percik malam ni..."

Matt ketawa terbahak-bahak bila nampak Sandra bawa ayam. Tak pernah dibuat orang bawa balik ayam hidup lepas gaduh! Entah ayam siapa pun tak tahu!

"Ayam siapa you ambil tu?" Tanya Melur dengan senyuman. Walaupun tertekan tadi, perangai rawak si Sandra ni buat dia rasa nak tergelak juga.

"Tak tahu. Jumpa kat taman."

"Tapi harini I dah masak kari. Ayam percik kita masak esok okay? Esok pagi I pergi kedai runcit."

"Okay cik."

Melur sambung naik ke atas. Namun sempat dia intai dari atas dimana Matt dan Sandra mula berbaik sesama sendiri hanya kerana seekor ayam. Baguslah tu. Lepastu Sandra bantu kemas ruang tamu.

Melur harap tiada langsung habuk dekat bawah tu nanti. Dia tengah takde mood sekarang ni.

Melur jalan masuk ke dalam bilik. Petang tadi ada orang dari Daikin pasang aircond sekeliling rumah. Terasalah sejuk bila masuk bila. Takdelah mereka kepanasan lagi.

Melur buka baju depan bilik. Terus nampak tattoo di bahunya yang kini kian pudar. Melur hanya ada satu tattoo tapi tatto itu penuh di bahagian bahu kiri dia sampai ke lengan.

Bunga Melur.

Melur pejam mata. Dia teringat dulu adik perempuannya suka gigit bahagian tattoo ni sebab tak suka kakak dia ada tattoo.

Melur rindukan adik perempuan pertamanya itu.

The Palace of The FlowersWhere stories live. Discover now