𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐭𝐢.

210 27 75
                                    

"KITA putus."

Elena segera mengangkat kepala. Kedua biji mata bundarnya terbuntang. Wajah mendatar lelaki dihadapannya direnung lama. Tak percaya kalau kata-kata itu keluar dari mulut lelaki yang dia cintai sepenuh hati.

"Ke-kenapa?" Elena cuba berlagak tenang. Dia cuba yakinkan diri dia sendiri, bahawa semua ini cuma gurauan. Thaqif sengaja mahu mengenakannya!

Dia pasti. Walaupun hatinya mengatakan sebaliknya.

"Maaf Elena, sampai disini saja hubungan kita. Aku dah taknak ada apa-apa kaitan lagi dengan kau." ujar Thaqif buat kali terakhir, sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu seorang diri dihadapan pagar yang memisahkan antara bangunan asrama pelajar lelaki dengan bangunan asrama pelajar perempuan.

"Thaqif! Awak bergurau je kan? This is not funny at all!" Elena melaung kuat. Pagar besi dihadapannya digegar-gegar, mengharapkan lelaki itu kembali kepadanya dan mengatakan bahawa itu semua cuma gurauan.

Namun, Thaqif tetap pergi.

"Elena!" Syafa dan Afiqa yang dari tadi menyorok dicelahan semak-samun berdekatan kawasan itu segera mendapatkan Elena yang sudah teresak-esak menangis.

"Elena, jom naik bilik. Nanti Cikgu Mala nampak, dia denda kita." Afiqa cuba memujuk.

Syafa menoleh ke belakang, melihat Thaqif yang sudah masuk ke kawasan asrama pelajar lelaki. Bibirnya diketap kuat, sakit hati!

Dulu dirinya ditinggalkan lelaki itu, sekarang kawan baiknya pula. Entah atas alasan apa, dia sendiri tak pasti. Tapi yang dia tahu alasan lelaki itu pastinya bukan sesuatu yang boleh diterima akal.

"Dasar jantan tak guna. Sekali tak guna sampai bila-bila pun tetap tak guna." gumam Syafa. Tangan Elena dipimpin menuju ke arah tangga.

Afiqa hanya mampu mendiamkan diri. Tangan kiri Elena diraih lalu digenggam kemas sambil matanya melilau disekitar kawasan asrama perempuan itu.

Takut-takut Cikgu Mala, selaku warden asrama menangkap mereka bertiga. Tak pasal-pasal mereka kena denda depan perhimpunan pagi esok.





· 🧸 ·


01.

OC (original character) asNur Hanania Batrisha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

OC (original character) as
Nur Hanania Batrisha

02.

Lee Hyunjae asThaqif Imran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lee Hyunjae as
Thaqif Imran


03.

Kim Younghoon asMuhammad Harith Mikaelㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kim Younghoon as
Muhammad Harith Mikael


· 🧸 ·
























penyut's notes:

setiap nama, latar tempat dan alur cerita yang tertulis dalam fanfiction ini, adalah rekaan semata-mata dan bertujuan untuk suka-suka sahaja.

sebarang kesamaan yang terdapat dalam cerita ini dengan cerita author lain di luar sana adalah tidak disengajakan.

segala kekurangan dari segi tatabahasa dan jalan cerita harap dapat dimaafkan.

p.s: kalau nak perfect tulih sendiri ehe <3



© cobwithu 2023

pemilik hatiWhere stories live. Discover now